SIAPA SAYA
.
1. Antara diri "authentic self" dengan "social
self", ikhtiarkan supaya tiada jarak yang lebar. Itu namanya jadi diri
sendiri. Cuma jangan lah apabila dikatakan tiada jarak , jangan lah
berkain pelikat dan tidak berbaju di khalayak ramai. Hidup harus
terampil dengan adab dan akhlak.
.
2. Saya penuntut ilmu.
Belajar apabila ada ruang masa. Tiada hari kosong tanpa belajar.
Mengikuti rapat Robin Sharma, Jordan Belfort, Gene is Marketing dan
ramai lagi secara online sekurang kurangnya 3 jam setiap hari. Konsisten. Beribu bayar mereka setiap bulan.
.
3. Dalam negara,setiap ada kesempatan saya hadir, duduk dan catat nota.
Tahun 2019, rapati dan pelajari dari Tuan Sahar Sahad, Tuan Jerry Rizal
dan Tuan Haji Md Taib Mat. Diperingkat antarabangsa, tahun ini
InshaAllah ke Australia dan UK.
.
4. Untuk apa? Tentu bukan
untuk jadi speaker atau trainer macam teman teman yang hebat. Saya hanya
orang kecil yang boleh bersila depan guru. Anak kampong. Saya tidak
mampu berdiri atas pentas dan jadi siginifikan dan berkata "akulah
gurunya". Nombor saya dua. Bukan orang nombor satu.
.
5. Tiap
hari menulis. Ada dalam FB. Ada dalam nota. Tidak kejar likes atau apa
apa. Sekadar suka menulis. Jika ada kebaikan - kongsi lah. Iaadalah
aliran ilmu bermanfaat apabila berada di alam akhirat.
.
6.
Usaha terkini adalah menjadi "raksasa digital nusantara". Praktik apa
yang dibaca. Buat apa yang dikata. Bantu perusahaan lepasi aras RM1
Bilion setahun. Berdiri atas bahu raksasa.
.
7. Hidup jadi
sangat tenang. Tiada beban rasa hebat yang dipikul bawa. Tiada style
"have have" yang perlu di tonjol pada social self. Sekadar anak kampung
yang mahu kembara serata dunia dan berusaha memandaikan bangsa.
.
8. Tiada jiwa resah. Sekadar mahu hidup yang dipermudah sembah Allah
dalam jiwa indah menunggu masa kembali ke alam kekal yang ditentukan
sudah
No comments:
Post a Comment