Saturday, May 28, 2011

QUTBAH WIDA - QUTBAH WIDA BAGINDA RASULULLAH SAW

Wahai Manusia,
Sepertimana kamu menggangap bulan
ini dan kota ini sebagai suci, maka
anggaplah jiwa dan harta setiap orang
muslimin sebagai amanah yang suci.
Kembalikan harta kamu yang
diamanahkan
kepada kamu
kepada pemiliknya yang HAK.


Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun
agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.
Ingatlah sesungguhnya kamu akan
menemui
Tuhan kamu, dan dia PASTI
akan membuat
perhitungan diatas
amalan kamu


Allah telah mengharamkan riba. Oleh itu
segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan
mulai sekarang.

-Khutbah pada 9hb Zulhijjah tahun 10 Hijrah di lembah Gunung Arafah-

The story of the People of the Cave - By Sheikh Imran Hossein

The story of the People of the Cave is one of the stories narrated in detail by Almighty Allah in the Holy Quran. Many scholars have addressed and explained this story from various perspectives however, up till the present moment, little or nothing has been mentioned about the scientific and engineering implications and applications of this story. Some scholars have scrutinized the story from Financial and Islamic monetary policy viewpoints while some have reviewed and analyzed the story from the vantage point of Islamic eschatology. However, these groups of scholars and scientists have not explored the story using time and spatial domain analysis techniques - a key and major concept in the field of digital signal and image processing.

A microanalysis of this story reveals how the concepts of time reversal, time advancement, time delay, system modeling, error minimization and other intricate computations were beautifully, marvelously and meticulously demonstrated by Almighty Allah. Unfortunately, thorough investigation of this story for the advancement, development and betterment of humans in their society in such fields as science, medicine, security, engineering have not been epistemologically, pedagogically or theologically conducted.

As a consequence, the Department of Finance in conjunction with Department of Mechatronics Engineering/Intelligent Mechatronics Research Unit is organizing an explorative research discussion with the aim of unraveling and understanding some of the inherent mysteries in this story using time and spatial domain analysis techniques.

The schedule of the event is as follows:

Topic: Time and Spatial Domain Analysis of the Story of People of the Cave

Date: June 2nd, 2011

Venue: Main Auditorium, E3 building, Kulliyyah of Engineering, International Islamic University Malaysia.

Time: 10:00 am to 12:00 noon

Speaker: Sheikh Imran Hossein

(A leading International Islamic Philosopher, Scholar and author, specializing in world politics, economy, Islamic eschatology , modern socio-economic/political issues and expert on international affairs. He is the author of the best-selling books : Jerusalem in the Qur'an; 'Surah al-Kahf: Text, Translation and Modern Commentary; Surah al-Kahf and the Modern Age; Signs of the Last Day in the Modern Age. http://en.wikipedia.org/wiki/Imran_Nazar_Hosein)


Admission is Free.

For further information/RSVP, kindly contact :
Abiodun Musa AIBINU,
0173658247
maibinu@gmail.com

Microsoft cuts Asterisk ties--What are the open source Skype alternatives?

Microsoft has ended its deal to let the open source Asterisk PBX system work with Skype as of July 26, perhaps due to the launch of its own competing service.

When Microsoft paid $8.5 billion for Skype two weeks ago, they promised to hold it as a separate division and continue supporting non-Microsoft platforms, but users have been skeptical. It didn't take long for the tune to start to change. Maybe somebody should have asked for a pinky swear.

Where should an open source user turn instead? Earlier this week, the GNU Project announced GNU Free Call as an open source alternative, even calling Skype out by name in the project's mission:

Our goal is to make GNU Free Call ubiquitous in a manner and level of usability similar to Skype, that is, usable on all platforms, and directly by the general public for all manner of secure communication between known and anonymous parties, but without requiring a central service provider to register with, without using insecure source secret binary protocols that may have back-doors, and without having network control points of any kind that can be exploited or abused by external parties. By doing so as a self organizing meshed calling network, we further eliminate potential service control points such as through explicit routing peers even if networks are isolated in civil emergencies.

We do recognize this project has significant long term social and political implications. It also offers potentially essential utility in public service by enabling the continuation of emergency services without requiring existing communication infrastructure. There are many ordinary public service uses, such as the delivery of eHealth services, as well as medical, and legal communication, where it is essential to treat all with equal human dignity by maintaining privacy regardless of race, religion, or political affiliation. Equally important is the continuation of emergency medical services even when existing infrastructure is no longer available or has been deliberately disabled.

