Thursday, July 18, 2013

Sejarah Kejatuhan Palestin oleh Dr. Mohd Roslan Mohd Nor

PENGENALAN

Palestin berada di bawah pemerintahan Islam kali terakhir adalah di bawah kerajaan Turki-Uthmaniyyah. pada tahun 1516, Palestin telah menjadi wilayah di bawah naungan Empayar Islam Uthmaniyyah yang telah mengambil alih daripada kerajaan Mamluk dalam Perang Marj Dabak berhampiran dengan Halab. Pada zaman Sultan Sulaiman al Qanuni (1538-1539), kota-kota di Palestin dan Baitulmaqdis telah diperbaiki. Palestin di bahagian selatan berada di bawah pentadbiran wilayah Sham dan berpusat di Damsyik, manakala bahagian utara  Palestin pula ditadbir oleh wilayah Lubnan yang berpusat di Akka. Palestin kelihatannya kekal di bawah Empayar Uthmaniyyah selama 4 abad. Pentadbiran Palestin di bawah kerajaan Uthmaniyyah berakhir sebaik sahaja Inggeris berjaya menjajah wilayah ini. Ketika ia berada di bawah pentadbiran Uthmaniyyah, Baitulmaqdis dan Palestin merupakan wilayah terbuka yang boleh dilawati oleh golongan Kristian dan Yahudi untuk mereka melakukan ibadah ditempat yang dianggap suci oleh 3 agama samawi. 

Golongan Kristian dan Yahudi bebas untuk melakukan ibadah termasuk ibadah utama mereka yang sering disebut sebagai ‘pilgrim’. Ia berbeza dengan Islam dimana ‘pilgrim’ bagi Muslim ialah ke Mekah bagi melakukan haji. Namun ada juga yang menggunakan perkataan ‘pilgrim’ untuk merujuk kepada  umrah. Ini adalah masalah istilah yang digunakan oleh Eropah tetapi ingin diumumkan istilah itu kepada masyarakat Islam sehingga ada yang menulis bahawa ketika golongan Syiah menyambut Muharram dan kematian Saidina Husien, ia digambarkan sebagai ‘pilgrim’. Jika dilihat dalam hal ini, ‘pilgrim’ bagi Muslim seharusnya merujuk kepada ibadah  haji di Mekah, bukan mana-mana sambutan juga perayaan ditempat lain.

Bagi Palestin, ia telah menjadi tempat yang menjadi tumpuan bagi Yahudi, Kristian dan Islam. Golongan Muslim melihatnya sebagai tanah yang diberkati oleh Allah SWT dan ia merupakan tanah yang mempunyai kaitan dan kepentingan seperti mana yang ditunjuk oleh para anbiya’ terdahulu. Namun begitu, setelah Palestin menjadi wilayah yang dijajah pada awal abad ke-20, situasinya telah bertukar. Jika dahulu ia bersifat inklusif dengan menerima kepelbagaian agama di tanah tersebut, tetapi ia menjadi wilayah yang tidak lagi bebas dan tidak terbuka terutama kepada umat Islam. 

PERGERAKAN ZIONIS MELOBI MENDAPATKAN NEGARA

Golongan Yahudi sebenarnya banyak ditindas di Barat terutama di wilayah Eropah Timur. Bagi membela nasib golongan ini, mereka telah menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO). Ia ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1897 melalui persidangan pertamanya di Basel. Pertubuhan ini telah memilih Theodor Herzl sebagai presiden yang pertama. Tujuan utama pertubuhan ini adalah untuk mendapatkan sebuah negara bagi bangsa Yahudi. Idea ini sebelumnya telah diterbitkan  dalam bentuk buku yang ditulis oleh Herzl, iaitu ‘Der Judenstaat’ atau  The State of Israel. Golongan Yahudi melakukan lobi terhadap kuasa besar dunia pada waktu tersebut iaitu Britain untuk mendapatkan  sokongan dan simpati. Beberapa strategi digunakan dengan mendekati  pembuat dasar di Britain. Pemimpin zionis di Britain iaitu Wheizmann melakukan usaha melobi dengan kuat bagi mendapatkan simpati untuk menubuhkan negara Israel di Palestin. 

