Bulan ini genaplah 11 tahun saya bersama UiTM. Perjuangan belum selesai, agenda untuk memartabatkan bangsa perlu diteruskan. UiTM berkembangan begitu pesat. Terbaru UiTM telah melahirkan 18 orang graduan Bachelor of Medicine dan Bachelor of Surgery yang pertama daripada Fakulti Perubatan pada konvoksyen yang lepas. Saya terlibat secara terus merangka halatuju ICT Fakulti Perubatan bersama Professor Dato' Dr Khalid Yusoff dan pasukan beliau daripada Fakulti Perubatan.
Professor Dato' Dr Khalid Yusoff, Dekan Fakulti Perubatan menulis email yang berbunyi.......
Sdra Rais,
Terima kasih diatas segala kerjasama dan sumbangan yang diberikan. Seperti yang sdra dapat lihat, kita berusaha utk membangun sesuatu yang akan menjadi kebanggaan bukan sahaja kepada UiTM tetapi bangsa Melayu untuk sekurang-kurangnya seratus tahun lagi, insya Allah. Kita perlu bekerja keras, dan terus mengejar kehadapan.
Olives are PRESSED to get their oil, fruits are SQUEEZED for their juice, flowers are CRUSHED for their perfume; so if you feel PRESSURED by me, it is just me trying to get the BEST out of you.
Khalid
kepada saya. Kata-kata beliau memberikan motivasi kepada saya berkerja lebih smart untuk merealisasikan misi dan visi Fakulti Perubatan menjadi realiti. Beliau juga membuka minda saya melihat sesuatu isu dalam perspektif yang berbeza-beza dan beralternatif. Ada banyak jalan untuk menuju ke satu destinasi, kita kena pilih jalan paling dekat, cepat dan tepat, jalan yang paling praktikal, jangan menyusahkan keadaan, jangan menambah birokrasi kerana masa terlalu berharga buat kita. Jangan buang masa, Kita perlu berkerja 3 kali ganda lebih kuat untuk mengejar impian, ujarnya lagi.
2 comments:
oh, terharu saya membaca petikan dari dr khalid..
keterujaan akan lebih terasa jika kita punya lebih ramai pemimpin seperti ini
insya Allah- dahlya
Terima kasih di atas komen dahlya. Saya amat mengagumi Prof. Dato' Dr. Khalid kerana beliau mengajar saya erti perjuangan untuk memartabatkan bangsa dan kelangsungan melayu.
Post a Comment