Monday, June 29, 2009

Selamat Datang Ke UiTM Kepada Semua Pelajar Baru

Semalam dan kemarin adalah hari pendaftaran kepada pelajar baru UiTM. Saya mengucapkan selamat datang dan tahniah kerana anda telah terpilih menjadi pelajar UiTM, terutama kepada pelajar baru perubatan, pergigian dan sportrek yang mendaftar dikolej delima UiTM. Perjalanan masih jauh, disini anda bermula, justeru itu, tanamkanlah azam dalam diri saudara/i untuk menjadi mahasiswa cemerlang, gemilang dan terbilang.

Tuesday, June 23, 2009

Segalanya Diciptakan Berpasang-pasangan.


Semuanya dijadikan Tuhan berpasangan, lelaki lawannya perempuan, teruna lawannya dara, jantan lawannya betina, baik lawannya jahat, positif lawannya negatif, sejuk lawannya panas, malam lawannya siang dan begitulah seterusnya.Pada sebelah sini, ada begitu dan pada sebelah sana ada begini. Semuanya ada pasangannya dan dari situ terbinanya sebuah ikatan, tali pengikat, fitrah yang semacam tenaga yang mencantumkan mereka, yang memberikan suatu energi atau kekuatan.

Cuba kita renungkan pada pasangan kekasih yang sedang bercinta, ada tenaga yang mengikat mereka untuk cuba membahagiakan diantara satu sama lain, saling bertolak ansur, saling memberi dan menerima, saling hormat menghormati. Tenaga yang terbentuk dalam perhubungan sang kekasih tadi datangnya daripada dalam diri, dari hati yang tulus, ikhlas dan suci. Tapi jika tenaga itu tidak dapat dikawal, hanya mengikut rasa nafsu nafsi, hanya kerana seksual, kekuatan yang hadir daripada tenaga yang terhasil pada perhubungan sang kekasih itu akan membawa mereka kepada kekecewaan, kebinasaan dan kehancuran.

Demikian jugalah dengan semua segala yang ada dan berwujud, samada yang bernyawa atau tanpa nyawa, segala yang berjisim mengeluarkan tenaga, itulah yang telah dibuktikan secara saintifik oleh Albert Enstain. Tenaga yang hadir itu pun berpasangan-pasangan juga, tenaga ini perlu keseimbangan, tidak boleh dikurangkan pada yang kiri dan dilebihkan pada yang kanan, kerana ia akan menyebabkan tiada keseimbangan, jika itu berlaku, akhirnya kebinasaanlah akibatnya. Namun dari situlah bermulanya kesempurnaan.

Seni dan Kejujuran - Seniman Meletakkan Yang Hak Kepada Yang Berhak


Seniman adalah orang yang cepat rasa terharu apabila melihat atau mendengar kesusahan, kepayahan, kemiskinan dan kemelaratan yang ada disekitarnya. Bila dia melihat keindahan, kecantikan, kesempurnaan dan kehebatan, jiwanya turut rasa terharu juga. Pendeknya, seniman adalah orang yang dapat melihat yang zahir dan dapat merasai yang batin terhadap segala sesuatu yang diperhatikannya, didengarnya dan dirasainya, mungkin pada sesama manusia, mungkin pada tumbuh-tumbuhan, mungkin pada haiwan dan mungkin pada segala sesuatu dipersekitarannya. Sesudah terharu, dia mula berkhayal, memikir bagaimana hendaknya supaya ia menjadi lebih baik.

Bila melihat anak kecil yang kebuluran kerana kemiskinan, hati seorang seniman akan rasa terharu, dia dapat merasai kesengsaraan yang dilalui anak kecil tadi, lantas dia berkhayal dalam pemikirannya untuk meringankan penderitaan anak kecil itu, supaya anak kecil itu dapat makan dan minum bagi menghilangkan kelaparan, supaya anak kecil itu menjadi lebih baik. Demikianlah kejujuran jiwa seorang seniman.

Disebalik rasa terharu, pada khayal yang indah itu, timbullah kemahuan, lahirlah ilham dan terciptalah tindakan yang jujur dan ikhlas untuk membantu, itulah seniman. Dia kaya dengan rasa terharu dan khayal. Disitulah kekayaannya yang sejati. Yang dua itulah rukun dalam mencipta seni, diambilnya pena, ditulis bahasa hatinya, ayat demi ayat, terlahirlah bait-bait syair, dilukis perasaan hatinya, garis demi garis, terbina sebuah lukisan, dilagukan suara hatinya, nada demi nada, sehingga tercipta lagu yang menyentuh kalbu. Demikianlah kejujuran hati seorang seniman sejati.

