Petang tadi sebelum waktu berbuka puasa saya bersama isteri, ibu mertua Mama Lo dan ibu mertua Mama Yu berkesempatan membeli juadah berbuka puasa di Bazaar Ramadan Taman Suntex, Batu 9, Cheras. Saya hanya membeli beberapa juadah berbuka puasa yang saya fikir perlu untuk berbuka puasa nanti.
Suasana di Bazaar Ramadan penuh sesak, pelbagai juadah berbuka puasa di jual. Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah ada juga orang cina dan orang india yang turut serta menjual juadah berbuka puasa, mereka juga mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini untuk menambah pendapatan dengan menjual barang-barang keperluan berbuka puasa. Dalam masa yang sama, saya dapati terdapat juga orang india dan cina yang turut membeli belah di Bazaar Ramadan tersebut. Nyatalah bahawa bazaar ramadan bukan hanya untuk orang islam sahaja.
Saya menyeru kepada semua penjual makanan berbuka puasa supaya sentiasa mengamalkan budaya menjaga kebersihan, kerana, selalunya pada masa bulan ramadan ini, ramai orang yang sakit perut kerana memakan makanan yang dijual di bazaar ramadan. Lagi pun menjaga kebersihan adalah tuntutan agama islam, jika anda menjaga kebersihan dalam pengendalian dan penyediaan makanan, sesungguhnya anda telah melaksanakan satu ibadah.