Friday, January 20, 2012

Jom Ceria Edisi Jan 2012 Pejabat Pembangunan, Pejabat Fasiliti dan Infotech UiTM Menceriakan.

Penolong Naib Canselor Pembangunan,Fasiliti dan ICT, Prof. Dr. Ir. Sr. Suhaimi Abdul Talib dalam ucapannya semasa program Jom Ceria Edisi Jan 2012 di DATC sebentar tadi menegaskan bahawa adalah menjadi tangungjawab semua kakitangan UiTM untuk memastikan semua keperluan keselamatan dan kesihatan pekerja dipatuhi didalam menjalankan tugas sebagaimana yang termaktub dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

UiTM mempunyai Bahagian Khas yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal keselamatan dan kesihatan pekerja yang dinamakan Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (BKKP) di Pejabat Pengurusan Fasiliti.

Beliau juga memberikan penekanan mengenai isu integriti semua kakitangan dibawah penyeliaan beliau supaya sentiasa mematuhi semua arahan dan pekeliling kerajaan serta mengikut prosedur kerja yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Konsep ihsan perlu diterapkan dalam menjalankan tugas dengan menganggap Tuhan sentiasa melihat kita dimanapun kita berada dan mengetahui apa sahaja yang kita lakukan sepanjang masa.

Sr. Hajah Zuraida Hj. Yahya, Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti dalam ucapannya menekan betapa kakitangan pejabat pengurusan fasiliti perlu merancang kerja terutama yang berkaitan dengan penyelenggaraan supaya kakitangan PPF berkerja secara sistematik dan terancang. Budaya kerja secara 'fire fighting' telah berlalu ujar beliau.

Hj. Alias Taib, Pengarah Pejabat Pembangunan dalam ucapannya menekan tentang perlunya kakitangan merancang pembangunan diri sendiri supaya menjadi insan lebih baik dimasa akan datang.

Prof. Madya Rahidzab Talib, Pengarah Infotech dalam ucapannya menegaskan dalam kesibukan menjalankan tugas, semua kakitangan tidak mengabaikan kesihatan masing-masing. Beliau mencadangkan supaya semua kakitangan membuat pemeriksaan kesihatan untuk memastikan kesihatan kita berada ditahap yang baik.

Jom Ceria edisi Jan 2012 kali ini diursetiakan oleh Bahagian Projek dan Rekabentuk, Pejabat Pengurusan Fasiliti.