Jiwa seniman dapat menggarap kemiskinan, kesengsaraan, kepayahan dan kepahitan, jiwa seniman umpama radar yang menerima frekuensi keindahan, kecantikan, kesempurnaan dan keelokan serta mencernakannya bahasa hati dan bahasa jiwanya tadi kepada bahasa ibunda dengan ungkapan yang indah dan menyentuh jiwa pembaca, pendengar dan khayalak.

Monday, June 22, 2009

Cinta dan Seni - Bahasa Dari Alam Buat Jiwa Yang Mengerti...

Tanpa cinta, tiada seni. Kenapa nampak keindahan? sebab ada cinta. Kenapa nampak kehalusan? kerana ada cinta. Justeru itu, seni ada dimana-mana dan wujud pada semua, manakala cinta pula bersemi pada semua sehingga nampak kesenian. Maka dapat disimpulkan bahawa dengan cinta alam diciptakan oleh Tuhan. Di atas nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Penyayang, segala yang ada dilangit dan segala ada dibumi diciptakan.

Pelbagai jalan ditempuh untuk orang mencari Allah. Tetapi dengan cintalah jalan semudah-mudahnya, bercintalah, sampai anda menjadi satu dengan yang anda cintai. Yang mana satukah yang anda cintai? Dari mana anda hendak memupuk cinta itu? Apakah dari keindahan alam? atau dari kecantikan gadis yang tanpa pakaian? atau dari ketampanan seorang lelaki? atau ditanah tempat kita dilahirkan? Itu semua bukanlah cinta, itu baru bunga-bunga dalam menuju cinta.

Hakikat hidup umpama sebatang pohon yang rendang dan subur. Maka janganlah dicukupkan sehingga hanya mencintai sekuntum dari bunganya, sehelai dari daunnya, seranting dari rerantingnya, serangkai dari buahnya. Kalau hanya buahnya yang dicintai, bagaimana dengan serangga yang memagar bunga? bagaimana dengan akar yang membawa garam galian untuk kegunaan daun? bagaimana dengan bumi tempat pokok itu tumbuh? dan bagaimana dengan matahari yang memberikan suria?

Sekiranya buah dihujung dahan berhak beroleh rahmat cintamu, maka seluruh pohon itu pun, dan tempat dia tumbuh, alam sekeliling pohon itu pun, berhak beroleh cintamu, sehinggakan buah yang busuk, dahan yang mati dan daun yang gugurpun berhak mendapat rahmat cintamu kerana itu adalah sebahagian daripada hasil keelokan buah yang engkau cintai tadi. Itulah hakikat kehidupan.

Cinta ialah air tirta kehidupan. benci adalah racun yang membawa maut. Jika kebencian menelusuri dan masuk menyelinap dalam pohon kehidupan, maka tumbanglah pohon itu. Biarkan cinta itu mengalir pada seluruh pohon umpama darah mengalir pada diseluruh tubuh, jika perjalanan darah sudah tidak teratur, maka penyakitlah yang akan datang menimpa. Tidak akan ada daun yang layu, dahan yang rapuh selama urat masih sempurna menghisap sari dari bumi tempatnya menyusu.

Janganlah cinta diletakan pada sifat, sebab sifat boleh berubah ditelan zaman, langsungkan terus cinta itu pada zat. Adapun zat yang hakiki, zat yang mutlak, ialah zat Allah. Itulah wujud yang sempurna, yang tiada terpecah lagi. Kalau direnungi lagi, cinta sejati itu ialah Allah. Sebab Allah cinta akan DiriNya.

Thursday, June 18, 2009

Menara Pemancar Telekomunikasi Didalam Kampus UiTM Shah Alam - Bagaimana Kesan Radiasinya Kepada Warga UiTM?

Dalam kampus UiTM Shah Alam terdapat 4 batang monopole pemancar sistem telekomunikasi yang dimiliki oleh syarikat telekomunikasi tempatan, rupa tiang monopole tersebut seumpama pokok, ada batang, daun dan ranting. Dicelah-celah daun-daun tersebut kelihatan peralatan pemancar yang pelbagai bentuknya, ada berbentuk bulat, rod panjang dan empat segi panjang. Lokasi monopole tersebut yang berhampiran kediaman pelajar seperti di Kolej Teratai dan Delima, Kolej Anggerik, Kolej Cempaka dan berdekatan dengan Fakulti seperti di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.

Persoalannya ialah setakat mana kesan radiasi yang dihasilkan oleh pemancar tersebut kepada warga UiTM terutama kepada pelajar yang tinggal berhampiran pemancar tersebut seperti di kolej delima 3 dan kolej teratai, sehingga hari ini tiada penyelidikan dan pemantauan untuk mengesan radiasi tersebut dijalankan oleh UiTM dan sesiapa pun. Adakah radiasi tersebut dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh WHO?

