Tuesday, March 6, 2012

Temubual Bersama TNC (Akademik) Tentang Amanah Tugas Pensyarah (ATP) di UFM

Prof. Dr. Azni Zain Ahmed, Timbalan Naib Cabselor (Akademik) akan ke udara di UFM membincangkan isu Amanah Tugas Pensyarah (ATP) pada 6 Mac 2012 pada jam 10.00 - 11.00 pagi. Amanah Tugas Pensyarah (ATP) sebelum ini dikenali sebagai Amanah Tugas Akademik (ATA), ia merujuk kepada beban akademik yang dibebankan kepada para pensyarah untuk mengajar mahasiswanya. Sila tune radio anda ke frekuensi UFM untuk mendapat keterangan lebih lanjut.

Program temubual berkenaan boleh diikuti secara langsung menerusi Frekuensi 93.6 (Sekitar Lembah Kelang Sahaja) dan juga menerusi Internet di laman sesawang www.ufm.uitm.edu.my/ .

Bagi para pendengar yang ingin mengemukakan soalan atau memberikan pendapat, ianya boleh disalurkan melalui panggilan telefon di talian 03-55443687 dan juga menerusi laman Facebook iaitu www.facebook.com/pages/UFM-Radio/69950746934.

Menerusi temubual berkenaan diharapkan akan dapat memberikan input-input terkini dan menjawab persoalan berkaitan dengan ATP.