Sunday, August 3, 2008

Siren Berbunyi Ingatkan Ada Ambulan Dalam Kecemasan, Rupa-rupanya ......

Sebentar tadi, lebih kurang jam 7.00 ke 7.15 petang hari ini semasa membuat rondaan di dataran delima saya terdengar bunyi siren, macam siren ambulan, berbunyi berulang, saya menoleh ke arah padang kawat, rupa sebuah kereta kancil dan sebuah kereta wira sedang membunyikan 'corong pembesar suara' untuk tujuan pengiklanan.

Mengikut suara yang keluar dari 'corong pembesar suara' tersebut pada malam ini akan diadakan tayangan gambar di Padang Kawat. "Semua warga kampus dan kolej delima dijemput hadir" jerit suara tersebut. Banyak program sedang berlangsung dalam Kampus UiTM Malaysia sepanjang minggu ini dan minggu depan.

Pada pendapat saya, pendekatan menggunakan haler untuk memaklumkan kepada warga kampus tentang program yang sedang berlangsung adalah satu pendekatan kreatif dan inovatif mahasiswa UiTM untuk menarik penglibatan warga kampus menyertai aktiviti atau program yang dianjurkan.

3 comments:

Anonymous said...

awat hang ni pekak sangat,cam tu pun hang kata bagui.Aku nak habaq kat hang,corong tu digunakan masa aku kecik lagi. Bila ada wayang gambaq kat kg,depa guna tektik tu la.Hingaq dibuatnya,bayi tidoq pun terkejut.Itu hang kata ok.Org dah tak buat lagu tu dah..........

Ahmad Rais Johari said...

Setidak-tidaknya pendekatan itu menarik perhatian pelajar dan ia lebih berkesan menarik pelajar ke program yang dianjurkan. Pada saya tak salah cara tu syaratnya buat masa yang sesuai la.

lady_ayu_r said...

to anonymous...aku rasa ada orang tak abih blajaq ni..tak pun tak penah masuk u ka...ni aku nak bagi tau..mana ada bayi kat uitm tu....yg ada semua budak2 dah besaq...lagi pun bbduak uitm tu tinggal dalam uitm bukan untuk tido ja..tapi untuk blajaq...aku rasa la dari hang cakap orang pekak, aku cakap hang ni buta .....lagi satu aku rasa tak da salah nyer nak buat cara lama ni, sbb hang sndiri kata orang dah tak buat...tapi memang berkesan...aku sndiri tengok bbudak uitm tu tertarik nak tau apa ke bende bila ada bunyi siren tu....aku ni dah dekat 10 tahun tinggal dalam u..tak da pekak pun..duduk dalam u biasa la ada bunyi2 bising cam tu...siren la...announcement la...banyak lagi...dah duduk dalam u memang la cam tu...lain la kalau duduk luar,kalau hang nak komplen tu hang punya pasai la..lagi satu aku syabas kat ahmad rais...orang kata hang pekak, tapi hang reply message dgn cara yang berhemah..tak da guna pkataan yg kasar2...ini la orang melayu yg berhemah dan berbudi bahasa yg tinggi..kalau aku la, tak tau la apa nak cakap..anonymous, hang blajaq kat dia noo...