Rosyam Nor
Saya orang politik dan saya ahli perniagaan. Setakat ini saya mengasingkan perniagaan saya dari politik. Akan datang tak tau la pula 🤣🤣🤣
Adapun Rosyam Nor, saya tak peduli tentang fahaman politik dia. Ikut dia... dulu nak sokong UMNO, hak dia. Sekarang dia nak sokong BERSATU... hak dia juga.
Saya nak ulas tentang ST Rosyam Mart. Ada yg kata 10% saham tu dia dapat percuma. Sebab guna nama... Sebagai ahli perniagaan, saya merasakan ada kemungkinannya share 10% itu diberi percuma tetapi harus diingat, ‘membentuk’ nama ROSYAM NOR tidak percuma. Ianya satu perjuangan yg panjang dan hanya Rosyam Nor sahaja yg mengetahuinya 🤔
Pernah sahaja saya memberi saham 10% kepada kawan saya yg popular dalam salah satu syarikat saya secara percuma. Itu strategi perniagaan. Adalah amat amat tidak cerdik jika saya memberi saham 10% kepada orang yg saya tidak dapat faedah darinya. Pahala? Kalau nak bagi pahala, saya sedekah kan aje, tak perlu letak nama sesiapa... buat menyusahlan urusan dokumen syarikat 😜
K... bye
No comments:
Post a Comment