Friday, October 10, 2008

Kesesakan Lalulintas Terburuk Di Dalam Kawasan UiTM

"Keadaan lalulintas menuju ke K. Perindu daripada K. Delima"

"Keadaan lalulintas di hadapan K.Delima 1"

"Pemandangan Keadaan lalulintas di hadapan K.Delima 2"

"Keadaan lalulintas di persimpangan Pejabat Pengurusan Fasiliti menuju ke pintu masuk utama"


"Keadaan lalulintas di Persimpangan Pejabat Pengurusan Fasiliti menuju ke pintu masuk utama"

Pada jam 6.00 petang hari ini saya bertolak dari Dataran Delima untuk mengambil anak saya di sekolah kebangsaan Raja Muda Seksyen 4, Shah Alam yang akan balik dari sekolah pada jam 6.10 pm, secara kebetulan pada hari ini sekolah anak saya menganjurkan Majlis Hari Raya dimana semua murid sekolah perlu memakai baju melayu dan bersongkok.

Dari Dataran Delima, saya perhatikan kesesakan lalulintas berlaku pada kedua-dua arah daripada Kolej Delima ke Kolej Teratai dan daripada Kolej Delima ke Kolej Perindu, akibat kesesakan tersebut saya sampai ke sekolah anak saya pada jam 6.50 petang. Dalam keadaan biasa perjalanan dari Kolej Delima ke sekolah anak saya hanyalah 10-15 minit. Keadaan kesesakan mulai reda sekitar jam 7.10 petang.

Saya sebenarnya tidak pasti apakah punca utama penyumbang kepada masalah kesesakan hari ini, selalunya kesesakan tidak seteruk sebagaimana hari ini, tetapi, yang saya pasti terdapat kelemahan dalam kita menguruskan kecemasan di UiTM, proses kita bertindak untuk membantu kereta-kereta yang tersadai ditengah jalan akibat masalah overheated mengambil masa terlalu lama, kita perlu belajar daripada peristiwa ini untuk membuat penambahbaikan. UiTM perlu mempunyai formula untuk menangani krisis secara berkesan, terancang dan sistematik.

Majlis Hari Raya dan Perpisahan En. Burn, Penolong Pengurus Asrama, Unit Pengurusan Non-Resident

"En. Burn menerima cenderahati penghargaan daripada En. Amizar"

"En. Burn semasa memberikan ucapan semasa majlis Perpisahan"

Hari ini pada jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi bertempat di Unit Pengurusan NR, Kompleks Teratai diadakan majlis Hari Raya dan majlis perpisahan dimana En. Abu Bakar Mahmud Penolong Asrama NR atau lebih dikenali En. Burn akan berpindah ke Kolej Jati berkuatkuasa 15 Oktober 2008, walaubagimanapun beliau masih menjadi Pegawai Pembangunan Pelajar NR. Pihak Unit Pengurusan NR mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada En. Burn di atas sumbangan dan komitmen beliau semasa berkhidmat di Unit Pengurusan NR.

PROGRAM KARNIVAL GEGAR NON-RESIDENT 2008

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar NR UiTM Malaysia akan menganjurkan program tersebut pada 11 Okt. 2008 (Sabtu) bertempat di Padang Rekriasi Seksyen 7, Shah Alam (Berhampiran Tapak Pasar Malam Seksyen 7) bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Semua warga Shah Alam dan mahasiswa NR UiTM dan semua IPTS disekitar Shah Alam dijemput untuk memeriahkan program di atas.

Diantara aktiviti yang akan berlangsung ialah derma darah, senamrobik, Jog for heart, Futsal Challenge 2008, program berbasikal, sukaneka, pameran daripada agensi kerajaan, pertandingan mewarna, bazaar street, gerai penaja, pameran pemotoran dan pelbagai lagi.

ANDA DIJEMPUT UNTUK MEMERIAHKAN LAGI PROGRAM DI ATAS....!