Tuesday, January 8, 2019

Mengurus Perniagaan - kenali pelanggan oleh Roslan Ab Hamid

MANAGING A BUSINESS
KENAL PELANGGAN
1. Apabila tiada pelanggan , maka tiada bisnes. Semudah itu sahaja. Jadi yang paling utama dan teratas , kenal pasti siapakah pelanggan kita. Street Vendors akan tahu siapa pelanggan mereka. Ini yang dinamkan street smart.
.
2. Restoran Me'nate Steak House di mulai oleh Tuan Mustaffa Othman pada tahun 2009. waktu itu beliau telah berusia 58 tahun. Menimba banyak pengalaman diluar negara sehingga berkhidmat sebagai pakar daging di Istana Ratu Elizabeth selama dua tahun setengah.
.
CARI PENGALAMAN
3. Sebelum itu pernah ada perniagaan  daging di pasar Subang Jaya sebelum ke London pada tahun 1989 untuk pelajari ilmu master in butchering and culinary di sebuah kolej swasta. Berkorban apa sahaja , bermula dengan bekerja sebagai pemotong daging di kedai Pakistan.
.
4. Kemudiannya , Mustaffa menerima tawaran pekerjaan dengan gaji jauh lebih tinggi hingga ditawarkan jawatan dalam Dawn Group of Companies pada 1991. Syarikat besar yang juga pembekal tunggal sumber daging terbaik untuk istana Ratu Elizabeth itu kemudian menyedari kemahiran dan kelebihan dalam diri Mustaffa.
.
5. Me'nate Steak House hanya terkenal pada orang ramai pada tahun 2015 atas isu caj makan RM9338.50  dalam media sosial.

PENGAMBILALIHAN- KEMBANGKAN BISNES
6. Sekarang siapa pemilik Me'nate? Apakah masih Tuan Mustaffa Othman atau siapa? Me'nate sekarang diambil alih oleh Palace Butcher Resources Sdn Bhd. Mereka menjenamakannya  semula restoran ini sejak tahun 2015.
.
7. Daripada sebuah restoran yang sederhana di Ampang, kini Palace Butcher Resources Sdn Bhd, dalam tempoh tiga tahun berjaya menambah tiga lagi rangkaian baru Me’nate Steak Hub di sekitar Lembah Klang dan Selangor. Restoran-restoran ini terletak di Ampang Jaya, Setapak, Bandar Baru Bangi dan Shah Alam.
.
8. Sejak mengambil alih pengurusan Me’nate Steak Hub pada tahun 2015, pihak pengurusan telah melakukan banyak perubahan-perubahan besar dan drastik bagi mempertingkatkan imej Me’nate sebagai sebuah restoran makanan barat yang berprestij tinggi.
.
10. Perkara ini termasuk daripada rekaan dalaman restoran, peralatan-peralatan memasak yang moden dan yang paling penting dan utama adalah pemilihan daging segar yang berkualiti tinggi serta bahan-bahan mentah lainnya yang segar dan dipilih khas.
.
(BERSAMBUNG)