Selepas PRU13 ada cadangan daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) mencadangkan supaya BN membuka keahliannya yang dinamakan keahlian terus sebagai parti politik pelbagai bangsa di Malaysia. Idea ini dicadangkan sebagai tindakan pembetulan untuk menarik lebih ramai golongan muda pelbagai bangsa menyertai Barisan Nasional dan meneruskan survival BN dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Menyingkap beberapa lembaran dan kisah perjuangan dan pengalaman UMNO sejak peristiwa menentang Malayan Union sehingga tercapainya kemerdekaan sampai ke zaman pembangunan sekarang - zaman pasca Pilihanraya Umum ke 13 menyaksikan prestasi BN semakin merudum selepas Pilihanraya Umum ke 12 dan BN memerlukan ubat yang berkesan supaya ia boleh sembuh daripada kesakitan yang sedang dialaminya.
BN yang ditunjangi oleh UMNO yang dipimpin oleh Dato' Seri Najib Abdul Razak perlu dan terpaksa berubah mengikut peredaran keadaan, zaman dan waktu. Hanya dengan keupayaannya untuk melakukan perubahan sesuai dengan keadaan sahajalah UMNO akan dapat menangani apa-apa masalah atau tuntutan baru yang dicetuskan oleh keadaan itu dan dengan demikian baru UMNO dapat mengekalkan citranya sebagai pejuang bangsa Melayu sepanjang zaman. Sesetengah penganalisis politik berkata bahawa untuk mencapai ini maka UMNO perlu mempunyai visi atau wawasan baru.
Bangsa melayu tidak perlu lagi untuk dibakar saban hari oleh semangat nasionalisme atau semangat kebangsaan melayu kerana orang melayu telah merdeka, yakni bebas daripada penjajahan British. Yang penting ialah bangsa melayu mesti maju dalam bidang ekonomi, ilmu dan teknologi sebagai asas pembinaan tamadun baru bangsa Melayu. Ini memerlukan pemikiran dan tindakan yang pragmatik, tidak terlalu idealistik. Keadaan dunia hari ini juga dikatakan merupakan cabaran yang besar dan hebat kepada perjuangan bangsa melayu. Dalam dunia yang dikatakan makin diglobalisasikan oleh desakan ekonomi dan teknologi maklumat sarwajagat orang percaya bahawa survival atau kelangsungan hidup sesuatu bangsa atau negara bangsa tentu bergantung pada keupayaannya untuk menyaingi bangsa-bangsa lain yang maju dalam bidang yang sama dan tidak lagi bergantung pada semangat kebangsaan bangsa itu untuk mempertahankan sempadan atau ruang negara bangsa nya yang kecil daripada desakan dan pengaruh proses globalisasi itu.
Memang benar, kemerdekaan tidak punya erti jikalau bangsa melayu masih lemah dalam bidang ekonomi, ilmu dan teknologi moden. Untuk menjadi bangsa yang maju orang melayu mesti menguasai alat yang selalu digunakan oleh manusia untuk memperbaiki keadaan hidupnya, membina tamaddun yang tinggi, alat yang selalu digunakan untuk memnguasai dan menjajah bangsa lain, alat ini ialah ilmu pengetahuan. Alat inilah yang membolehkan manusia memajukan ekonomi, menyelesaikan masalah kemiskinan dan kesihtan,dan mencipta teknologi (termasuk teknologi persenjataan). Tidak cukup jika bangsa melayu hanya menumpang kemajuan orang lain, atau masih terus bergantung kepada bangsa-bangsa lain untuk memperbaiki keadaan meterialistiknya.
Tetapi dalam usaha kita untuk memperbaiki keadaan ekonomi dan ilmu pengetahuan bangsa melayu, kita hendaklah memastikan bahawa bangsa melayu itu tidak menjadi mangsa keadaan. Ada bahayanya kalau kita cuba berubah menurut keadaan atau cuba membentuk visi baru mengikut perubahan keadaan. Walaupun dari segi kemajuan materialistiknya keadaan manusia atau dunia hari ini sudah mengalami perubahan yang luar biasa, disebabkan kemajuan ilmu fizikal manusia, sifat semulajadi (asliah) manusia itu sendiri tidak berubah. Manusia bukan hanya makhluk biologis. Manusia dilahirkan dalam ruang sejarah, budaya dan agama tertentu. Maka terdapatlah puak-puak manusia di dunia ini yang berbeza di antara satu sama lain berdasarkan budaya, bahasa, adat resam dan agama. Ciri-ciri inilah yang membentuk kesatuan sosiobudaya manusia yang kita sebut bangsa. Setiap bangsa pula mempunyai ruang atau kesatuan geografi yang kita sebut negara atau negeri. Maka lahirlah konsep negara-bangsa, yang bererti negara yang penduduknya atau warganya terdiri darpada satu atau beberapa bangsa yang dilingkungi atau didaulati oleh satu kesatuan geografi-politik yang sama.
Kesedaran bangsa bersifat semulajadi (asliah), dibentuk dan tertanam secara kolektif melalui warisan bersama dalam sanubari psikik budaya manusia itu sejak turun temurun. Kesedaran inilah yang tidak dapat dimusnahkan oleh keadaan yang berlaku diluar diri manusia itu. Kesedaran inilah yang cukup kuat mempengaruhi perasaan, fikiran, sikap dan tindakan manusia dalam perhubungan antara bangsa atau negara lain. Sesuatu bangsa itu akan tetap mempertahankan jati diri bangsanya atau kedaulatan sempadan negara-bangsanya daripada cabaran dari luar atau dari dalam yang dianggap boleh memusnahkan jati diri bangsa itu. Dalam keadaan darurat atau krisis yang menyentuh soal bangsa atau sempadan negara-bangsa , manusia akhirnya akan kembali jati diri asliah bangsanya untuk berseru dan mengembleng semangat dan tenaga kebangsaanmya sebagai alat penyelamat bangsa yang terakhir. Kita melihat hal ini berlaku sepanjang sejarah manusia di seluruh dunia.