But GNU Free Call is the future, not something you can use today. And even though Skype was never exactly open source itself, more and more open source fans seem to be looking for ready alternatives that aren't under the Microsoft umbrella.

These are the suggestions I've seen come up on various message boards and blog posts. I haven't heard of any yet that are as user-friendly and ready-to-go as Skype. But I also don't have any experience with any of these, so I'd be interested to hear your opinions on any of the following or others that you like.

  • Ekiga: Formerly GnomeMeeting
  • Blink: VoiP calls, video, and chat
  • Jitsi: Also supports XMPP, AIM, and other IM services
  • SylkServer: SIP server and conferencing
  • SFLphone: Enterprise softphone for desktop and embedded
  • Linphone: VOIP client also available for Android, Blackberry, and iPhone
(Source - http://opensource.com)

Kerajaan Kedah Tua Merong Mahawangsa, LAKSAMANA HANG TUAH dan Kerajaan Melayu Islam Melaka

Salam sejahtera ke atasmu kembali, LAKSAMANA HANG TUAH

Al-Rijalul Ghaib

Salam atas kalian, wahai tokoh-tokoh di alam ghaib;

Salam atas kalian, wahai roh-roh yang suci;

Wahai para pemimpin, wahai orang-orang mulia;

Wahai para pengawas, wahai wakil-wakil kerohanian.


Wahai pasak bumi yang empat, wahai imam dan wahai Quthub;

Wahai yang tidak memiliki tandingan, wahai orang-orang kepercayaan;

Bantulah daku dengan suatu pertolongan dan pandanglah daku dengan suatu pandangan serta kasihanilah akan daku.


Penuhilah keinginanku dan cita-citaku serta dukunglah akan daku;

Dalam memenuhi kehendakku di sisi Nabi kita Muhammad s.a.w;

Semoga Allah s.w.t senantiasa mengirimkan salam atas kalian di dunia dan akhirat;

Ya Allah, sampaikan juga salawat kepada Khidhir.

(Sebentuk salam yang disampaikan oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani kepada para Wali Allah yang berada di alam ghaib)

Beginilah ceritera lama itu yang diolah semula dalam versi baru seadanya.

A. Hubungkait Merong Mahawangsa dan Raja Iskandar Zulqarnain

1. Merong Mahawangsa adalah daripada nasab keturunan Raja Iskandar Zulqarnain, raja dari kerajaan Macedonia yang merupakan susur galur keturunan Nabi Sulaiman a.s serta berkahwin dengan cucunda Rasulullah s.a.w bernama Imam Hassan bin Ali bin Abi Talib. Mengamalkan ajaran agama dari Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Khidhir a.s, Raja Iskandar Zulqarnain telah berkahwin dengan anak Raja Kida Hindi iaitu Puteri Sharul Bariah semasa baginda sampai di utara India dalam misi meluaskan pengaruh Empayar Rom di sebelah Nusantara Melayu. Perkahwinan tersebut telah memperolehi cahayamata lelaki yang diberi nama Raja Aristun Shah manakala perkahwinan Raja Aristun Shah dengan anak raja Turkistan kemudiannya dikurniakan dengan seorang anak lelaki yang bernama Raja Aftus dan seterusnya susur galur tersebut berkembang sehingga ke Merong Mahawangsa.

2. Merong Mahawangsa merupakan Raja Kedah pertama yang telah pulang semula ke Rom setelah berjaya menunaikan beberapa tanggungjawab penting seperti:

- Menabalkan putera sulungnya Raja Merong Mahapudisat menjadi Raja Siam yang pertama.

- Menabalkan putera keduanya Raja Ganjil Sarjuna sebagai Raja Perak Gangga Negara yang berpusat di Beruas.

- Menabalkan putera bongsunya Raja Seri Mahawangsa sebagai Raja Kedah yang kedua selepas kepulangannya.

- Menabalkan puteri bongsunya sebagai Raja Patani yang pertama.

- Menukar nama Negeri Langkasuka kepada Negeri Kalaha Kedah Zamin Turan.

