Laman utama ( homepage ) http://penang.uitm.my telah bertukar kepada ucapan ulang tahun ke 15 selain turut dimuatkan dengan lagu ucapan selamat hari jadi menggunakan suara latar watak Upin dan Ipin.
Agak melucukan juga kerana tindakan deface kali ini siap mempunyai ucapan terima kasih kepada seorang yang bernama Wan Anishah yang dipercayai pensyarah di UiTM cawangan tersebut kerana memberikan gred A untuk sebuah subjek kepada defacer berkenaan.
UiTM Pulau Pinang dijadual mengadakan sambutan penubuhannya pada hari ini dan esok.
Antara komen dalam laman web http://penang.uitm.edu.my/ ialah :
- Comment -
Happy Birthday UiTM Penang ke 15
sempena 15 thun, page ini sebagai hadiah
:p
BTW, pn wan anishah krn bgi dpt A dlm kos csc
harap kite jmpe lgi pada thun hadapan
byeeee…
Syam92x sebelum dilaporkan laman web Kenahack.com sebagai bertanggungjawab menggodam puluhan domain UiTM. Laman Kenahack.com menggelarkan Syam92x sebagai peminat laman Uitm Negara. Serangan ke atas laman UiTM Pulau Pinang ini dipercayai kali kedua dilakukan oleh defacer yang sama.
Selain itu, laman UiTM Kedah dan Sabah juga pernah menjadi mangsa. Selain itu, laman web rasmi Universiti Putra Malaysia (UPM.edu.my) turut digodam.Semalam, Portal Rasmi Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (http://politeknik.gov.my/) turut menjadi mangsa godam.
(Sumber - http://kerangs.net)