STRATEGIC PLANNING DIRI
.
1. Ingatan Puan Guru Ainon Mohd,
.
"Apabila kita mempunyai strategic plan, barulah kita nampak perkara yang patut dianggap proriti dan perkara yang bukan proriti".
.
2. Hidup dalam dunia sendiri. Dalam acuan yang telah tetap. Dalam lorong yang telah ditentu untuk berlari.
.
3. Setiap pagi, ada lintasan 10 perkara mustahil yang telah tersurat untuk dicapai. Dan lima perkara setiap hari untuk disiapkan sebagai kemenangan kecil menjadikan 2000 setahun.
.
4. Hari ini bangun jam 4 pagi. Berjaya buat perkara patut perlu. Itu perkara pertama. Kemenangan kecil pertama. Naik pesawat jam 8.30 pagi dari KBR ke KUL. Selamat sampai . Ini kemenangan kedua.
.
5. Sampai KL jam 9.30 pagi. Terlewat satu jam untuk sampai kelas . Bertekun belajar sampai jam 5 petang.
.
6. Robin Sharma kata duduk dan tekuni dengan seorang guru baru tiap tahun dan saya akan ikuti guru ini sepanjang tahun 2019. Ada banyak mutiara dalam cengkerang yang dapat kutip. Ini kemenangan ketiga hari ini.
.
7. Tamat, ambil grab. 40 minit sampai rumah. Rehat kejap. Jam tujuh, bertolak ke Putrajaya. Ada jemputan dari sahabat. Majlis kahwin anaknda beliau. Ini kemenangan keempat. Setia dalam persahabatan.
.
8. Apakah kemenangan kelima? Kita cari jalan sebelum tidur malam ini. Cipta kemenangan kecil. Demikian cara bekerja. (opsss malam ni jam 12 tengah malam ada tayangan Master Z: The Ipman Leagacy) - kita hayun pergi tonton.
.
9. Tiada lagi "era angan angan" dan duduk tanpa buat apa apa. Apa yang utama - buat buat buat sampai dapat.
.
10. Bersahabat dengan mereka yang berlari dalam lorong sama macam kita. Apa yang berlaku di luar lorong bukan urusan saya. Jauhkan diri dari mereka yang "loqlak". Mereka yang gebang dan banyak sembang.
.
11. Jangan tanya tentang orang. Saya tidak bercakap tentang aib orang. Tiada dengki dan iri. Apa yang jelas nampak dari tempat tinggi hanya jalan menuju kesuksesan.
.
12. Tidak lagi kalut tentang manusia itu atau manusia ini. "Lantak pi lah kau orang". Jika kalian berpartner dan lepas itu bergaduh, jangan mengaduh. Itu lumrah. Jalan Terus.
"....semua makhluk ciptaan Tuhan samada manusia,binatang,tumbuhan, alam semulajadi dan sebagainya,saling perlu memerlukan,saling bantu-membantu kerana mereka berkait,terikat antara satu sama lain dalam satu kitaran yang berhubungan. Justeru, jangan diputuskan ikatan itu, kelak, seluruh kitaran akan musnah..." Ahmad Rais Johari
Saturday, January 5, 2019
Perancangan Strategik Diri oleh Roslan Ab Hamid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment