Showing posts with label Program Pentauliahan Profesional. Show all posts
Showing posts with label Program Pentauliahan Profesional. Show all posts

Monday, October 20, 2008

Program Pentauliahan Profesional(3P) - Persijilan Berasaskan Indusri IT

Pagi tadi jam 10.45 pagi, saya mewakili P.M. Dr. Mat Ikram Yusof, Pengarah Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) bermesyuarat bersama Jawatankuasa Perlaksana 3P di Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi. Mesyuarat tersebut berakhir sekitar jam 12.00 pm. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPT. Alhamdulillah kerajaan mengambil keputusan untuk meneruskan lagi 3P sehingga 2009, malahan ia akan dikembangkan lagi dibeberapa universiti tempatan yang lain dan disemua politeknik di seluruh negara.

Wednesday, October 15, 2008

Program Pentauliahan Profesional (3P) Untuk Mahasiswa UiTM Dari FITQS, FIM dan FOMT

Program diatas atau lebih dikenali sebagai 3P akan berlangsung pada cuti semester ini, program profesional yang ditawarkan ialah Microsoft Certified Application Developer (MCAD), EC Council Network Security Administrator (ENSA), CompTIA A+ & Network +, CompTIA A+ & EC Council Project Management (EPM & A+), EC Council Project Management & ITIL (EPM& ITIL) dan IT Infrastructure Library (ITIL). Dianggarkan lebih 350 orang mahasiswa akan menyertai 3P kali ini.


Saya bertindak sebagai penyelaras bagi pihak Bahagian Hal Ehwal Akademik untuk berkerjasama dengan semua penyelaras 3P diperingkat fakulti. Program ini akan dikendalikan oleh Prestariang Sistems Sdn. bhd. dengan usahasama Kementerian Pengajian Tinggi.

Tuesday, June 24, 2008

Program Pentauliahan Profesional (Industry Based Certification) Di UiTM Wajar Diteruskan atau Dihentikan Sahaja..?

Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) UiTM, Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB), Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Teknologi Maklumat dan Sanis Kuantitatif, Fakulti Pengurusan Maklumat, Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi telah menganjurkan Program Pentauliahan Profesional baru-baru ini.

Program ini dikendalikan oleh Prestariang Sdn. Bhd. Ia mula diperkenalkan pada Semester Mei/Julai 2006. Majoriti maklumbalas yang diterima daripada bekas peserta(pelajar) 3P yang pernah mengikuti program ini berpendapat ia wajar diteruskan sebagai penambahan nilai kepada pelajar UiTM. Rata-rata pelajar yang pernah mengikuti 3P telah berkerja dan menjawat jawatan penting dalam industri ICT.

Walaubagaimanapun beberapa penambahbaikan perlu dilakukan untuk memantapkan lagi 3P ini supaya ia selaras dengan kehendak dan keperluan industri. 3P menawarkan kursus seperti CCNA, MCAD, MCSE, MCSA, MOS, MCDST, Comtia A+, IWD, ACP, CCENT, BEC, ITIL dan lain-lain lagi kepada pelajar tahun akhir UiTM daripada 5 fakulti yang terlibat.

Saya terlibat secara terus dengan 3P sebagai penyelaras teknikal dan berkerja erat dengan semua penyelaras 3P diperingkat fakulti. Diantara tugas saya ialah memastikan makmal komputer yang mencukupi dan memenuhi speksifikasi 3P bagi menampung 650 orang pelajar yang mengikuti program ini, menyediakan penginapan asrama dan pengangkutan kepada peserta sepanjang program ini berlangsung, memastikan semua keperluan teknikal seperti network, server dan internet berfungsi dengan baik.