Sunday, July 20, 2008

Pusat Kesihatan UiTM: Tiada Lagi Doktor On Call Yang Ada Hanya Ambulance On-Call

Sekitar jam 1.35 petang tadi, saya menerima panggilan telefon daripada YDP JPK Kolej Delima memohon bantuan untuk menghantar seorang ahli exconya yang juga kawan baik beliau sakit. Saya menghantar pelajar tersebut ke Pusat Kesihatan UiTM untuk menjalani rawatan di situ. Setibanya di Pusat Kesihatan sekitar jam 1.45 petang, saya dimaklumkan klinik hanya akan beroperasi jam 2.00 petang, jadi kami terpaksa menunggu sehingga jam 2.00 ptg.

Setelah menjalani pemeriksaan, doktor yang bertugas menahan pelajar tersebut diwad sementara di Pusat Kesihatan kerana suhu badan siswi tersebut terlalu tinggi. Doktor memberikan ubat dan melaksanakan ujian pemeriksaan darah terhadap siswi berkenaan. Mengikut cerita doktor, terdapat jangkitan virus dalam darah siswi berkenaan.

Sementara menunggu siswi berkenaan mendapat rawatan saya sempat berbual dengan jururawat yang tertugas dikaunter pendaftaran. Mengikut cerita jururawat tersebut, sejak semester lepas lagi sudah tidak ada doktor on-call yang ada hanya ambulance on-call. Pusat kesihatan akan beroperasi mulai jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang pada hari sabtu, ahad dan cuti am. Pada hari biasa Pusat Kesihatan akan beroprasi mulai jam 8.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Justeru itu, saya menasihat semua mahasiswa samada Non-Resident atau Resident, jika saudara/i rasa macam hendak deman atau kurang sihat datanglah ke Pusat Kesihatan pada waktu ia beroprasi. Jangan tunggu sampai lewat malam baru meminta bantuan Pegawai Pembangunan Pelajar di Kolej anda untuk menghantar anda ke Pusat Kesihatan kerana saudara/i tidak akan dihantar ke Pusat Kesihatan tetapi saudara/i akan dihantar ke klinik di sekitar Shah Alam dan saudara/i perlu membayar bil perubatan sendiri.

Siswi tersebut dibenarkan keluar daripada wad sementara sekitar jam 4.00 petang. Saya menasihat siswi tersebut supaya memakan ubat yang diberikan oleh doktor. Jika ada masalah lagi, jangan segan untuk menghubungi saya.

3 comments:

Anonymous said...

pada pendapat sy,pusat kesihatan sewajarnya beroperasi 24jam sehari. penyakit dtg xtentu masa.sekiranya pelajar sakit pada waktu pusat kesihatan tidak beroperasi bagaimana?bukakkan pelajar akan dibawa keluar dan menanggung bil sendiri.sy berharap perkara ini dpt diketengahkan..tq..

Ahmad Rais Johari said...

Kalo sakit semasa pusat kesihatan tidak beroperasi u all terpaksa la pergi hospital klang atau hospital universiti malaya atau lain2 hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan secara percuma.Kalau pergi klinik swasta memang u all kena bayar bil perubatan sendiri.

Mungkin MPP perlu berperanan dalam isu ni. Dr, On-call perlu diadakan semula. Saya pernah mengutarakan perkara ini kepada pengetua kolej tapi sehingga kini senyap jer.

Deeja.Haddad said...

Aduhai,kalau p pk jika trasa nk sakit,memg x dlayan.kesian kawan sy hri tu,die selesema truk,n muka memg x larat,p pk,dktor kate dia x dmam jd die kena marah sbb dktr igt dia nk mc.huhu