3. Sejak dari zaman Raja Kedah II lagi, sudah bermulanya tradisi menghantar hadiah bunga emas dan perak kepada Raja Siam I sebagai tanda rasa hormat kepada kekanda sulung baginda serta juga setiap kali Raja Siam mendapat cahayamata. Tradisi ini bukannya sebagai ufti dari negeri-negeri jajahan takluk sepertimana yang disalah anggap oleh sesetengah pihak untuk sekian lama.

B. Salasilah Raja-Raja Kerajaan Kedah Tua

1. Berikut merupakan turutan raja-raja yang berasal dari keturunan Merong Mahawangsa:

- Raja Kedah II bernama Raja Seri Mahawangsa.

- Raja Kedah III bernama Sri Paduka Maharaja Durbar Raja yang memerintah pada tahun 1230 Masihi dan telah memeluk Islam pada tahun 1236 Masihi melalui gerakan dakwah yang dibawa oleh Syeikh Abdullah bin Syeikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri dari Negeri Shahir, Yaman yang sampai di Negeri Kalaha melalui Sungai Merbok. Baginda telah menukar nama Islam kepada Sultan Sulaiman Saidin dan menukarkan nama Negeri Kalaha kepada Negeri Kedah Darulaman.

- Raja Kedah IV bernama Raja Syahibul Khalid Abdullah yang merupakan putera sulung Sultan Sulaiman Saidin.

- Raja Kedah V dikenali sebagai Raja Seri Maha Inderawangsa yang diberi gelaran Siam sebagai Raja Ong Maha Perita Deria yang bergelar Raja Bersiong. Diputerakan pada petang Jumaat tahun 1244 Masihi oleh bondanya Raja Alawiyah, nama sebenarnya adalah Raja J.S. ibni Almarhum Raja Syahibul Khalid Abdullah yang mula memerintah pada tahun 1262 Masihi pada usia 18 tahun.

- Raja Kedah VI adalah Raja Tengku Hisyam Badrol Halim yang memakai gelaran Siam sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat, merupakan putera sulung Raja Bersiong yang menaiki tahta pada tahun 1321 Masihi. Beliau merupakan raja terakhir dalam salasilah keturunan Merong Mahawangsa.

2. Kelangsungan susur galur pemerintahan beraja Merong Mahawangsa tamat di tahta yang ke-enam pada tahun 1321 Masihi apabila pemerintah kerajaan Majapahit waktu itu, Patih Gadjah Mada mengusir Raja Kedah VI dari tahta baginda kerana bimbang dengan pengaruh kerajaan Siam yang kuat lalu diganti oleh putera sulung kepada Raja Bharubhasa iaitu Raja Ibrahim dengan memakai gelaran Phra Ong Mahawangsa. Ditabalkan sebagai Raja Kedah VII bergelar Sultan Ibrahim Shah pada tahun 1321 Masihi juga, kesinambungan sistem pemerintahan beraja Islam Kedah berterusan sehingga ke hari ini di bawah pemerintahan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

C. Riwayat Hidup Laksamana Hang Tuah dan Para Sahabatnya

1. Laksamana Hang Tuah dilahirkan di Sik, Kedah pada tahun 1256 Masihi dan merupakan anak tunggal bagi pasangan Dato Panglima III Zakaria dan Intan Melati Kesuma Dermawa yang berdarah raja. Nama sebenar Hang Tuah adalah A.S dan mula berhijrah ke Kelantan pada usia 9 tahun sehingga mencapai umur 15 tahun serta tinggal bersama ibu angkatnya yang secara kebetulan ibu kepada adik beradik rupawan terkenal iaitu Wan Malini dan kakaknya Wan Empok atau nama sebenarnya Hala Ayu Ana Malina.

