Wednesday, January 16, 2019

Bayar Hutang tulisan Norizan Sharif

BAYAR HUTANG

1. Berhenti berhutang. Terima hakikat anda berhutang.

2. Tulis semua hutang anda, dari yang kecil sampailah sebesar-besar hutang.

3. Pecahkan hutang-hutang tersebut kepada tiga kategori.

4. Kategori pertama, hutang yang kita boleh bayar sekaligus saja. Contoh hutang RM50 dengan kawan.

5. Kategori kedua, hutang yang kita mampu bayar beberapa kali, dalam jangka masa singkat. Contoh hutang RM200 dengan abang yang kita boleh bayar RM50 sebulan.

6. Kategori ketiga, hutang yang kita kena bayar untuk jangka masa panjang. Contoh, baki kereta RM50,000.

7. Selepas itu buatkan plan pembayaran.

8. Mulakan bayar hutang kategori pertama. Kita akan berasa seronok apabila sudah tidak ada hutang-hutang kecil.

9. Buat bajet untuk bayar hutang kategori kedua satu persatu. Anda mungkin tak mampu bayar semua sekaligus. Susun ikut prioriti.

10. Pastikan hutang kategori ketiga yang dibuat dengan institusi kewangan dibayar setiap bulan sebelum sampai tempoh. Usah membazir dengan bayar faedah atau denda lambat bayar.

11. Apabila kita berjaya selesaikan satu demi satu hutang, hidup kita akan lebih tenang dan seronok. Cubalah.

Kisah Jatuh Bangun Empayar Nouvelle Visage Yang Boleh Dijadikan Contoh Dalam Perniagaan tulisan Rosfazila Ramli

Selain daripada kejayaan Neelofa, ini ada satu lagi ikon dalam bidang kecantikan yang saya suka untuk berkongsi kisah kejayaannya.
Kisah Kejayaan Rita Dato’ Sosilawati.

Terkenal dengan tagline ‘Nampak Lawa’, puteri sulung Allahyarham Dato’ Sosilawati menjadi CEO dan menggalas tanggungjawab besar secara serta – merta pada usia 25 tahun.

Peristiwa yang meruntun jiwa itu berlaku ketika 10 hari lagi umat Islam hendak menyambut Hari Raya Aidilfitri 6 tahun lepas.

Begitu Banyak Tekanan Hebat Yang Beliau Hadapi Ketika Itu
● Kehilangan ibu yang menjadi tonggak kekuatan.
● Kekalutan operasi syarikat.
● Akaun syarikat ditutup dan dibekukan oleh pihak bank sebaik sahaja peristiwa itu tersebar.
● Duit syarikat tidak boleh dikeluarkan dan pening memikirkan bagaimana hendak membayar gaji pekerja lebih – lebih lagi nak dekat raya. Beliau akhirnya meminta semua adik beradik mengeluarkan simpanan masing – masing untuk membayar gaji pekerja.
● Hutang supplier tak boleh nak bayar.
● Bank menagih hutang sedangkan akaun dibekukan.
● Staff ramai yang ingin berhenti kerja sebab tidak percaya dengan kemampuan beliau yang sangat muda ketika itu untuk mengurus syarikat.
● Cuba untuk membuka akaun lain untuk syarikat tetapi direject oleh semua bank kecuali satu bank sahaja. Beliau masih setia dengan bank tersebut sebagai tanda terima kasih.

Walaupun Berat Masalah Yang Ditanggung, Beliau Tidak Mengaku Kalah

1) Meminta kakitangan lama dan berpengalaman agar stay bersamanya sekurang – kurangnya 6 bulan.
2) Pergi jumpa supplier dan berbincang. Alhamdulillah supplier semua percaya kepada syarikatnya disebabkan ibunya tidak pernah culas membayar hutang. Beliau diberikan kredit selama 6 bulan.
3) Berbincang dengan bank untuk mencari solusi terbaik untuk pembayaran hutang.
Akaun bank syarikat dibekukan selama 5 tahun. Tahun lepas (2015) baru kes pembekuan akaun bank selesai.
Ini bermakna, beliau sebenarnya memulakan bisnes secara ZERO! Cuma beliau bernasib baik jenama NV masih dikenali dan permintaan masih ada.

Mengapa Beliau Menaja Akademi Fantasia (AF)
● Syarikat NV telah berusia 22 tahun. Pelanggan NV kebanyakannya telah berusia 35 – 45 tahun.
● Beliau menaja AF dan melabur sebanyak 2.8 juta untuk mensasarkan golongan remaja supaya NV mampu kekal lagi 20 tahun.

Cerita Disebalik Tagline “Nampak Lawa”

Selepas sah untuk menaja AF, pihak astro mencadangkan NV membuat tagline seperti “Qu Puteh” atau “Terlajak Laris” tapi beliau kata, jika dia menjadi pengikut, selamanya beliau akan jadi orang dibelakang. Jadi beliau ingin mencari kelainan. Lagu berbentuk ‘jingle‘ menjadi pilihan.
Beliau mencari seorang penggubah lagu. Maka terhasillah lagu “Nampak Lawa”.
Masalahnya siapa pula akan menyanyikannya. Penggubah lagu mencadangkan seorang penyanyi. Kosnya adalah RM20K untuk hanya beberapa saat menyanyikan lagu tersebut.
Akhirnya beliau menyuruh komposer tersebut jadikan dia sampai boleh menyanyi dan dia tidak malu untuk menyanyi dan beraksi sebagai model jika itu boleh menjimatkan kos.

Pesanan Rita Bagaimana Untuk Terus Kekal Dan Relevan Dalam Industri

i) Sentiasa buat produk yang mengikut peredaran zaman. Sentiasa alert dengan perkembangan industri.
ii) Jangan invest pada benda yang salah. Kena tahu iklan di majalah untuk apa. Iklan di akhbar untuk apa. Iklan di radio pula untuk apa. Bukan semua iklan menghasilkan jualan yang banyak.
iii) Dahulu pada zaman ibu beliau marketing banyak di media cetak.
iv) Tetapi sejak 2 tahun lepas beliau fokus 80% pemasaran di media sosial. Kos lebih murah dan capaian lebih luas.
v) Sejak beliau memegang tampuk NV, keuntungan yang diperolehi 8x ganda lebih banyak berbanding pada zaman ibunya.
Tahniah Rita. Usahawan muda yang kental dan jelas misi dan visinya.

CARA MEREKA, CARA KITA oleh Norizan Sharif

CARA MEREKA, CARA KITA

1. Di Amerika Syarikat, warga Israel Gal Rozov membangunkan mesin melipat kain.
2010 - berhenti kerja sebagai software engineer
2012 - berpindah ke Silicon Valley
2012 - patenkan teknologi robotik
2016 - keluarkan prototype
2018 - pamerkan produk itu buat kali kedua di Consumer Electronic Show di Las Vegas

2. Di Jepun, Marie Kondo menjadi konsultan "mengemaskini kehidupan dan kediaman" dan menjadi jutawan dalam tempoh yang singkat.
- perkenalkan kaedah KonMari
- buku diterjemahkan ke 42 bahasa, 11 juta naskah dijual
- Netflix melancarkan siri "Tidying Up with Marie Kondo"
- berpindah ke Los Angeles

3. Di Malaysia, kita selesaikan kesemua "masalah" itu dengan cara mudah. Kita ambil pembantu rumah. Kita lagi inovatif!
-
Daripada 126 buah negara, Malaysia berada pada kedudukan 35 dalam Global Innovation Index.