Pada tahun 2001, World Health Organization (WHO) telah mencadangkan kepada negara kita untuk mengukur kekuatan radiasi electromagnetic fields (EMF) yang dihasilkan oleh semua pemancar telekomunikasi yang terdapat diseluruh negara dan mengambil langkah sewajarnya seperti menetapkan piawaian keselamatan radiasi electromagnetic fields (EMF) yang selamat untuk digunapakai oleh Kerajaan Malaysia. Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia, UMMC dan beberapa agnesi lain telah menjalankan kajian terhadap beberapa sampel pemancar telekomunikasi di negara ini.

Hasilnya Kementerian Kesihatan Malaysia menerbitkan buku bertajuk “Guidance to Safety and Health Aspects of Base Stations and Mobile Phones” sebagai panduan dalam hal radiasi pemancar telekomunikasi. Malangnya sehingga hari ini, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia sebagai suruhanjaya yang bertangungjawab terhadap penguatkuasaan, pemantauan dan penilaian perkara tersebut masih tidak berbuat apa-apa terhadap semua pemancar telekomunikasi yang terdapat di Malaysia termasuklah di UiTM.

Selaras dengan idea 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, sebagaimana yang dilaungkan oleh Perdana Menteri dan menjadi agenda utama negara pada masa kini maka sewajarnyalah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengambil langkah proaktif untuk menangani perkara tersebut kerana Kementerian Komunikasi dan Multimedia dahulu GAGAL dalam melaksanakan tugasan tersebut.

Wednesday, June 17, 2009

THE LONGEST NON-STOP MULTILINGUAL PUBLIC SPEAKING 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan pada:

Tarikh / Hari : 21 hingga 24 Jun 2009
Tempat : Dewan Cemara, Kolej Cemara / Akasia, Seksyen 18, Shah Alam

Program ini melibatkan 10 bahasa iaitu : Malay, English, Mandarin, Tamil, Arabic, Japanese, Korean, German, French & Russian

Jumlah jam : 52 jam
Jumlah giliran : 446 giliran (lebih 400 pelajar telah mendaftarkan diri)
Masa : 7 minit seorang

DATANG LAH BERAMAI-RAMAI

Monday, June 15, 2009

Syair Hamzah Fansuri - Part I

1. Aho kita anak Adam
Jangan lupa akan Shahi Alam
Pada bahr al-dhunub jangan terkaram
Supaya 'ashiq siang dan malam

2. 'Ashiqmu itu jangan bercawang
Meninggalkan dunia jangan kepalang
Suluh Muhammad yogya kau pasang
Pada Rabb al-'alamin supaya kau datang

3. Shari'at Muhammad terlalu 'amiq
Cahayanya terang di bayt al-'atiq
Tandanya ghalib lagi sempurna tariq
Banyaklah kafir menjadi rafiq

4. Bayt al-'atiq itulah bernama Ka'bah
Ibadat didalamnya tiada berlelah
Tempatnya maklum di tanah Mekah
Akan qiblat Islam menyembah Allah

5. Aho kita yang membawa iman
Jangan berwaqtu mengaji Al-Quran
Halal dan haram terlalu bayan
Jalan kepada Tuhan dalamnya 'iyan

6. Qu'ran itu ambilkan dalil
Pada mizan Allah supaya thaqil
Jika kau ambil akan syari'at akan wakil
Pada kedua alam engkaulah jamil

7. Kerjakan salat lagi dan sa'im
Inilah ma'na bernama qa'im
Pada segala malam kurangkan naim
Napikan alam kerjakan da'im

8. Ukhrujkan dirimu daripada sayyi'at
Jangan taqsir mengerjakan hasanat
Tuntut olehmu hakikat salat
Supaya wasil adamu dengan Dhat

9. Salat itu terlalu kamal
Di dalamnya liqa' lagi dan wisal
Apabila lenyaplah daripada waham dan khayal
Engkaulah sultan yang tiada bermithal

10. Malak al-mawt terlalu garang
Tiada berwaqtu iya akan datang
Suluh Muhammad yogya kau pasang
Supaya mudah pulang ke sarang

11. Hikmat dan khayal jangan kau cari
Supaya jangan menjadi 'asi
Kerjanya itu sifat nafsani
Tiada dapat sampai kepada rabbani

12. Hikmat dan khayal tinggalkan bapai
Supaya engkau jangan terlalai
Ma'rifat dan haqiqat yogya kau pakai
Itulah amal yang tiada berbagai

13. Hamzah nin asalnya Fansuri
mendapat Wujud di tanah Shahrnawi
Beroleh khilafat ilmu yang ali
Daripada 'Abd al-Qadir Jilani

Thursday, June 11, 2009

Ucapan Obama Semasa Di Universiti Kaherah Mesir


- Dipetik daripada America.gov , Tarikh : 4 Jun 2009

PRESIDEN OBAMA: Terima kasih. Salam Sejahtera. Saya merasa terhormat untuk berada di Kota Kaherah yang tidak lekang oleh waktu, dan dijamu oleh dua institusi yang luar biasa. Selama lebih seribu tahun, Al Azhar telah menjadi hujung tombak pembelajaran Islam, dan selama lebih seabad, Universiti Kaherah telah menjadi sumber kemajuan Mesir. Bersama, anda mewakili keselarasan antara tradisi dan modenisasi. Saya berterima kasih atas keramahan anda, dan keramahan rakyat Mesir. Dan saya juga bangga untuk membawa bersama saya niat baik rakyat Amerika, dan salam perdamaian dari warga muslim di negara saya: “assalamu’alaikum”.

