Showing posts with label Pusat Sistem Maklumat Bersepadu. Show all posts
Showing posts with label Pusat Sistem Maklumat Bersepadu. Show all posts

Thursday, December 2, 2010

Perlaksanaan Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007 Dalam Sektor Awam - Bila Sistem ICT di UiTM akan mempunyai pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007?

Surat Pekeliling MAMPU bertarikh 24 November 2010 mewajibkan semua agensi kerajaan termasuk semua universiti di Malaysia melaksanakan pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007 Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (Information Security Management System - ISMS) di agensi masing-masing.

Justeru di UiTM, dalam melaksanakan keputusan ini, Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) selaku pusat yang bertanggungjawab terhadap ICT di UiTM sewajarnya mengambil tindakan proaktif seperti:-

a) Mengatur rancangan pematuhan pensijilan ISMS sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jemaah Menteri dan memberi maklum balas mengikut keperluan dari masa ke masa;

b) Mengenal pasti skop pelaksanaan dan pensijilan ISMS berdasarkan perkhidmatan kritikal agensi; dan

c) Merujuk kepada dokumen-dokumen berikut sebagai panduan pelaksanaan:

i) Malaysian Standard (MS ISO/IEC 27001:2007 Information technology - Security techniques - Information Security Management Systems – Requirement);

ii) International Standard (ISO/IEC 27003:2009 Information technology - Security techniques - Information Security Management System Implementation Guidance); dan

iii) International Standard (ISO/IEC 27004: 2009 Information Technology-Security Techniques - Information Security Management Measurement).

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 Februari 2010 telah mengambil maklum bahawa tahap keselamatan maklumat kritikal negara perlu memenuhi standard antarabangsa yang boleh dicapai melalui pelaksanaan pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007 Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat.

Mesyuarat Jemaah Menteri juga telah bersetuju Sektor Awam yang merupakan sebahagian dari Prasarana Maklumat Kritikal Negara (Critical National Information Infrastructure – CNII) perlu mendapatkan pensijilan MS ISO/IEC 27001:2007 Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat dalam tempoh 3 tahun. Sebarang usaha untuk mendapatkan pensijilan tersebut dalam tempoh lebih awal adalah digalakkan.

Diharapkan pihak yang terbabit dgn ICT di UiTM dapat merealiasasikan MS ISO/IEC 27001:2007 ini selewat-lewatnya pada pertengahan Jun 2011.

(Rujukan : Web Site MAMPU)

Wednesday, November 3, 2010

Kemana Halatuju ICT UiTM Menempuh Alaf Digital Baru 2010?

Pada Jun 2010, IEEE telah meluluskan standard 802.3ba (40/100 Gigabit Ethernet standards) untuk teknologi ethernet berkelajuan tinggi, ia membolehkan data dihantar melalui copper, fiber optic (single mode) dan fiber optic (multi mode) pada kadar kelajuan 40Gbit/s dan 100Gbit/s. Pada hari ini UiTM masih menggunakan IEEE Std 802.3ae-2002(10GE) yang diluluskan oleh IEEE pada tahun 2002. Dalam masa yang sama UiTM masih lagi mengamalkan pengurusan sistem telekomunikasi secara tradisional dimana sistem telefon diuruselia oleh Unit Telekomunikasi, Pejabat Pengurusan Fasiliti manakala sistem rangkaian data (network) diuruselia oleh Unit Rangkaian, Pusat Sistem Maklumat Bersepadu menyebabkan sistem telefon (PABX) terpisah dengan sistem data (rangkaian).

Sistem data (rangkaian) semua kampus cawangan UiTM diseluruh negara disambung diantara satu sama lain ke Kampus Induk Shah Alam menggunakan IPVPN Over Metro-Ethernet yang disewa daripada Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB). Dalam masa yang sama, sistem telefon (PABX) semua kampus UiTM diseluruh negara dihubungkan diantara satu sama lain melalui public switched telephone network (PSTN), kesan UiTM mengurus sistem ICT cara tradisional menyebabkan UiTM tidak dapat menikmati kemudahan unified communication yang telah diumumkan oleh Unified Communications Interoperability Forum (UCIF) pada Mei 2010.

Tahun 2010 menuntut UiTM untuk menilai semula sistem pengurusan dan amalan ICT sediada supaya ia diurus selaras dengan perkembangan teknologi semasa masa kini supaya teknologi ICT digunapakai sepenuhnya untuk menambahbaik sistem penyampaian di UiTM. UiTM sewajarnya menggunakan menggunakan teknologi unified communication kerana ia terbukti membawa banyak manfaat kepada organisasi yang menggunakannya diseluruh dunia. Perubahan yang drastik perlu dilakukan oleh pengurusan universiti supaya perlaksanaan dan penggunaan teknologi unified communication dapat dilaksanakan dengan mengabungkan unit-unit yang terlibat dengan pengurusan telefon dan data diletakan dibawah satu pengurusan.

Tuesday, June 15, 2010

Bermulanya sebuah permulaan baru yang penuh harapan

Bulan ini menyaksikan berlakunya beberapa rombakan dalam struktur kepimpinan organisasi di UiTM. Prof. Dato' Dr. Nasuddin Othman diganti oleh Prof. Dato' Dr. Abdullah sebagai Timbalan Naib Canselor HEPA, Pn. Zuraida Hj. Yahya mengantikan En. Alias Taib sebagai Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti, En. Alias Taib mengantikan En. Che Izam Abu Noh sebagai Pengarah Pejabat Pembangunan, En. Che Izam Abu Noh dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pusat Sistem Maklumat Bersepadu manakala Prof. Dr Abd. Rahman Omar dilantik menjadi Penolong Naib Canselor mengantikan Dato' Mohd. Salleh. Tuan Haji Tamzil pula dipertangungjawabkan mengawalselia semua projek PFI pembinaan kampus baru UiTM di Pejabat Pembangunan.

Semoga UiTM lebih cemerlang dan gemilang dengan rombakan kepimpinan baru ini dalam mengharungi cabaran dekad 2010an. Semestinya warga UiTM mengharapkan mereka konsisten melaksanakan penambahbaikan berterusan dengan menyumbang segala keupayaan (effort), kebolehan (ability) dan sikap (attitude) terbaik serta mengutamakan kecekapan (efficient) dan keberkesanan (effective) sekaligus mencapai iltizam UiTM sebagai universiti bertaraf dunia menjelang 2020 sebagaimana anjuran Naib Canselor dalam amanat tahun baru yang disampaikan beliau baru-baru ini.