Monday, May 9, 2011

Siti Nurhaliza di Malam Gala SimplySiti UiTM Shah Alam

Pada 9hb julai 2011 ini akan berlangsung konsert Datuk Siti Nurhaliza di Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam sempena setahun produk SimplySiti yang diasaskan oleh Dato’ Siti Nurhaliza berada di pasaran, beberapa orang artis ternama akan turut bersama Datuk Siti Nurhaliza menjayakan Malam Gala SimplySiti untuk menghiburkan para hadirin dan pelanggan produk SS pada malam tersebut.

Malam Gala SimplySiti ini menjadi lebih istimewa dengan kerana ia akan turut menyaksikan suatu kolaborasi unik di antara SimplySiti dan sebuah institusi pengajian tinggi yang ulung tanahair kita. Buat julung-julung kalinya.

Tetamu Kehormat :


Y. Bhg. Dato’ Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UITM, Y.Bhg Dato’ Siti Nurhaliza, Presiden SimplySiti dan Y.Bhg Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa.

Selamat ulangtahun pertama SIMPLYSITI. Tahniah buat semua warga kerja, staff dan juga peminat yang menjayakannya. Tahniah Dato’ Siti Nurhaliza. Semoga SimplySiti terus berkembang maju untuk tahun yang mendatang.

Siti Nurhaliza