Kita bertemu pada saat ada ketegangan besar antara Amerika Syarikat dan warga Muslim di seluruh dunia – ketegangan yang berakar umbi pada kekuatan-kekuatan sejarah yang melampaui setiap perdebatan kebijakan yang kini berlangsung. Hubungan antara Islam dan Barat selama ini mencakup berabad-abad konsistensi dan kerja sama, tapi juga konflik dan perang-perang kerana agama. Akhir-akhir ini, ketegangan muncul akibat kolonialisme yang menyangkal hak dan peluang bagi banyak warga Muslim, serta sebuah Perang Dingin yang membuat banyak negara dengan majoriri penduduk Muslim diperlakukan sebagai boneka tanpa mengacuhkan aspirasi mereka sendiri. Lebih jauh lagi, perubahan besar yang dibawa modernisasi dan globalisasi membuat banyak Muslim menilai Barat bersikap memusuhi tradisi Islam.

Kalangan ekstrimis yang fanatik telah mengeksploitasi ketegangan-ketegangan yang ada dalam segmen kecil namun merupakan minoriti kuat di kalangan Muslim ini. Serangan pada tanggal 11 September 2001 dan upaya berkelanjutan dari kalangan ekstrimis ini untuk menyerang orang-orang awam telah membuat sebahagian kalangan di negara saya untuk menilai Islam tidak saja memusuhi Amerika dan negara-negara Barat, tapi juga hak asasi manusia. Semua ini telah memupuk rasa takut dan lebih banyak rasa tidak percaya.

Selama hubungan kita ditentukan oleh perbezaan-perbezaan kita, kita akan memperkuat mereka yang menyebarkan kebencian bukan perdamaian, mereka yang mempromosikan konflik bukan kerjasama yang dapat membantu semua rakyat kita mencapai keadilan dan kemakmuran. Lingkaran prijudis dan permusuhan ini harus kita akhiri.

Saya datang ke Kaherah untuk mencari sebuah permulaan baru di antara Amerika Syarikat dan Muslim diseluruh dunia, berdasarkan kepentingan bersama dan rasa saling hormat-menghormati dan didasarkan kenyataan bahwa Amerika dan Islam tidaklah eksklusif satu sama lain, dan tidak perlu bersaing. Justeru keduanya bertemu dan berdiri pada prinsip-prinsip yang sama – yaitu prinsip-prinsip keadilan dan kemajuan; toleransi dan martabat semua umat manusia.

Saya mengakui bahwa perubahan tidak dapat terjadi dalam tempoh yang singkat. Saya tahu sudah banyak publisi mengenai pidato ini, tetapi tidak ada satu pidato tunggal yang mampu menghapus ketidakpercayaan yang terpupuk selama bertahun-tahun ini, dan saya pun tidak mampu dalam waktu yang saya miliki pada masa ini menjawab semua pertanyaan rumit yang membawa kita ke titik ini. Tapi saya percaya bahwa supaya kita boleh melangkah maju, kita harus secara terbuka mengatakan kepada satu sama lain hal-hal yang ada dalam hati kita, dan yang seringkali hanya diungkapkan dibelakang pintu secara tertutup.

Perlu ada upaya yang terus menerus dilakukan untuk mendengarkan satu sama lain; untuk belajar dari satu sama lain; untuk saling menghormati, dan untuk mencari persamaan. Sebagaimana kitab suci Al Qur’an mengatakan, “Ingatlah kepada Allah dan bicaralah selalu tentang kebenaran.” (Tepuk tangan.) Ini yang saya akan coba lakukan hari ini – untuk berbicara tentang kebenaran sebaik kemampuan saya, dengan direndahkan hati oleh tugas di depan kita, dan dengan keyakinan bahwa kepentingan yang sama-sama kita miliki sebagai umat manusia jauh lebih kuat daripada kekuatan-kekuatan yang memisahkan kita.

Sebahagian dari keyakinan ini berakar dari pengalaman saya secara peribadi. Saya adalah penganut agama Kristian, tapi ayah saya berasal dari Kenya yang mencakup sejumlah generasi penganut Muslim. Sewaktu kecil, saya tinggal beberapa tahun di Indonesia dan mendengar suara azan di waktu subuh dan maghrib. Ketika pemuda, saya bekerja di komuniti-komuniti kota Chicago yang kebanyakan anggotanya menemukan martabat dan kedamaian dalam keimanan Islam mereka.

