KELAS BUAB (April, 2019)
Building Up A Business.
.
DUA BENTUK MOTIVASI
1. Manusia ada dua motivasi . Pertama, akibat keadaan yang mendesak.
Kedua, terdorong dari dalam. Dalam latihan pada Tim Digital Nusantara -
perkataan motivasi, ditukar nama kepada Semangat RADZI. Rangkaian
Angkatan Digital InspiRadzi.
.
HASRAT MEMBARA
2. Untuk bina karekter seorang entrepreneur - kena ada hasrat membara.
Hasrat lah yang membangkitkan motivasi dalam diri. Keinginan kuat yang
datang dari relung hati yang murni untuk capai sesuatu.
.
CINTA PADA APA YANG DIKERJAKAN
3. Lanjutnya seperti apa yang disebut oleh Steve Jobs."Cintailah apa
yang anda kerjakan dan tentunya anda akan mengerjakannya dengan sepenuh
hati"
.
4. Semua bisnes adalah proses. Ada masa naik dan ada
masa jatuh. Manusia yang tidak mencintai apa yang dia lakukan akan
larikan diri saat berdepan jalan sulit. Kesuksesan selalu datang dalam
selimut kesulitan.
.
5. Bagaimana kita dapat tahu, kita sedang
mencinta sesuatu. Apabila kita sanggup mengerjakannya hingga lupa makan
dan ada kalanya sanggup bangun pagi. Fahami baik baik, makan tetap makan
tetapi makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.
.
ARTI DAN TUJUAN
6. Apakah tujuan mulia dalam kita melakukan satu satu perkara? Ia lebih
dari nilai ekonomi dan memenuhi keinginan diri sendiri. Tujuan akan
jadi mulia apabila ia dalam bentuk immaterial. Ada nilai spiritual.
.
7. Membahagiakan diri apabila sumbang pada ibubapa. Apabila berikan
pada famili. Pada sanak saudara dan kerabat. Pada anak anak yatim dan
mereka yang terpinggir terbiar. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.
Selepas solat , tersebut jelas tentang zakat.
.
8. Kontribusi
dan kongsi pada masyarakat luas. Jadikan kerja sebahagian dari hidup.
Bukan jadikan sebahagian hidup untuk kerja. Ini yang dipanggil
keseimbangan. Jangan nyalakan lilin pada kedua ujungnya. Ia akan cepat
cair dan habis. jadi lampu penyuluh jalan yang boleh dicaj baterinya.
.
9. Usah jadikan sukses sebagai pemangsa yang korbankan masa bersama
famili , sanak saudara dan teman teman. Imbangi. Jaga kesihatan dan
kesejahteraan diri. Jangan bekerja hanya kerana pembayaran yang
menggiurkan. Kejar wang, kita akan binasa. Bangunkan orang, wang akan
datang dari arah yang tidak disangka sangka.
.
BANYAKKAN TEMAN SEJATI
10. Siapakah teman "CurHat" kita. Ada 4 teman sahabat akrab sudah lebih
dari memadai. Ada 100 orang, itulah taman taman syurga dalam kehidupan.
.
11. Fikir jernih. Zikir tanpa letih. Keberhasilan di lapangan tugasan
dan keusahawanan akan berikan kita keberhasilan dalam kehidupan
bekeluarga dan kehidupan seluruhnya.
.
SENTIASA CARI TAHU
12. Seterusnya, sentiasa cari tahu. Belajar tanpa jemu. Jangan tutup
diri untuk ambil tahu perkembangan baru. Bergerak dalam bidang yang
digemari.
No comments:
Post a Comment