Beberapa strategi yang digunakan telah menimbulkan simpati serta persetujuan House of Common di Britain. Rentetan dari itu, satu deklarasi persetujuan dan sokongan oleh Britain telah dikeluarkan yang dikenali sebagai Deklarasi Balfour pada Nov 1917. Ia telah dibincangkan dengan mendalam dan teks rasminya diputuskan pada 31 Oktober 1917 oleh Kabinet Perang (War Cabinet) di London. Oleh sebab itu, ada dua 
peristiwa besar yang selalu disebut berlaku pada tarikh tersebut iaitu persetujuan terhadap teks Deklarasi Balfour dan serangan tentera British bagi menawan Palestin. Penulis melihat bahawa kelemahan Kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah yang memerintah Palestin di antara tahun 1516-1917 turut memudahkan laluan untuk kejayaan projek Yahudi-Zionis di Palestin. Kuasa Barat mengambil peluang ini membahagi-bahagikan tanah Palestin sesama mereka. Sewaktu Persidangan London 1905-1907, idea pembentukan ‘Negara Kawalan’ (Buffer State) di kawasan Palestin telah ditimbulkan. 

Para hadirin telah mencadangkan satu keputusan kepada pihak Perdana Menteri Britain Campbell Bannerman pada masa itu untuk membina institusi pemerintahan yang berbentuk kawalan manusia yang kuat di sebelah Timur Laut Mediteranean yang bermusuhan dengan orang Islam tetapi merupakan rakan Kuasa Eropah serta kuat bergantung kepada mereka. Mereka berpandangan bahawa orang yang terbaik untuk melaksanakan perancangan kolonial ini ialah orang-orang Yahudi  sendiri. Motif utama perancangan Barat untuk membina idea Negara Kawalan (iaitu Palestin) di tengah-tengah dunia Islam adalah untuk memisahkan perpaduan orang-orang Islam di sebelah Asia dengan Afrika dan mungkin juga mereka ingin menjauhkan masyarakat Islam dengan Barat. Idea ini juga adalah usaha untuk mematahkan sebarang kemunculan tamadun Islam yang kuat di situ. Dengan ini dunia Islam akan sentiasa sibuk dengan masalah permusuhan yang panjang dan rumit. Rejim Zionis ini amat memerlukan sokongan kuasa Barat untuk menjamin survival mereka dan kuasa Barat juga memerlukan mereka untuk menjamin kelemahan dunia Islam, perpecahan dan penderitaan mereka. Oleh itu salah satu strategi yang harus dilakukan adalah mereka perlu menjalinkan hubungan kerjasama tanpa putus-putus.

PALESTIN DI BAWAH MANDAT BRITISH: BERMULANYA KEJATUHAN RASMI ABAD KE 20.

Palestin secara rasmi jatuh ke tangan bukan Islam pada zaman moden ini apabila ia jatuh ke tangan British yang menjajah tanah tersebut. Pasukan British di bawah pimpinan General Allenby telah berjaya menawan Palestin daripada naungan Uthmaniyyah. Beliau berjaya menawannya pada bulan Disember 1917. Beliau mula melancarkan serangan terhadap Beersheba pada 31 Oktober lagi. Pergerakan secara taktikal yang disusun oleh Allenby telah membawa kepada kejayaan British menawan bahagian selatan Palestin dan juga Jerusalem daripada pemerintahan Turki-Uthmaniyyah.  

Secara rasmi, pada 1918 iaitu selepas Perang Dunia Pertama, Baitulmaqdis dan Palestin jatuh ke tangan British selepas daripada British menewaskan Empayar Islam Uthmaniyyah. Rentetan daripada penjajahan tersebut, bermulalah perpindahan secara besar-besaran bangsa Yahudi ke Palestin di bawah naungan British dari 1918-1947. Kesinambungan daripada pendudukan tersebut juga menyaksikan British telah menempatkan wakilnya di Palestin dan menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu kotanya.

Shocking New Revelations by Edward Snowden

Just a few short days ago, it came out that Edward Snowden once again shocked the American people when he confirmed that the National Security Agency — our NSA — co-created the Stuxnet Virus with Israel to topple Iran’s nuclear program. Just a week before that, Snowden blew our minds with the additional admission that those free discount cards you get at stores aren’t just there to save you a little money, but they are actually being used to collect customer data and spy on you! Is nothing sacred?! While government crimes are widespread, systematic and seemingly continuous at this point…and the NSA and other agencies have clearly violated American citizens’ rights…it’s perhaps even more shameful that so many people are still oblivious to the enormity of this tyranny when it’s been all but rubbed in our faces – repeatedly. Also, if you’ve been paying attention for longer than five minutes, what did Snowden really tell you that didn’t already know?