TIGA ATURAN THE CIRCLE OF LEGENDS
.
1. Dalam Q1 - meeting core
group The Circle of Legends - saya beritahu terang akan 3 perkara besar.
Ini dunia kecil kita. 100 orang (syarikat) yang ingin berbisnes cara
kita.
.
2. Pertama. Dunia telah berubah. Malaysia adalah kolam
kecil. Kita perlu keluar. Sekurang kurangnya cari tahu di 10 buah negara
ekonomi besar dunia. Negara ekonomi besar. Cina, India, USA, Indonesia,
Turki. Lepas itu, Brazil, Rusia, Germany, Jepun.
.
3. Kedua. Bina kepakaran dalam Planet Omni. Ada empat perkara perlu
faham. Online, offline, technology dan infrastruktur. Kita perku ada
kepakaran dalam empat dimensi ini. Dan syarikat yang sertai "The COL"-
mesti bersiap untuk upayakan diri buat jualan RM10 k keatas sebagai
permulaan.
.
4. Ketiga, berkawan dengan orang Cina. Dekati dan
fahami mereka. Jangan terlibat dengan "kedangkalan bodoh semangat anti
Cina" yang cuba ditiupkan sekarang. Aliran politik baru yang entah apa
apa. Kalangan kalah yang menyebarkan kebodohan serakah.
.
5.
Memang benar kedapatan orang Cina yang sangat rasist. Mereka membenci
segala yang bersifat kemelayuan. Raja, agama dan bangsa. Mereka ini
haprak.
.
6. Namun ramai juga yang senang dengan kita dan ingin
membantu. Pilih kelompok yang itu. Dunia masa kini dalah kolaborasi dan
integrasi. Bergabung dan bekerjasama. Mereka yang tahu diri "Bagi ku
agama ku dan bagi mu agama mu" - akan dapat survive dalam apa jua cara
dan keadaan.
.
7. The COL mengimpikan kalangan yang terdidik
pintar, sentiasa sabar membangunkan perusahaan sederhana besar dan punya
solid management practise akan bekerjasama tanpa mengira kaum dan
fahaman.
.
8. Kita hanya berperang "edah 3 bulan setiap 5
tahun". Bagi ku partai ku, bagi mu partai mu". Dalam masa 57 bulan lagi
kita bekerjasama menjayakan cita cita bersama.
.
9. Yang ingin dibangunkan adalah "Eagle Way. Spirit of our success". Langkah inspiratif mengubah pecundang menjadi pemenang.
.
10. Katakan pooooorahhhh pada kempen boikot limau mandarin sempena
tahun baru Cina kali. Ia datang dari otak berkarat ahli politik
terhimpit.
.
11. Tanya saja, 'masa kalian dok kat atas , jadi
Menteri dan pegang jawatan dulu - siapa kawan kalian . semuanya towkay
Cina". Ketuanan Melayu konon. Pigilah.
No comments:
Post a Comment