Sebagai pelajar sejarah, saya juga mengetahui peradaban berhutang besar terhadap Islam. Adalah Islam – di tempat-tempat seperti Universiti Al-Azhar – yang mengusung lentera ilmu selama berabad-abad, dan membuka jalan bagi era Kebangkitan Kembali dan era Pencerahan di Eropa. Adalah inovasi dalam masyarakat Muslim – (tepuk tangan) - yang mengembangkan urutan aljabar; kompas magnet dan alat navigasi; keahlian dalam menggunakan pena dan percetakan; dan pemahaman mengenai penularan penyakit serta pengobatannya. Budaya Islam telah memberikan kita gerbang-gerbang yang megah dan puncak-puncak menara yang menjunjung tinggi; puisi-puisi yang tidak lekang oleh waktu dan muzik yang dihargai; kaligrafi yang anggun dan tempat-tempat untuk melakukan kontemplasi secara damai. Dan sepanjang sejarah, Islam telah menunjukkan melalui kata-kata dan perbuatan bahwa toleransi beragama dan persamaan ras adalah hal-hal yang mungkin. – (tepuk tangan)

Saya juga tahu bahwa Islam selalu menjadi bagian dari riwayat Amerika. Negara pertama yang mengakui negara saya adalah Moroko. Saat menandatangani Perjanjian Tripoli pada tahun 1796, presiden kedua kami John Adams menulis, “Amerika Syarikat tidaklah memiliki karakter bermusuhan dengan hukum, agama, maupun ketenteraman umat Muslim.” Dan sejak berdirinya negara kami, umat Muslim Amerika telah memperkaya Amerika Syarikat. Mereka telah berjuang dalam perang-perang kami, bekerja dalam pemerintahan, memperjuangkan hak-hak awam, mengajar di pusat-pusat pengajian tinggi kami, unggul dalam arena-arena olah raga kami, memenangi Hadiah Nobel, membangun gedung-gedung kami yang tertinggi, dan menyalakan obor Olimpik. Dan ketika warga Muslim-Amerika pertama terpilih sebagai anggota Kongres sebelum ini, ia mengambil sumpah untuk membela Konstitusi kami dengan menggunakan Al Quran yang disimpan oleh salah satu Bapa Pendiri kami – Thomas Jefferson – di perpustakaan pribadinya. (tepuk tangan)

Jadi saya telah mengenal Islam di tiga benua sebelum datang ke kawasan tempat agama ini pertama kali diturunkan. Pengalaman tersebut memandu keyakinan saya bahwa perhubungan antara Amerika dan Islam harus didasarkan pada apakah Islam itu, bukan pada apakah yang bukan Islam. Dan saya menganggap ini adalah sebahagian dari tanggungjawab saya sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk memerangi stereotype negatif tentang Islam di mana pun munculnya. (tepuk tangan)

Tapi prinsip yang sama harus diterapkan pada persepsi tentang Amerika. (tepuk tangan) Seperti halnya umat Muslim tidak sesuai dengan stereotype yang mentah, Amerika juga bukan stereotype mentah tentang sebuah kerajaan yang hanya punya kepentingan sendiri. Amerika Syarikat telah menjadi salah satu sumber kemajuan terbesar yang dikenali dunia. Kami lahir akibat revolusi melawan sebuah kerajaan. Kami didirikan berdasarkan sebuah idea bahwa semua orang diciptakan sama, dan kami telah menumpahkan darah dan berjuang selama berabad-abad untuk memberikan arti kepada kata-kata tersebut – di dalam batas negara kami, dan di sekeliling dunia. Kami terbentuk oleh setiap budaya, yang datang dari setiap sudut bumi, dan berdedikasi pada sebuah konsep sederhana: E pluribus unum: “Dari banyak menjadi satu”.

Banyak yang telah dikatakan mengenai fakta bahwa seorang Amerika keturunan Afrika dengan nama Barack Hussein Obama dapat terpilih sebagai presiden. (tepuk tangan) Tapi kisah peribadi saya bukanlah sesuatu yang unik. Mimpi akan kesempatan bagi semua belumlah terwujud bagi setiap orang di Amerika, tapi janji itu diberikan bagi semua yang datang ke pantai kami – termasuk hampir tujuh juta warga Muslim Amerika di negara kami saat ini yang memiliki pendapatan dan pendidikan lebih tinggi dari rata-rata. (tepuk tangan)

Lebih jauh lagi, kebebasan di Amerika tidaklah terpisahkan dari kebebasan mempraktikkan agama. Itu sebabnya ada masjid di setiap negara bahagian di negeri kami, dan ada lebih dari 1,200 masjid di negara kami. Itu sebabnya pemerintah Amerika telah maju ke pengadilan untuk membela hak wanita dan anak perempuan mengenakan hijab, dan untuk menghukum mereka yang mengingkarinya. (tepuk tangan)

Jadi janganlah ada keraguan: Islam adalah sebahagian dari Amerika. Dan saya percaya bahwa Amerika memegang kebenaran dalam dirinya bahwa terlepas dari ras, agama, dan posisi dalam hidup, kita semua memiliki aspirasi yang sama – untuk hidup dengan damai dan aman; untuk memperoleh pendidikan dan untuk bekerja dengan martabat; untuk mengasihi keluarga kita, masyarakat kita, dan Tuhan kita. Ini adalah hal-hal yang sama-sama kita yakini. Ini adalah harapan dari semua kemanusiaan.

