Sekitar jam 9.30 malam sehingga 10.30 malam tadi, saya bersama sahabat saya En. Ariffin Md. Yusof melawat sepasang mahasiswa NR yang dimasukan ke wad Hospital Kelang akibat kemalangan jalanraya. Keadaan siswa NR tersebut stabil manakala keadaan siswi tersebut tidak diketahui kerana kami tidak dibenarkan masuk wad ICU. Difahamkan kemalangan tersebut berlaku pagi tadi semasa mereka dalam perjalan ke kuliah.
Pihak waris kedua-dua mangsa kemalangan telah dimaklumkan dan mengetahui mengenai kemalangan yang menimpa anak mereka. Saya menasihati siswa yang terlibat supaya bersabar dan menerima kemalangan ini sebagai ketentuan ilahi, dalam apa keadaan sekalipun, perjuangan untuk kelangsungan hidup perlu diteruskan, semangat kena kuat. Kami akan berusaha sebaik mungkin membantu siswa dan siswi terbabit untuk meringankan beban yang dialami oleh mereka. Saya meninggalkan nombor telefon bimbit saya kepada Puan Saniah, bonda kepada siswa terbabit, sebelum meninggalkah Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.
Nasihat saya kepada semua mahasiswa NR yang bermotosikal, samada yang bercouple atau yang solo atau single supaya sentiasa berhati-hati dijalan raya, pacu cermat, jiwa selamat. Jangan pacu motorsikal macam mat rempit, cilok kiri, cilok kanan dan main redah jaya sahaja. Takut-takut salah cilok terterap di atas jalan dan saya kena melawat anda di hospital pula.
9 comments:
Bagaimanakah keadaan pelajar siswa dan siswi itu sekarang???
Keadaannya parah jugak la...siswa kaki kanan patah, tangan kiri patah manakala siswi masih lagi dalam ICU. Dua-dua student FTMSK.
Bole cite yg sbnr accident mcm mne?
ingatlah siswa siswi UiTm ....jgn merempit..bazir mnyak je...jom nek bus rapid kl..
Kemalangan kat selekoh menara S & T dalam UiTM. Bertembung dengan bas UiTM.
salah siapa???? pendapat sy salah driver bas uitm tu sendiri. sy pelajar kej elektrik. saya tgk kemalangan ni. so laluan tu mmg dah biasa. kalau dibandingkan driver bas uitm n driver rapid mmg rapid lg bagus. driver uitm slalunya akan laju bila turun selekoh 2. kalau laju akan makan jln sebelah. situ memang dah pnah kemalangan. sy sgt kecewa dgn kejadian ni. sy jg dah bberapa kali hampir kemalangan dgn bas uitm di situ. kalau kita berselisih dengan bas uitm mmg akan rasa ngeri sebab dia laju. bas rapid sgt brhemah. kejadian ni x ptt berlaku terutama dlm kawasan u.
Saya tidak berhasrat untuk menunding jari menuduh siapa yang bersalah atau siapa yang tak bersalah. Polis je yang berhak untuk buat penilaian siapa yang bersalah. Saya tak nak komen siapa yang bersalah sebab polis sedang membuat penyiasatan.
Pada saya masalah utama ialah jalan dalam UiTM ni tidak lebar sangat, kenderaan seperti motorsikal, kereta,bas, lori dan van pula banyak terutama diwaktu pagi. Malahan kadang-kadang kesesakan lalulintas berlaku terutama masa puncak sewaktu siswa siswi sibuk nak pergi dan balik kelas terutamanya di pintu masuk 1 dan pintu masuk 2.
Dato Seri Naib Canselor amat perihatin terhadap kemalangan yang berlaku tersebut dan saya difahamkan beliau telah mengarahkan pihak yg berwajib di UiTM melebarkan jalan di kawasan tersebut secepat mungkin.
Berita baik. Siswi mangsa kemalangan tersebut sudah sedarkan diri dan memberi respon bila ditanya.
bagaimanakah keadaan pelajar tersebut sekarang?
saya pun ada di tempat kejadian tapi semasa saya tiba di situ,pelajar perempuan sudah berada di dalam ambulans.
dalam setahun lepas, penah kejadian yang sama.tetapi bas berlanggar dengan kereta satria.
Maklumat terbaru...mahasiswa itu dah beransur pulih dan kini berada dirumah beliau di Kuala Selangor, manakala mahasiswi tu pula, pun beransur pulih dan berada dirumah beliau di KL.
Post a Comment