Tuesday, June 9, 2009

Tahniah Kepada Naib Canselor UiTM..!!!!


Naib Canselor UiTM telah dianugerahkan pingat kebesaran DARJAH KEBESARAN PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong semasa hari keputeraan Baginda pada 6 Jun 2009 baru-baru ini, dengan anugerah tersebut beliau bergelar Tan Sri, sehubungan dengan itu, gelaran rasmi beliau sekarang ialah Tan Sri Dato Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah. Sesungguhnya darjah kebesaran tersebut adalah tanda penghargaan kerajaan ke atas sumbangan yang telah dimainkan oleh beliau dalam pembangunan pendidikan anak bumiputera dan ia adalah juga penghargaan kepada semua warga UiTM. Tahniah Tan Sri Dato Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah...!

Syair 1 Malaysia Part 1

Memanda Menteri punya kata
Satu Malaysia punya cerita
Rakyat semua diberi pertama
Pencapaian terbaik diberi utama

Rakyat Malaysia ramainya bangsa
Melayu, Peribumi, Cina dan India
Mari kita semua bersama
Membangun negara Malaysia tercinta

Semua rakyat mesti bersama
Membina satu bangsa Malaysia
Tunjukkan kepada seanterio dunia
Kita mampu maju bersama

Semua Menteri perlu terbuka
Menerima kritik untuk membina
Jangan marah jangan terhina
Jika rakyat memberikan kata

Semua Menteri perlu membuka
Membina jalan untuk bersemuka
Berjumpa rakyat mengenal perkara
Semua masalah dihati membara

Memanda Menteri telah berkata
Rakyat dan Kerajaan perlu bersama
Rakyat memberi Kerajaan menerima
Kerajaan memberi Rakyat menerima

Kekayaan negara diagih bersama
Itu prinsip satu Malaysia
Miskin dibantu kaya menderma
Buang sifat tamak haloba

Dari rakyat kerajaan terbina
Kepada kerajaan rakyat bahagia
Baru bererti satu Malaysia
Semua bangsa muafakat bersama



Ahmad Rais Johari
UiTM
Syair - 1 Malaysia Part 1.