Umumnya bangsa melayu sering dikaitkan dengan penyakit hati yang dipanggil hasad dengki. Hakikatnya bukan bangsa melayu sahaja yang memiliki sifat tersebut, semua bangsa di dunia juga mempunyai sifat tersebut. Hasad dengki kalau ia hanya sekadar lintasan hati, ia adalah perkara biasa. Tetapi kalau ia melibatkan tindakan terhadap yang didengki maka itu sesuatu yang mendukacitakan.
Kayu pengukur untuk menilai samada sifat hasad dengki itu tebal atau tidak dalam hati kita mudah. Cuba kita tanya diri sendiri sejauhmanakah tingkat kegembiraan kita apabila melihat orang lain susah dan sejauhmanakan tingkat kekecewaan kita apabila melihat orang lain senang? Kalau jawabannya tahap kegembiraan kita tinggi apabila melihat orang lain susah dan tahap kekecewaan tinggi jika kita melihat orang lain senang, maka, itu tandanya sifat hasad dengki itu telah menyelaputi hati kita. Ciri-ciri seseorang itu memiliki sifat hasad dengki kronik adalah seperti berikut:-
Semoga kita bebas daripada penyakit hati ini kerana jika ia telah bersarang dalam hati kita maka ia umpama api yang memakan daun-daun kering terhadap amalan-amalan kebaikan kita. segala amalan kebajikan kita menjadi sia-sia jika kita memiliki sifat ini, umpama hangus dimakan api. Bukan itu sahaja, wajah kita juga cepat menjadi tua dan hilang sinarnya jika hati kita disaluti oleh sifat ini. Kita perlu yakin bahawa rezeki kita telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi, kedengkian tidak boleh mengubah rezeki orang yang kita dengki!

- Raup wajah seseorang pendengki sentiasa masam bila mendengar orang memuji orang yang didengkinya.
- Tutur kata seseorang pendengki lebih banyak mencela, memburukan dan menghina orang lain.
- Tindakan seseorang pendengki sentiasa ingin menjatuhkan orang lain.
- Hati pendengki sentiasa susah apabila melihat orang lain berjaya.
- Pendengki adalah orang yang takabur.