Sudah pasti, mengenali persamaan kemanusiaan diantara kita adalah tugas awal kita. Justeru itu, ini adalah sebuah permulaan. Kata-kata saja tidak dapat memenuhi keperluan rakyat kita. Keperluan-keperluan itu baru terpenuhi jika kita bertindak berani di tahun-tahun mendatang; Dan kita harus bertindak dengan pemahaman bahwa tentangan-tentangan yang kita hadapi adalah tentangan bersama, dan kegagalan kita mengatasinya akan merugikan kita semua.

Karena kita telah belajar dari pengalaman baru-baru ini bahawa ketika sistem kewangan dilanda kegawatan di sesuatu negara, kemakmuran di negara tersebut turut terjejas dan rugi. Ketika jenis flu baru menulari satu orang, semua terkena risiko. Ketika satu negara membangun senjata nukliar, risiko serangan nukliar bagi semua negara turut ada. Ketika kelompok ekstrim keras beroperasi di satu rangkaian pergunungan, rakyat di seberang samudera pun turut menghadapi bahaya. Dan ketika mereka yang tak bersalah di Bosnia dan Darfur dibantai, itu menjadi noda dalam nurani kita bersama. (tepuk tangan) Itulah artinya berbagi dunia di abad ke-21. Inilah tanggung jawab kita kepada satu sama lain sebagai umat manusia.

Dan ini adalah tanggung jawab yang sulit. Karena sejarah manusia telah merakam berbagai bangsa dan suku yang mencoba menaklukkan satu sama lain demi kepentingan sendiri. Tapi di era baru ini, sikap seperti itu justeru akan mengalahkan diri sendiri. Karena kita saling bergantungan, setiap tatanan dunia yang mengangkat satu bangsa atau sekelompok orang lebih tinggi dari yang lain pada akhirnya akan gagal. Jadi apa pun fikiran kita mengenai masa lalu, kita tidak boleh terperangkap olehnya. Masalah-masalah kita harus ditangani dengan perhubungan dua hala, kemajuan harus dikecapi bersama. (tepuk tangan)

Nah, itu tidak berarti kita tidak mengindahkan sumber-sumber ketegangan. Justeru yang disarankan adalah sebaliknya: kita harus menghadapi ketegangan-ketegangan ini secara langsung. Dan dalam semangat ini, saya akan berbicara sejelas dan semudah mungkin mengenai isu-isu spesifik yang saya percaya akhirnya harus kita hadapi secara bersama.

Isu pertama yang harus kita hadapi adalah ekstrimisme fanatik dalam semua kewujudannya.

Di Ankara, saya telah menjelaskan bahwa Amerika tidak sedang – dan tidak akan pernah – berperang dengan Islam. (tepuk tangan) Kami akan, meski pun dalam keadaan demikian, tidak putus asa melawan kelompok ekstrim fanatik yang mengancam serius keamanan kami. Karena kami menolak apa yang juga ditolak oleh semua orang beragama: yaitu pembunuhan laki-laki, perempuan, dan anak-anak yang tidak bersalah. Dan adalah tugas saya yang pertama sebagai Presiden untuk melindungi rakyat Amerika.

Situasi di Afghanistan mendemonstrasikan sasaran-sasaran Amerika dan keperluan kita untuk bekerjasama. Lebih tujuh tahun lalu, Amerika Syarikat mengejar Al Qaida dan Taliban dengan sokongan internasional yang luas. Kami tidak melakukannya karena ada pilihan, kami melakukannya karena perlu. Saya sadar bahwa sejumlah orang mempertanyakan atau membenarkan peristiwa serangan 11 September. Tapi mari kita perjelas: Al Qaida membunuh hampir 3,000 orang pada hari itu. Para korban adalah kaum pemuda, wanita, dan anak-anak yang tidak bersalah dari Amerika dan banyak negara lain yang tidak berbuat apa-apa untuk melukai orang lain. Tapi Al Qaida memilih untuk dengan kejam membunuh mereka, tindakan itu dipuji oleh mereka, dan bahkan sekarang menyatakan tekad mereka untuk membunuh lagi dalam skala sangat besar. Mereka memiliki kaki tangan di banyak negara dan sedang mencoba untuk memperluas jangkauan mereka. Ini bukan pendapat yang perlu diperdebatkan; ini adalah fakta yang harus dihadapi.