2. Pada masa yang sama, Sheikh Muhammad Saman juga sedang berdakwah di Kelantan dan Hang Tuah sempat berguru ilmu kerohanian (tasawuf) dengannya bersama-sama beberapa para kiyai Wali Songo seangkatan pertama yang lain. Ketika berusia 18 tahun, Hang Tuah kemudiannya merantau mengikut mahagurunya Sheikh Muhammad Saman ke Pulau Besar, Melaka bertujuan mendalami ilmu suluk (batin dan laduni). Terdapat juga di kalangan para kiyai Wali Songo yang datang menuntut ilmu kerohanian di situ. Di pulau bersejarah inilah merupakan titik pertemuan Hang Tuah dengan empat pahlawan terbilang Melaka iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

3. Ketika umur mereka sekitar 15 hingga 18 tahun di mana Hang Lekiu yang paling muda manakala Hang Tuah yang paling tua, mereka berlima kemudiannya bersumpah setia atas ikatan persaudaraan yang kekal abadi di atas sebuah bukit yang sekarang dikenali dengan nama Bukit St. Paul, Bandar Hilir, Melaka. Semasa dalam tempoh perguruan tersebut, mahaguru mereka telah berkias akan terjadi suatu peristiwa bilamana nanti 'salah seorang dari mereka akan mati di tangan salah seorang dari kalangan mereka berlima'.

4. Hang Tuah kembali semula ke Kedah dalam lingkungan usia antara 25 dan 26 tahun untuk mengahwini Raja Maznun Mazni binti Raja Azman Shah yang merupakan sepupu kepada isteri Raja Long Alwi. Secara kebetulan, Raja Long Alwi adalah anak saudara kepada Raja Bersiong dan merupakan putera sulung kepada adinda Raja Bersiong iaitu Raja Zulkarnain ibni Almarhum Raja Syahibul Khalid Abdullah. Tujuan pernikahan ini adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan Hang Tuah dengan kerabat diraja Kedah ketika itu.

5. Perkahwinan kedua Hang Tuah adalah dengan Raja Intan Maimunah binti Raja Ibrahim Malik yang merupakan anak saudara kepada Wan Malini. Keturunan isteri keduanya berasal dari Kedah tetapi sudah lama menetap di negeri Kelantan serta ada yang telah berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan. Kedua-dua perkahwinan Hang Tuah tersebut tidak dikurniakan sebarang zuriat. Sebagai mengubati kesepiannya tanpa kehadiran anak kandung di sisi, beliau banyak menghabiskan masa bersama-sama adik angkatnya yang bernama Panglima Dewa Hassan Sabri yang merupakan kenalan rapat sepupunya, Panglima Dewa Ismail Shah.

6. Hang Jebat lahir dalam tahun 1257 Masihi yang nama sebenarnya adalah H.S. Beliau berasal dari Gunung Semanggol manakala Hang Lekir berasal dari Gua Tempurung, Perak. Mereka berdua mempunyai pertalian darah yang rapat kerana berasal dari negeri yang sama. Hang Kasturi pula berasal dari kawasan Gunung Senyum, Temerloh, Pahang manakala Hang Lekiu seorang sahaja yang merupakan anak jati Melaka yang berasal dari Merlimau.

7. Mengikut manuskrip lama, hanya Hang Jebat dan Hang Lekiu yang telah berkahwin dan mempunyai zuriat. Hang Jebat berkahwin dengan kerabat diraja Melaka iaitu Puteri Khatijah Syuhada yang merupakan anak kepada pasangan Megat Amin Hassan dan Raja Mariam. Perkahwinan Hang Jebat dengan kerabat diraja Melaka tersebut telah dikurniakan seorang putera kacak bernama Hang Mustaffa Jamil. Hang Lekiu pula telah berkahwin dengan orang kebanyakan bernama Siti Aisyah dan memperolehi anak lelaki bernama Alang Kesuma serta anak perempuan bernama Habsyah Melati manakala Hang Kasturi dan Hang Lekir tidak berkahwin sama sekali. Hang Tuah yang mempunyai dua isteri iaitu dari Kedah dan Kelantan juga tidak dikurniakan sebarang zuriat.

D. Laksamana Hang Tuah dan Mahaguru Adiputra di Bukit Tinggi Batu

1. Ketika berlakunya rampasan kuasa di Kedah semasa tahta susur galur Merong Mahawangsa yang ke-enam iaitu Raja Tengku Hisyam Badrol Halim atas campurtangan pemerintah kerajaan Majapahit, Patih Gadjah Mada dalam tahun 1321 Masihi, Hang Tuah berkesempatan pulang dari Melaka untuk mempertahankan tahta pemerintahan waris Raja Bersiong di Kedah itu. Disebabkan angkatan tentera Majapahit terlalu kuat dan demi menyelamatkan keris miliknya, Sampariau 1 pemberian mahaguru Sheikh Muhammad Saman dari dirampas oleh hulubalang Majapahit, Hang Tuah telah meloloskan diri balik semula ke Melaka. Dalam perjalanan pulang, beliau dipercayai mendaki Bukit Tinggi Batu melalui anak sungai untuk sampai ke puncak yang bertujuan singgah berehat sebentar di sebuah gua yang terdapat di situ.

