22 April 2019: 9am -12pm. YBhg Prof Madya Dr Mohd Fozi Ali Menyampaikan amanat beliau kepada kakitangan Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur (PPII) Shah Alam dan Ketua2-ketua cawangan sejajar dengan halatuju UiTM bertemakan "Melonjak Profil Global UiTM " -Peranan PPII dan seterusnya melancarkan eProjek, eRuang, Dasar ICT (DICT) & Dasar Keselamatan ICT(DKICT) UiTM. Amanat ini mencipta sejarahnya tersendiri kerana buat julung kalinya UiTM mewujudkan jawatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) di UiTM pada 15 November 2018 dimana Prof Madya Dr Mohd Fozi Ali adalah individu pertama yang dilantik ke jawatan tersebut.
Memulakan amanat beliau, beliau menegaskan bahawa Manusia yang dicipta oleh Allah S.W.T sebagai khalifah atau pemimpin di muka bumi ini
mempunyai berbagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk-makhluk
lain. Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia dikurniakan akal. Akal
fikiranlah yang membezakan secara kualitatif, di antara manusia dan haiwan. Akal atau
minda adalah sumber ilmu intelek (intellectual knowledge) yang menghasilkan
pengetahuan melalui proses pemikiran dan pentaakulan minda (akal). Akal adalah tempat
bersemadinya kearifan dan kebijaksanaan (hikmah). Akal adalah merupakan kurniaan
Allah S.W.T. yang sangat berharga kepada hambaNya. Melaluinya manusia boleh
membuat pentaakulan (rationalize), membentuk konsep (conceptualize), dapat memahami
(comprehend) dan sebagainya. Untuk memiliki sifat ‘hikmah’ (wisdom), seseorang
perlulah menjalani latihan penajaman minda dan pendidikan pembersihan akal.
Di samping dikaitkan dengan otak, hikmah juga dikaitkan dengan ‘qalbu’ manusia. Qalbu
adalah sumber ilmu yang menghasilkan pengetahuan melalui ilham, taufiq dan hidayah
(bisikan suara hati dan suara qalbu). Pemberian Allah S.W.T. kepada seseorang kerana
bersihnya hati yang dimiliki. Hati mempunyai keupayaan pentaakulan dan daya faham
seperti kemampuan akal, boleh mengesani dan menemui kebenaran. Pengetahuan yang
diperolehi melalui mata hati dapat membezakan yang benar dari yang palsu, yang betul
dari yang salah, kebaikan dari keburukan. Untuk memperolehi pengetahuan bersumberkan
hati, seseorang itu perlu mempunyai qalbu yang suci dan ini dapat dicapai melalui latihan
penyucian qalbu (purification of the heart). Sekiranya manusia dapat menggunakan akal
dan qalbunya dalam mengeluarkan buah fikiran, maka ia dikira sebagai telah
menggunakan akalnya dengan bijak.
Tiga perkara yang perlu dilakukan secara konsisten supaya kita sentiasa berada dilandasan yang betul ialah istiqamah dengan solat, membaca dan menghayati Al Quran dan mengingati kematian.
Dalam amanat yang disampaikan oleh beliau kepada semua warga Pejabat Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur (PPII) beliau menekankan betapa pentingnya peranan PPII dalam mengkoordinasi keseluruhan usaha berkaitan
merancang, rekaan dan pengurusan bangunan termasuk sistem ICT, peralatan dan perabot untuk
meningkatkan keupayaan universiti bagi bersaing dalam perubahan dunia yang pesat. Beliau akan melaksanakan satu pendekatan bersepadu kepada operasi, selenggaraan,
peningkatan dan penyesuaian bangunan, infrastruktur dan infostruktur universiti dengan tujuan
mewujudkan satu persekitaran yang kuat menyokong objektif utama dan hala tuju universiti.
Pada masa kini, skop peranan PPII merangkumi keseluruhan aktiviti pengurusan fasiliti termasuk pengurusan harta tanah, kesihatan dan keselamatan, pengurusan kontrak,
pengurusan sumber manusia, bangunan dan penyelenggaraan, perkhidmatan domestik
dan bekalan utiliti. Selain daripada itu, PPII dilihat sebagai fungsi strategik dan
membawa peningkatan yang positif dan kejayaan organisasi. Perkhidmatan PPII diyakini sebagai sumber kejayaan universiti dan boleh juga berlaku sebaliknya jika tidak dikoordinasi dengan betul.
Bagi memberi perkhidmatan yang baik di dalam penyelenggaraan bangunan maka pihak pengurusan bangunan yang di dalam hal ini diketuai sebagai
pengurus fasiliti mestilah seorang yang tahu peranannya dan kompeten. Seseorang pengurus perlu berfikir dengan baik dan lakukan tugas
dengan cemerlang, dia mestilah faham peranannya dengan jelas dalam kata lain, tidak
kabur tentang bidang tugasannya. seseorang pengurus harus mempunyai
kompetensi di bidang yang berkaitan, ia bertujuan untuk mengembangkan kemahiran,
melaksanakan tugas dan membuat sesuatu keputusan mengikut bidang yang
dipertanggungjawabkan. Peranan bermaksud fungsi
atau posisi yang perlu dijalankan oleh seseorang pengurus manakala kompetensi yang
dimaksudkan adalah pengetahuan, kemahiran, kebolehan, dan perlakuan yang membolehkan seseorang melaksanakan tugasnya dalam satu-satu profesion.
Fungsi utama penyelenggaraan bangunan bukan hanya untuk memastikan bangunan, sistem atau peralatan beroperasi pada kecekapan yang maksimum tetapi juga bagi memastikan bangunan sentiasa memenuhi keperluan penghuni dan perundangan seperti berikut:-
i) Memastikan bangunan dalam keadaan selamat.
ii) Memastikan bangunan adalah kondusif.
iii) Memastikan bangunan berkebolehan untuk digunakan.
iv) Memastikan bangunan memenuhi semua keperluan undang-undang.
v) Mengekalkan nilai fizikal aset bagi pelaburan bangunan.
vi) Mengekalkan kualiti bangunan.
Dua elemen utama yang perlu diambil perhatian bagi perancangan strategi penyelenggaraan bangunan adalah:-
i) Kualiti
ii) Keselamatan dan kesihatan