Monday, October 20, 2008

Program Pentauliahan Profesional(3P) - Persijilan Berasaskan Indusri IT

Pagi tadi jam 10.45 pagi, saya mewakili P.M. Dr. Mat Ikram Yusof, Pengarah Pusat Sistem Maklumat Bersepadu (PSMB) bermesyuarat bersama Jawatankuasa Perlaksana 3P di Peringkat Kementerian Pengajian Tinggi. Mesyuarat tersebut berakhir sekitar jam 12.00 pm. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPT. Alhamdulillah kerajaan mengambil keputusan untuk meneruskan lagi 3P sehingga 2009, malahan ia akan dikembangkan lagi dibeberapa universiti tempatan yang lain dan disemua politeknik di seluruh negara.

3 comments:

Anonymous said...

Saya sokong program 3P ni diteruskan kerana ilmu yg peserta peroleh dapat diaplikasikan semasa bekerja nanti walaupun berlainan bidang yang diceburi. Oleh itu, membantu meningkatkan kemahiran seseorang itu selain diploma/ijazah yg diperoleh.

Anonymous said...

saya jugak sokong program 3p diteruskan..tetapi biarla mase utk bljar tu dipanjangkan lagi...nnt student just blajar hafal jwpn utk exam jer...keseluruhan bljar xdpt sgt...buat penat jer blajar...anyway selamat maju jaya 3P!!!!

Ahmad Rais Johari said...

Terima kasih di atas komen yang diberikan,KPT mengambil keputusan untuk meneruskan lagi 3P ni...UiTM adalah pilot 1 pada tahun 2006 dulu. Batch 2006 Pilot 1 tu kebanyakan dah menjawat jawatan penting dalam sektor ICT...3P ini banyak manfaatnya kepada pelajar.