2. Sedang Hang Tuah asyik berehat akibat keletihan, tiba-tiba muncul seorang lelaki tua gagah perkasa berada di hadapannya sambil bertanya apakah gerangan beliau termenung di situ? Setelah memperkenalkan diri, Hang Tuah pun menceritakan perihal peristiwa rampasan kuasa di negeri Kedah oleh angkatan tentera Majapahit. Orang gagah perkasa itu berkata yang beliau juga berasal dari Kota Kedah dan pernah menjadi panglima kepada Sultan Sulaiman Saidin iaitu nenda Raja Bersiong ketika itu. Lalu dia memperkenalkan dirinya sebagai Dato Shahibul Mutalib yang juga digelar sebagai Adiputra. Selepas itu, Bukit Tinggi Batu yang terletak dalam daerah Rembau, Negeri Sembilan telah beberapa kali bertukar nama kepada Gunung Rembau dan akhirnya Gunung Datuk yang berkemungkinan memperingati kewujudan tapak kaki kanan mahaguru Adiputra.

3. Mahaguru Adiputra telah berkahwin dengan kerabat diraja Kedah tetapi tidak mendapat restu dari pihak keluarga isterinya akibat berlainan darjat lalu membawa diri bertapa dalam gua pada sebuah gunung di Inderapura iaitu nama lama untuk negeri Pahang. Maka dipelawanya Hang Tuah berguru seketika dengannya dan beliau bersetuju mengikut mahaguru Adiputra ke gunung tersebut untuk diperturunkan ilmu kebatinan dan persilatan tahap tertinggi. Bekas tapak kaki Hang Tuah yang sebenarnya berada berhampiran perigi Hang Tuah di Melaka manakala satu lagi telah dikesan berada di dalam hutan tebal tidak jauh dari Rompin, Pahang.

E. Laksamana Hang Tuah dan Keris Sampariau 1 (Tamingsari)

1. Hang Tuah dan Raja Bersiong hidup sezaman di mana beliau berusia 12 tahun lebih muda dari baginda. Raja Bersiong yang berkahwin dengan Tuan Puteri Kesuma Bidasari adalah seorang pemerintah yang warak lalu ghaib sebaik sahaja melepaskan tahta kepada putera sulungnya pada tahun 1321 Masihi, dipercayai sebagai Wali Allah berdasarkan kesungguhan dan jasanya dalam mengembangkan agama Islam kepada ribuan rakyat jelata yang pada masa itu masih berpegang teguh pada ajaran Hindu dan Buddha.

2. Selepas berlaku rampasan kuasa ke atas tahta Raja Tengku Hisyam Badrol Halim, Raja Bersiong yang berhubung secara metafizik dengan Hang Tuah telah pergi ke pusat pemerintahan kerajaan Majapahit di Jawa Timur pada sekitar penghujung tahun 1321 Masihi. Ketika itu, Hang Tuah berusia 65 tahun dan terus bertempur dengan panglima Majapahit, Pendeta Tamingsari yang kononnya handal dan kebal.

3. Setelah menamatkan riwayat hidup Pendeta Tamingsari dengan kerisnya sendiri serta di atas permintaan mahaguru Adiputra, Hang Tuah telah menamakan semula keris Sampariau 1 kepada Tamingsari sebagai sindiran akan keangkuhan kerajaan Majapahit yang ketika itu masih berkuasa di Tanah Jawa. Kerajaan Majapahit beransur lemah dan terus lenyap dengan penubuhan kerajaan Islam berdaulat Demak-Binturo di Jawa Timur yang diterajui oleh Sunan Giri, salah seorang kiyai dalam Wali Songo.