Janganlah salah paham: kami tidak menginginkan tentara kami di Afghanistan. Kami tidak bercadang untuk mendirikan pengkalan tentera di sana. Sangat menyakitkan bagi Amerika untuk kehilangan nyawa banyak warga pemuda dan wanita kami. Adalah mahal dan sulit secara politik untuk melanjutkan konflik ini. Kami dengan senang hati akan memulangkan setiap tentara kami jika kami boleh yakin bahwa tidak ada kaum ekstrimis fanatik di Afghanistan dan Pakistan yang bertekad membunuh sebanyak mungkin orang Amerika sesuka hati mereka. Tetapi hal itu tidak bukanlah kenyataan yang ada sekarang.

Itulah sebabnya kami berhubung dengan kolabrasi 46 negara. Dan walaupun pembiayaan kos perang ini amat besar, niat Amerika tidak pernah luntur. Tidak satu pun dari antara kita yang seharusnya mentoleransi kaum ekstrimis fanatik seperti ini. Mereka telah membunuh di banyak negara. Mereka telah membunuh orang dari beragam agama – lebih dari yang lain, mereka telah membunuh umat Muslim. Tindakan-tindakan mereka sangat bertentangan dengan hak umat manusia, kemajuan bangsa-bangsa, dan dengan Islam. Kitab suci Al Quran mengajarkan bahwa siapa yang membunuh orang tak bersalah, maka ia seperti telah membunuh semua umat manusia; dan siapa yang menyelamatkan satu orang; maka ia telah menyelamatkan semua umat manusia. (tepuk tangan) Iman indah yang diyakini oleh lebih sejuta orang sungguh lebih besar daripada kebencian sempit sekelompok orang. Islam bukanlah sebahagian dari masalah dalam memerangi ekstrimisme fanatik – Islam haruslah menjadi sebahagian penting dari motivasi perdamaian.

Kami juga tahu bahwa kekuatan tentera saja tidak akan memecahkan masalah di Afghanistan dan Pakistan. Itu sebabnya kami bercadang untuk membuat pelaburan sebanyak 1.5 juta USD setiap tahun selama lima tahun akan datang untuk membantu warga Pakistan membangun sekolah, rumah sakit, jalan-jalan, dan usaha, dan ratusan juta untuk membantu mereka yang telah kehilangan tempat tinggal. Dan itu sebabnya kami menyediakan lebih dari 2.8 juta USD untuk membantu rakyat Afghanistan membangun ekonomi mereka dan menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh masyarakat disana.

Kini saya akan berbicara tentang masalah Irak. Tidak seperti Afghanistan, Irak adalah perang karena pilihan yang telah menimbulkan perbedaan-perbedaan kuat di negara saya dan di dunia. Meski saya percaya bahwa rakyat Irak pada akhirnya lebih baik tanpa tirani Saddam Hussein, saya juga percaya bahwa peristiwa-peristiwa di Irak telah mengingatkan Amerika tentang perlunya menggunakan diplomasi dan membangun konsensus untuk mengatasi masalah-masalah kita bila pun memungkinkan. (tepuk tangan) Kita bahkan dapat mengingat kata-kata salah satu presiden terbesar kami, Thomas Jefferson, yang mengatakan: “Saya berharap kebijakan kita akan bertambah sejalan dengan kekuatan kita, dan mengajarkan kita bahwa semakin sedikit kita menggunakan kekuatan, justru semakin besar kekuatan itu.”

Hari ini Amerika memiliki dua tanggung jawab: yaitu untuk membantu Irak membangun masa depan yang lebih baik, dan untuk menyerahkan Irak ke tangan rakyat Irak. (tepuk tangan) Saya telah menjelaskan kepada warga Irak bahwa kami tidak bercadang mendirikan pengkalan tentera di sana, dan tidak menjajah wilayah maupun sumber mereka. Kedaulatan Irak ada di tangan mereka sendiri. Itu sebabnya saya memerintahkan brigade-brigade tempur kami balik sampai bulan Ogos mendatang. Itu sebabnya kami akan menghormati kesepakatan kami dengan pemerintah Irak yang terpilih secara demokratis untuk menarik pasukan tempur dari kota-kota Irak pada Julai mendatang, dan untuk memulangkan semua tentara kami dari Irak pada tahun 2012. Kami akan membantu Irak melatih Tentara Keamanan dan membangun ekonominya. Tapi kami akan mendukung Irak yang aman dan bersatu sebagai sahabat dan tidak pernah sebagai pelindung.

