Pada jam 2.30 pagi sehingga 3.00 pagi saya membuat rondaan dan pemantauan daripada dalam kereta di Pusat Perdagangan Seksyen 7, Shah Alam. Saya melalui setiap jalan dan lorong di kawasan tersebut. Saya sempat berhenti di balai polis untuk meninjau siapa pegawai yang bertugas di balai polis pusat perdagangan ss 7, tapi tiada sesiapa dikaunter balai polis tersebut. Saya difahamkan polis kekurangan anggota di situ.
Walaupun dah lewat pagi keadaan di situ masih segar dan bugar dengan aktiviti siswa dan siswi makan dan minum. Saya melihat berkumpulan-kumpulan siswa UiTM menghisap 'smoke in the water' di Restoran Barra. Keadaan parkir terutamanya parkir kereta penuh sehingga terpaksa park kereta di tengah-tengah jalan. Masih terdapat mahasiswa yang parking motorsikal ikut suka hati tanpa memikirkan orang lain. Terdapat juga beberapa siswi kita yang berpakaian ketat dan sendat yang mendedahkan mereka kepada jenayah sex seperti rogol, terdapat juga beberapa pasangan membuat aktiviti berdua-duaan ditempat gelap yang tersorok dicelah-celah tangga dan belakang tiang.
Dengan sukacitanya saya menasihatkan mahasiswa sekalian untuk menjauhi aktiviti makan dan minum lewat malam dan pagi. Kalau nak makan malam, makan awal-awal. Duduk kat rumah cukuplah, jangan keluar lewat malam. Ingat! ini Shah Alam, bukan hometown anda. Poskod shah alam berbeza dengan poskod hometown anda, jadi kod disini berbeza daripada di sana. Sesungguhnya harapan negara terhadap anda adalah tinggi. Negara mengharapkan kejayaan anda, jadi gunakanlah peluang belajar di UiTM sebagai agenda untuk membebaskan diri anda daripada kebodohan dengan belajar sebaik mungkin.
2 comments:
Aku setuju sangat saranan hang tu.Hang tau tak kat sek 7,macam-macam ada tak ubah macam kat taipan USJ.Elok sangat la kita bagi nama taipan shah alam. Hang ada pi check tak bilik diaorang.Ntah ntah depa dok skali campoq pompuan laki. Aku nengok dah teruk sangat dah cara pergaulan dia orang. Masukb jarum bagui jugak ni.............
Sebagai Pegawai Pembangunan Pelajar Non-Resident, saya cuba buat yang terbaik untuk membimbing, menasihat dan memberi panduan ke semua mahasiswa NR.Setakat ni kami blom melawat dari satu rumah ke satu rumah mahasiswa kat Pusat Perdagangang tu. Insyaallah kami akan buat mcm tu suatu hari nanti.
Post a Comment