4. Keris Sampariau berluk 13 telah dihadiahkan oleh mahaguru Sheikh Muhammad Saman ketika Hang Tuah berusia 18 tahun lagi sebelum beliau berhijrah ke Melaka. Pada asalnya keris ini berwarna putih keperakan dengan ulu keris ini diperbuat dari emas, perak dan suasa sebagai melambangkan tiga negeri; Kedah, Kelantan dan Perak. Hang Tuah mempunyai sejumlah tiga bilah keris hasil pemberian dari mahagurunya yang diberi nama Sampariau 1, Sampariau 2 dan Sampariau 3 manakala keris Sampariau 1 atau Tamingsari sahaja yang paling masyhur.

F. Keturunan Kerajaan Kedah Tua Merong Mahawangsa Berpindah ke Pulau Jawa

1. Selepas berlakunya rampasan kuasa tersebut, pasangan Raja Kedah VI iaitu Raja Tengku Hisyam Badrol Halim dan isterinya Wan Kesumal Bariah Hidayah, adinda lelakinya Raja Shuib Halim Shah serta kaum keluarga telah berpindah ke Bukit Ambun berhampiran Tasik Pawajanggi, Jawa Barat, Indonesia. Tempat itu sekarang dikenali sebagai Purwakarta yang terletak di tenggara bandaraya Jakarta. Pasangan Raja Kedah VI yang berpindah ini kemudiannya dikurniakan dengan tiga orang cahayamata di mana salah seorang daripadanya iaitu Tunku Pengiran Adnan Shah yang telah mengasaskan salasilah keturunan pemerintahan kerajaan berdaulat Brunei Darussalam sehingga ke Sultan Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah sekarang ini.

2. Antara yang mengiringi baginda ke Tanah Jawa adalah Raja Long Alwi iaitu anak saudara Raja Bersiong yang masih bujang. Raja Long Alwi kemudiannya berkahwin dengan puteri raja dari Pulau Jambi iaitu Raja Halimah Saadiah binti Raja Baharuddin Iskandar dan dikurniakan tiga orang cahayamata. Raja Baharuddin Iskandar asalnya juga dari Kedah sebelum berhijrah ke Pulau Jambi manakala sepupu Raja Halimah Saadiah iaitu Raja Maznun Mazni yang menjadi isteri pertama Hang Tuah masih tinggal di Kedah sehingga ke akhir hayatnya.

3. Puteri bongsu kesayangan pasangan baginda Raja Bersiong dan permaisurinya Tuan Puteri Kesuma Bidasari diberi nama Puteri Bongsu Haidatul Hidayah yang mempunyai rupa paras sangat rupawan tetapi terdapat kecacatan fizikal iaitu agak tempang sedikit bila berjalan. Beliau telah mengikut datuk saudaranya Sultan Muhammad ibni Almarhum Sultan Sulaiman Saidin, pemerintah kerajaan Lukut I untuk terus tinggal menetap di situ buat selama-lamanya.

4. Panglima Hitam yang nama sebenarnya A.J merupakan orang yang terawal membuka penempatan di Pulau Langkawi dan pernah tinggal beberapa ketika di Perak. Beliau dan Hang Tuah telah berjaya mencabut tiga batang siong iaitu dua di atas dan satu di bawah yang tumbuh pada rahang Raja Bersiong serta berjaya membuangnya di suatu daerah bernama Singgora iaitu nama lama untuk Songkhla, Siam. Sehingga kini, masih terdapat nama Gerbang Hang Tuah tercatat di pintu masuk Masjid Kerisek di selatan Siam sebagai bukti kehadirannya di sana.

5. Punca utama tiga batang siong yang tumbuh itu adalah disebabkan baginda melanggar pantang larang dan sumpah janji dengan seorang kiyai Wali Songo yang memperturunkan ilmu kebatinan tahap tertinggi. Namun hasrat itu telah dibantah oleh ayahanda baginda dan meminta agar ditinggalkan amalan kebatinan tersebut serta merta pada peringkat separuh jalan sahaja.

6. Antara lain jasa Hang Tuah yang utama adalah memainkan peranan penting dari aspek kerohanian dan metafizikal dengan menolong Hang Nadim dalam misi membawa pulang Tun Teja (Puteri Ratna Benggala), anak bendahara kerajaan Inderapura yang kini dikenali sebagai negeri Pahang untuk dijodohkan dengan Sultan Mahmud dari Melaka. Ketika peristiwa itu berlaku, Hang Tuah telah pun lama diisytiharkan ghaib.