Masalah akan timbul jika kita didesak atau berasa terpaksa berubah menurut keadaan yang ditentukan oleh orang lain, oleh bangsa-bangsa yang maju dan lebih kuat daripada kita. Hinggakan kita selalu mendengar orang berkata bahawa islam , misalnya, mesti berubah menurut zaman atau keadaan, padahal sepatutnya keadaan atau kemajuan manusialah , khususnya yang beragama Islam, yang perlu berubah mengikut Islam, yakni mengikut nilai dan prinsip agama Islam sebagaimana yang terkandung dalam Al Quran dan Hadist sahih.
Pelbagai krisis moral atau akhlak boleh berlaku di dalam kehidupan manusia bila nilai dan prinsip yang hak, yang benar itu, berubah atau diubah dan disesuaikan menurut keadaan ciptaan manusia dengan segala kesilapan dan keburukannya, disamping tentunya keadaan yang baik untuk dimanfaatkan oleh manusia. Bangsa melayu yang beragama Islam di Malaysia misalnya, patut bertanya, mengapakah dalam zaman pembangunan selepas zaman kemerdekaan, orang melayulah yang paling banyak menghadapi masalah budaya, masalah sosial dan moral.
Kalau di zaman penjajah dahulu orang melayu dikatakan bangsa yang daif dari segi keadaan ekonominya,juga dari segi keadaan taraf pendidikannya, malah dikata orang melayu adalah bangsa yang pemalas, sekarang dalam zaman kemajuan materialistik kita mendengar orang berkata bahawa bangsa Melayu sudah menjadi mangsa keadaan itu: mereka dikatakan bangsa yang kurup, penagih dadah, pembazir, pelagak dan pemain wang. Kita selalu mendabik dada dengan berkata bahawa bangsa Melayu beragama Islam hendaklah menjadi contoh di Malaysia atau budaya Melayu hendaklah menjadi teras kebudayaan kebangsaan, tetapi saya percaya bahawa orang lain tentu mentertawakan visi kita itu setelah melihat contoh-contoh yang tidak baik itu. Dalam menangani masalah bangsa sendiri ini kita kadang-kadang cuba menghiburkan diridengan berkata bahawa bangsa pain juga mempunyai kelemahan yang sama. Sikap apologetik seperti inilah yang, secara kita tidak sedari, kadang-kadang menyebabkan kita mencari alasan untuk menutup kelemahan diri sendiri.
Kesatuan manusia sejagat tidak pernah wujud dalam sejarah manusia, walaupun dalam zaman kerjasama antarabangsa hari ini,yang kononnya cuba dibentuk oleh berbagai-bagai pertubuhan antarabangsa di bawah sistem PBB selepas perang dunia kedua. Manusia tidak berubah. Mereka tetap berperang jika kepentingan bangsa, budaya, agama dan kedaulatan sempadan negaranya terancam atau dicabar oleh bangsa lain biarpun orang percaya bahawa dalam keadaan baru dunia hari ini kesedaran atau sentimen itu akan dihakis oleh proses globalisasi yang dikatakan akan menyebabkan manusia akan melupakan akarnya sendiri dan sanggup (kerana tiada jalan lain) menyerapkan diri ke dalam budaya sejagat atau budaya global yang tidak mengenal sempadan bangsa ataupun negara bangsa lagi. Siapakah yang percaya ramalan ini akan berlaku? secara peribadi, saya tidak percaya.
Bangsa yang tidak berfikir panjang , yang tidak memahami sejarah tamadun dunia sejagat, dia akan menjadi mangsa keadaan yang disebut dunia globalisasi itu. Sayugia diingatkan, penjajahan baru boleh berlaku disebalik proses globalisasi dan order baru dunia. Para pencipta dan penguasa teknologi komunikasi dan maklumat di Barat, termasuk para liberalist pasaran perdagangan bebas di Barat, mungkin ghairah mendesak dunia lain yang tidak menguasai perdagangan dan teknologi maklumat sejagat supaya mengamalkan dasar langit terbuka dan sempadan terdedah. Dan orang lain yang tidak menguasai alat-alat itu sudah ada yang percaya bahawa keadaan ini sudah tidak dapat dielakan.
Mereka seolah-olah berkata bahawa kita terpaksa berserah mengikut pihak yang berkuasa itu. Pilihan lain tidak ada. Lalu kita pun meniru slogan mereka. Kita menolong propaganda globalisasi mereka. Tetapi percayakah kita bahawa seruan bangsa Barat itu dibuat untuk kepentingan mereka, ekonomi mereka dan perdagangan mereka.? Sebenarnya orang baratlah atau negara majulah yang paling tidak mengamalkan dasar terbuka dalam segala bidang terhadap bangsa-bangsa lain yang tidak maju.
Jadi, inilah yang perlu disedari oleh UMNO atau bangsa Melayu dalam pengaturkan agenda perjuangan yang masih belum selesai lagi. Bangsa Melayu tidak memerlukan idealisme baru, bagi kebanyakan orang melayu hari ini, soalan yang sering menjadi tana tanya ialah : mestikah orang melayu mengorbankan hak mereka untuk memajukan negara ini? Soal tanah orang melayu, soal bahasa, soal budaya, misalnya menjadi tidak penting bagi UMNO hari ini .