Pada bulan November 1873, Gabenor Harry Ord digantikan Andrew Clarke. Gabenor baru ini berpendapat negeri-negeri Melayu dapat diamankan dengan campur tangan Inggeris. Tumpuan usahanya ditumpukan ke Perak. Langkah pertama yang diambil ialah mengatur gencatan senjata antara kongsi-kongsi gelap bertelagah.
Selepas itu Andrew Clarke mencadangkan kepada besar-pembesar Perak supaya berjumpa dengan beliau di Pangkor bagi berunding untuk menyelesaikan masalah mereka. Muda Abdullah dengan segera menjawab pelawaan tersebut menjemput Inggeris menghantar seorang penasihat dengan syarat beliau dilantik sebagai sultan. Satu rundingan telah diadakan atas kapal Pluto pada hari Sabtu, 17 Januari 1874. Turut sama di rundingan tersebut ialah Andrew Clarke, Raja Muda Abdul Bendahara, Laksamana, Menteri Larut, Syahbandar, Temenggung Raja Mahkota dan Datuk Sagor. Sultan Ismail dan Raja Yusuf turut hadir. Pada 20 Januari termeterailah Perjanjian Pangkor.
Syarat- syarat perjanjian:
1. Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.
2. Raja Bendahara Ismail yang sekarang bertindak selaku Pemangku Sultan dibenarkan memakai gelaran Sultan dan diberi bayaran pencen serta menguasai sebuah daerah yang diperuntukkan kepadanya.
3. Semua pembesar yang dilantik semasa Raja Bendahara menerima alat kebesarannya diiktiraf.
4. Kuasa yang diberikan oleh Almarhum Sultan kepada Orang Kaya Menteri Larut diiktiraf.
5. Semua pelantikan dan hasil negeri akan dipungut atas nama sultan.
6. Sultan akan menerima dan menyediakan tempat tinggal yang sesuai untuk seorang pegawai British yang dikenali sebagai residen. Nasihat residen mesti diperoleh dan dilaksanakan dalam semua perkara melainkan dalam hal agama dan adat istiadat Melayu.
7. Pembesar Larut akan menerima seorang penolong residen yang mempunyai kuasa seperti residen dan hanya patuh kepada perintah residen.
8. Pembiayaan residen dan pegawai-pegawainya akan ditentukan oleh kerajaan Negeri-Negeri Selat dan akan diambil daripada hasil negeri Perak.
9. Pendapatan yang akan diterima oleh sultan, bendahara, menteri dan pembesar-pembesar yang lain akan diambil daripada hasil negeri.
10. Kutipan dan kawalan atas semua hasil dan pentadbiran negeri dibuat dengan nasihat residen.
11. Pulau Pangkor dan Dinding diserahkan kepada British.
12. Sungai Krian akan menjadi sempadan di antara Seberang Prai (British) dengan Perak.
13. Bagi mewujudkan keamanan di Perak satu peraturan segera akan dibuat di bawah kawalan dan nasihat seorang atau lebih pegawai British. Pegawai ini akan menentukan kedudukan lombong, jentera, bayaran pampasan atas kerosakan dan sebagainya. Keputusan pegawai tersebut adalah muktamad.
14. Menteri Larut akan membiayai semua penyiasatan dan pemulihan keamanan di Perak. Perjanjian Pangkor dibuat secara tergesa-gesa untuk memenuhi keperluan Inggeris. Ini bagi mempercepatkan campur tangan di Perak. Bagaimanapun kuat kuasa perjanjian ini tidaklah dijalankan dengan serta-merta. Misalnya residen hanya tiba di Perak sembilan bulan kemudian. Namun begitu penolong residen sudah pun menjalankan tugasnya di Larut.
"....semua makhluk ciptaan Tuhan samada manusia,binatang,tumbuhan, alam semulajadi dan sebagainya,saling perlu memerlukan,saling bantu-membantu kerana mereka berkait,terikat antara satu sama lain dalam satu kitaran yang berhubungan. Justeru, jangan diputuskan ikatan itu, kelak, seluruh kitaran akan musnah..." Ahmad Rais Johari
Wednesday, September 25, 2019
Perjanjian Inggeris-Belanda, 1824
Persaingan antara Inggeris-Belanda di Kepulauan Melayu menarik perhatian pegawai-pegawai tinggi di Eropah untuk menyelesaikannya di meja rundingan. Perjanjian ini memberi kesan besar kepada perkembangan Negeri-Negeri Selat dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu.
Syarat-syarat penting perjanjian dapatlah diringkaskan seperti berikut:
(a) Belanda bersetuju menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka kepada Inggeris.
(b) Pihak Inggeris bersetuju menyerahkan kepentingannya di Bangkahulu dan Sumatera kepada Belanda.
(c) Belanda mengiktiraf pertapakan Inggeris di Singapura tetapi Inggeris tidak dibenarkan meluaskan pengaruh ke Pulau Karimun dan pulau-pulau di selatannya.
(d) Belanda berjanji tidak akan campur tangan di Tanah Melayu atau membuat sebarang perjanjian dengan pemerintah-pemerintah tempatan.
(e) Belanda perlu memberi layanan perdagangan yang baik kepada pedagang Inggeris dan begitulah sebaliknya.
(f) Pemerintah anak negeri dibenarkan membuat hubungan secara bebas dengan kedua-dua kuasa dan sesama pemerintah tempatan.
(g) Hutang Belanda kepada Inggeris dikira langsai dengan pembayaran 100,000 paun.

Subscribe to:
Posts (Atom)