21-3-2012, jam 8-11pm di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Shah Alam dijangkakan seramai lebih 5 ribu warga kampus akan hadir malam ini mendengar AMANAT Perdana Menteri dan pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS).
Fakta Mengenai YAYASAN SUKARELAWAN SISWA (YSS)
1.Yayasan Sukarelawan Siswa telahpun ditubuhkan di bawah akta Syarikat 1965 sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ).
2.Yayasan ini telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai pada 24 Ogos 2011.
3.Objektif penubuhan YSS adalah seperti berikut:
a)Melahirkan ikon sukarelawan di kalangan mahasiswa
b)menyelaras aktiviti kesukarelawanan di kalangan mahasiswa
c)membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dan khidmat komuniti sama ada di dalam dan luar Negara.
d)memperkenalkan Malaysia sebagai hub pendidikan yang melahirkan sukarelawan global.
4.Misi Utama YSS adalah untuk mempromosikan keamanan dunia dan memupuk semangat setiakawan melalui perkhidmatan komuniti di dalam dan luar Negara.
5.YSS dinaungi sendiri oleh YB Menteri KPM. KSU pula sebagai pengerusi YSS manakala KP JPT selaku Timbalan Pengerusi.
6.Pengerusi YSS adalah Dato Zuraidah Atan Sehingga kini, YSS telahpun melantik 3 orang ahli lembaga pemegang amanah (LPA) iaitu KSU, KP JPT dan Pengarah BHEPP JPT.
7.Ahli LPA yang lain sedang dalam proses lantikan dan terdiri daripada pelbagai sektor seperti pegawai KPT, Pegawai Universiti, Pelajar, NGO, ahli korporat dan sebagainya.
8.YSS diketuai oleh Syed Agil bin Shekh AlSagoff selaku CEO dan dibantu oleh Puan Afra Fardillah bin Zaimustapar selaku eksekutif dan staf pentadbiran lain.