G. Laksamana Hang Tuah Difitnah Semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka.

1. Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya diasaskan oleh Parameswara dalam kurun ke-14 lagi dan bukannya pada tahun 1402 Masihi dalam kurun ke-15 seperti yang tercatat pada sejarah moden. Kehebatan Hang Tuah menumbangkan panglima kebal Tamingsari di Majapahit telah menimbulkan rasa kurang senang dan iri hati di kalangan sesetengah individu. Ketika Hang Tuah difitnah dan dijatuhi hukuman bunuh, Sultan Mansur Shah pada ketika itu telah memerintah Seri Nara Diraja Tun Ali untuk melaksanakan hukuman tersebut secepat mungkin. Berita sedih itu telah sampai ke pengetahuan Wali Allah iaitu Panglima Hitam lalu melarikan beliau melalui Kuala Melaka dan seterusnya menetap di satu tempat bernama Ulu Melaka, Langkawi. Di sini, Hang Tuah telah mendalamkan lagi ilmu kesufiannya kerana sudah tidak ada gangguan dari tugasan rasminya sebagai laksamana Melaka yang telah dilucutkan jawatan.

2. Perkhabaran buruk Hang Tuah dihukum bunuh telah sampai ke pengetahuan sahabat karibnya, Hang Jebat yang telah mengamuk selama beberapa hari dan malam di istana Sultan Melaka. Amukan Hang Jebat dengan niat menuntut bela di atas kematian sahabat seperguruannya memang begitu dashyat sekali. Terdapat dayang istana yang tidak sempat melarikan diri telah ditangkap oleh Hang Jebat lalu ditusuknya keris beliau bermula dari mulut sehingga berakhir di saluran peranakan bawah yang mengakibatkan perut dayang tersebut terburai manakala jasadnya terbelah dua!

3. Hang Tuah kembali semula ke Melaka semasa usianya hampir mencecah 100 tahun ketika diminta bertarung dengan Hang Jebat akibat penderhakaannya terhadap Sultan Melaka ketika itu. Hang Tuah yang terkenal dengan lafaz keramatnya 'Tak Melayu Hilang Di Dunia' telah menghilangkan diri selepas peristiwa pembunuhan Hang Jebat. Beliau amat menyesal atas kejadian itu kerana mereka berlima telah bersumpah taat setia sehidup semati sebagai sahabat sejati. Lantas Hang Tuah telah membawa diri bertapa dalam sebuah gua di salah sebuah gunung dalam negeri Inderapura dan dipercayai ghaib sebagai Wali Allah selepas itu. Jenazah pahlawan Hang Jebat sebagai pembela dan lambang sahabat sejati yang disalahertikan sebagai penderhaka telah disemadikan di satu kawasan yang berhampiran dengan tebing Sungai Kesang, Merlimau, Melaka yang bersempadanan dengan daerah Muar, Johor.

H. Kebangkitan Semula Islam di Nusantara Melayu

1. Saiyid Hussein Jamadil Al-Kubra adalah seorang manusia pilihan dari keturunan yang mulia dan telah meramalkan rantau Nusantara Melayu merangkumi Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam dan selatan China sebagai pusat kebangkitan semula tamadun Islam dari sebelah timur dengan merujuk kepada sebuah hadis Rasulullah s.a.w yakni 'pada suatu masa nanti, umatku dari Timur Jauh akan memimpin dunia'. Ramalan ini juga telah dibahaskan oleh para intelektual dan cendikiawan Islam seperti pemikir terkemuka Algeria, Malik Bennabi yang menyatakan akan wujud tamadun Islam yang hebat serta saling silih berganti.

2. Semoga perkahwinan nasab keturunan cucunda Rasulullah s.a.w yang dipertemukan jodoh dengan susur galur keturunan penakluk agung Raja Iskandar Zulqarnain akan membawa kembali segala keberkatan di rantau Nusantara Melayu yang bertuah ini sebagaimana Allah s.w.t telah menjanjikan sinar Islam akan pasti terbit semula dari sebelah timur rantau bertuah bergelar Darussalam ini nanti. Mungkinkah selepas genap 500 tahun kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka dalam tahun 1511?

(Sumber - Balancing The Geoid (IV): Kerajaan Kedah Tua Merong Mahawangsa, LAKSAMANA HANG TUAH dan Kerajaan Melayu Islam Melaka) by Suhaimi Hj. Yusoff)