MOMENTUM 2019 - 21 PERKARA UTAMA 1/3
.
1. Hidup ini sementara. Sampai masa kita akan pulang ke kampong asal. Usia Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam 63 tahun
. Titik disitu usia kita. Apabila dapat tambahan kira bonus untuk terus
lakukan kebaikan. Sekarang, kira berapa minggu lagi ada berbaki.
.
"Dari Abu Hurairah, sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: "Umur umatku antara 60 sampai 70 tahun. Dan sangat
sedikit di antara mereka yang melewati itu" (HR Ibnu Majah dan Tirmidzi)
.
2. Setiap manusia, paling kurang ada 120 bakat. Gunakan bakat yang kita
ingin kembangkan untuk berada di padang lebih besar. Usah bertunggu
tangga di kampung yang sama. Sekurang kurangnya rentas nusantara ataupun
pergi lebih jauh ke pelusuk dunia.
.
3. Jangan merasa terlalu
sibuk untuk buat baik. Sebarkan kebaikan. Berjalan merata dunia di mana
sahaja. Berikan 10% dari pendapatan untuk kerja kerja baik. Berikan 10%
dari masa untuk buat kebaikan.
.
4. Genius dalam apa jua bidang
terletak pada "kegilaan luar biasa" untuk melakukannya. Genius bahasa
pada kekerapan menulis. Genius bisnes pada puluhan kali jatuh sebelum
bangkit dengan perkasa.
.
5. Redah pada tempat yang paling kita
takuti. Kita takut pada 3 tahun pertama belantara berpuaka. Redah aja.
Paling teruk, hilang modal dan tumpukan hutang. Pada hujung ketakutan
itu ada kesuksesan. Fokus ke mana ingin pergi bukan pada usikan
jembalang yang mengilai mencaci
.
6. Masyarakat akan beritahu
apa "reasonable and possible" . Apa yang masuk akal dan mungkin. Usah
ambil peduli sangat. Redah dan dengan suara hati. Naluri akan berkata
benar apabila jiwa kita jauh dari iri hati dan dengki.
.
7.
Berapa banyak yang kita mahu laburkan untuk "Pendidikan Profesional dan
Pengembangan Pribadi" pada tahun 2019. Ganda tiga pelaburan kita untuk
hal ini dan pendapatan kita akan mengganda dua.
MOMENTUM 2019 - 21 PERKARA UTAMA 2/3
.
8. Apabila kita
tergolong sebagai yang paling pintar dalam bilik mesyuarat, tinggalkan
segera kamar perbincangan itu. Ia membawa makna kita berada pada tempat
yang salah. Ia juga mungkin salah pada tingkah kita yang lebih banyak
berkaca mata dari bercermin muka.
.
Sentiasa lingkung diri dengan mereka yang lebih baik dari kita. Dengar
dengar dan dengar. Buat rumusan dalam tulisan dan bertindak segera
sebaik sahaja perbincangan tamat. Itu namanya Gerak Tindak Lanjut.
.
9. Performa luar biasa (epic performance) datangnya dari kebolehan
untuk berkata "tidak". Ia bukan datang dari perkataan "ya". Jangan mudah
mengangguk pada semua tugasan. .
.
Buat apa yang dalam upaya
kita dan lakukan dengan cemerlang. Siap untuk buat perkara yang belum
pernah kita buat. Cuma berikan tempoh percubaan 6 bulan hingga setahun
pada perkara belum pernah dibuat. Fokus. Kuasai satu perkara dan kita
akan kuasai banyak perkara.
.
10. Komited untuk jadi ahli dalam
bidang kita. Komited untuk menjadi "juara kelas berat"-heavyweight
champion dalam bidang kita. Sesuatu yang tidak dipertikaikan lagi.
Jangan cuba jadi jaguh dalam semua perkara - tetapi sekadar dipandang
ringan oleh teman teman sebaya dalam bidang.
.
11. Kejayaan ada
dua . Impak dan Income. Impak itu bertahan lebih lama. Reputasi mewangi
itu umpama haruman yang dapat dihidu dari jarak jauh. Income biarpun
manis juga, namun salah cara dan gaya, ia boleh memdatangkan penyakit
diabetes.
.
12. Kesilapan akan jadi kegagalan apabila kita
biarkan ia tanpa ada usaha untuk bangkit semula. 5 perkara menentukan
manusia. Hawa, Nafsu, Akal, Fikiran dan Hati. Maqam ilmu ada di hati.
Jaga hati kita dari dengki dan iri hati. .
Saat kita tidak memandang aib orang, kesuksesan akan datang bertandang mengintai untuk kita bawa pulang.
.
13. Bersopan santun. Sentiasa optimistik. Menepati masa dengan 30 minit
lebih awal. Jika lewat beritahu. Itu tanda orang beradab, berakhlak dan
bertaqwa. Mengalah berkali kali. Itu tanda kita akan menang pada
hujung.
.
14. Pekerjaan utama sebagai ketua adalah lihat
kehebatan pada ahli dalam tim. Beritahu mereka akan kehebatan itu dengan
puji perbuatan. Satu pujian diawal pagi akan jadikan ahli pasukan
bersemangat sepanjang hari.
MOMENTUM 2019 - 21 PERKARA UTAMA 3/3
.
15. Bangun awal pagi.
Itu kunci paling pasti untuk gembira sepanjang hari. Jika kita tidak
bangun pada pagi hari, sebekum ayam berkokok dan burung belum keluar
sarang, itu tanda kita tidur lewat malam tadi.
.
Jangan bergadang, tidur lewat malam dan jadi kutu embun. Ia tanda
awalan, kita bakal tertinggal jauh di belakang berbanding dengan teman
sebaya dalam perjalanan marathon jarak jauh untuk capai impian.
.
16. Sentiasa cergas. Kita akan dapat memberikan khidmat terbaik kepada
ramai orang yang memerlukannya. Kecergasan datang dari dua perkara.
Makanan yang kita amakan dan latihan harian yang kita jalani.
.
17. Jangan tunggu dapat Insprasi baru ingin bertindak. Bertindak dahulu,
kemudian dalam perjalanan mendapat hasil kita akan peroleh inspirasi.
.
18. Kerja keras. Tiada apa yang dapat menggantikan kerja keras. Ia
adalah permulaan sebelum kita pintar dan tahu mendepani situasi untuk
kerja cerdas.
.
19. Dalam setiap situasi , kerja ikhlas.
Kemurahan hati insani akan sentiasa mengalahkan kekurangan dalam perkara
materi. Jadi orang tenang. Orang tenang akan menang. Orang tenang akan
senang.
.
20. Dunia ini dihuni oleh pecundang dan pemenang.
Pecundang selalu bergantung pada kebertuahan. Pemenang berusaha tanpa
henti henti untuk capai impian.
.
21. Optimalisasi harian akan
mengarah pada peningkatan eksponensial. Hanya mereka yang meningkat
secara eksponential sahaja akan dapat capai puncak. Peningkatan linear
adalah memenatkan. Saat sampai ke destinasi mereka yang hidup mereka
meningkat secara linear sudah penat dan tidak lagi dapat menikmati apa
yang diingini.
.
Jadikan setiap hari yang ada pada tahun 2019 ,
antara detik indah dan setiap hari, setiap cara , kita jadi lebih baik
dalam usaha dan lebih mulia pada pandangan Tuhan pencipta.
No comments:
Post a Comment