Friday, October 17, 2008

Filem Terbitan UiTM Yang Pertama - 'WAYANG'

Filem `WAYANG’ merupakan filem pertama keluaran UiTM/IRDC dengan kerjasama FINAS. Setelah dicalonkan dalam beberapa kategori di Festival Filem Malaysia ke 21 dan telah memenangi beberapa anugerah, Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik mengambil satu langkah lagi ke hadapan iaitu akan mengadakan program promosi Filem ` Wayang’ yang pertama pada 17 Oktober 2008 (Jumaat) di Dewan Seri Budiman, 29 November 2008 di GSC One Utama, Bangsar , pada 3 November 2008 mengadakan tayangan perdana di Cathay Cineleisure Damansara dan 13 November 2008 mengadakan tayangan serentak 40 pawagam di seluruh Malaysia.

Bagi warga UiTM Shah Alam , tayangan filem ini akan dibuat pada 17 Oktober 2008 bertempat di Dewan Seri Budiman. Sebanyak 2 kali tayangan akan diadakan pada jam 4.30 petang dan 8.30 malam. Tiket-tiket filem berharga RM 6.00 seorang boleh dibeli di pintu masuk dewan bermula jam 3.00 petang dan jam 7.45 malam. Tiket-tiket juga sekarang giat dijual melalui pembantu-pembantu jualan tiket yang memakai `t-shirt' berwarna jingga(oren) di sekitar Kampus UiTM dan Shah Alam. Tempahan tiket juga boleh dibuat melalui talian ; En. Azhari 0123196486, En. Harith : 0122679859, En. Mohamad Hanafiah : 019-3377627 dan pejabat no: 03-79622410.

Bagi warga kampus yang lain, tayangan seluruh negara akan diadakan serentak 40 pawagam di seluruh Malaysia. Sila layari laman web UiTM dan lihat pada ruangan `Announcement' dan klik `filem pertama terbitan UiTM.

SELAMAT MENONTON. SOKONGLAH FILEM KITA !!!

Membantu Seorang Mahasiswa Yang Terdampar Kesakitan Diserang Migrain Kronik....

Baru sebentar tadi, sekitar jam 12.15 am, saya menerima panggilan telefon daripada Jawatankuasa Penduduk Flat PKNS Seksyen 7, Shah Alam bahawa terdapat seorang mahasiswa UiTM dalam keadaan yang lemah dan duduk tidak bermaya dibawah blok tersebut dalam keadaan kesakitan akibat diserang migrain kronik, saya dan En. Ariffin Md. Yusof bergegas ke tempat kejadian untuk membantu mahasiswa tersebut, secara kebetulan, saya dan En. Ariffin Md. Yusof sedang membuat diskusi mengenai strategi untuk merapatkan perhubungan diantara mahasiswa NR dan Pegawai Pembangunan Pelajar NR di Khalifah seksyen 3, Shah Alam. Kami sampai ke lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Setelah sampai dilokasi yang dimaksudkan, mahasiswa tersebut, sudah mula beransur pulih setelah beliau memakan ubat yang dibekalkan oleh doktor, ubat tersebut dibawa oleh rakan serumah beliau yang telah sampai lebih awal daripada kami dilokasi kejadian, difahamkan mahasiswa tersebut sering diserang migrain kronik dan beliau perlu memakan ubat yang diberikan oleh doktor untuk pulih seperti biasa semula, apabila mahasiswa tersebut sudah mula berupaya berdiri, boleh bertutur dan kembali normal saya mengambil maklumat mahasiswa tersebut dan maklumat rakan serumah beliau.

Seperkara yang menarik perhatian saya ialah sikap tolong menolong dan ukuhuwah yang ditunjukan oleh semua rakan serumah mahasiswa yang mengidap penyakit migrain tersebut, mereka seperti adik beradik, macam aur dengan tebing, jalinan ukuhuwah yang ditunjukan oleh mereka wajar dicontohi oleh semua mahasiswa UiTM.

Pada tengah hari semalam (16 Okt. 2008) selepas solat zohor saya bersama En. Ariffin dan Ustaz Johari pergi kerumah En. Fais di Klang untuk meraikan majlis usia 7 hari anak sulung beliau, pada majlis tersebut kami berselawat, membaca doa selamat dan bertahmit. Secara kebetulan, pada masa yang sama berlaku kematian berhampiran rumah En. Fais.