Dan akhirnya, seperti halnya Amerika tidak pernah boleh mentoleransi kekerasan oleh kaum ekstrimis, kami tidak pernah boleh berkompromi dengan prinsip-prinsip kami. Serangan 11 September adalah trauma besar bagi negara kami. Rasa takut dan marah yang muncul karenanya bisa dipahami, tapi dalam banyak hal, itu telah membuat kami bertindak berlawanan dengan pemikiran-pemikiran kami. Kami sedang mengambil langkah-langkah konkrit untuk mengubah arah. Saya telah sepenuhnya melarang praktik penyiksaan oleh Amerika Syarikat, dan saya telah memerintahkan penutupan penjara di Teluk Guantanamo awal tahun depan.

Jadi Amerika akan membela diri, dengan menghormati kedaulatan bangsa-bangsa dan aturan hukum. Dan kami akan melakukannya dalam kemitraan dengan masyarakat-masyarakat Muslim yang juga terancam. Semakin cepat kaum ekstrimis diisolasi dan diusir dari dalam masyarakat-masyarakat Muslim, semakin cepat kita semua akan menjadi selamat.

Sumber ketegangan besar yang kedua yang perlu kita diskusikan adalah situasi antara warga Israel, Palestina, dan dunia Arab.

Ikatan yang kuat antara Amerika dan Israel telah banyak diketahui. Ikatan ini tidak dapat dipatahkan. Ini lahir berdasarkan ikatan budaya dan sejarah, serta pengakuan bahwa aspirasi atas sebuah tanah air Yahudi berakar dari sebuah sejarah tragis yang tidak bisa diingkari.

Di seantero dunia, kaum Yahudi telah ditindas selama berabad-abad, dan anti-Semitisme di Eropa memuncak dalam peristiwa Holocaust yang tidak pernah ada sebelumnya. Besok saya akan mengunjungi Buchenwald yang menjadi bagian dari jaringan kamp-kamp tempat kaum Yahudi diperbudak, disiksa, ditembak, dan digas hingga tewas oleh Third Reich. Enam juta orang Yahudi terbunuh – lebih banyak dari seluruh populasi Yahudi di Israel hari ini. Mengingkari fakta tersebut adalah tidak berdasar, bodoh, dan penuh kebencian. Mengancam Israel dengan penghancuran – atau mengulangi stereotype keji tentang umat Yahudi – sungguh sangat salah dan hanya akan membangkitkan kembali ingatan yang terperih di benak umat Yahudi , ia mencegah perdamaian yang patut dimiliki rakyat di kawasan ini.

Di sisi lain, tidak bisa diingkari bahwa rakyat Palestina – baik yang Muslim maupun yang Kristian – telah menderita dalam perjuangan memperoleh tanah air. Lebih dari enam puluh tahun, mereka telah merasakan sakitnya tidak memiliki tempat tinggal. Banyak yang menunggu di kamp-kamp pengungsi di Tepi Barat, Gaza, dan tanah-tanah tetangga untuk sebuah kehidupan yang damai dan aman yang belum pernah mereka jalani. Mereka menerima hinaan setiap hari – besar dan kecil – yang hadir bersama pendudukan. Jadi janganlah ada keraguan: situasi yang dihadapi rakyat Palestina tidaklah dapat ditoleransi. Amerika tidak akan bersikap tidak acuh terhadap aspirasi sah Palestina atas martabat, kesempatan, dan sebuah negara milik mereka sendiri. (tepuk tangan)

Selama beberapa dekad, yang ada hanyalah jalan buntu: Dua rakyat dengan aspirasi yang sah, masing-masing memiliki sejarah menyakitkan yang membuat kompromi sulit dilakukan. Adalah mudah untuk menuding – rakyat Palestina menuding hilangnya tempat tinggal akibat berdirinya negara Israel, dan rakyat Israel menuding permusuhan yang terus menerus dan serangan dari dalam batas negaranya sendiri dan dari luar sepanjang sejarah negara tersebut. Tapi jika kita melihat konflik ini hanya dari satu sisi mana pun, maka kita akan dibutakan dari kebenaran: satu-satunya resolusi adalah aspirasi kedua pihak diwujudkan melalui dua negara, di mana rakyat Israel dan Palestina masing-masing hidup dalam damai dan keamanan. (tepuk tangan)

Ini adalah kepentingan Israel, kepentingan Palestina, dan kepentingan Amerika. Itu sebabnya saya berniat untuk secara pribadi mengejar hasil ini, dengan segala kesabaran yang dituntut oleh tugas ini. (tepuk tangan) Kewajiban-kewajiban yang telah disepakati pihak-pihak menurut Peta Jalan telah jelas. Supaya perdamaian terwujud, waktunya bagi mereka – dan bagi kita semua – untuk melakukan tanggung jawab kita.

Warga Palestina harus meninggalkan kekerasan. Perlawanan lewat kekerasan dan pembunuhan adalah salah dan tidak akan berhasil. Selama berabad-abad, rakyat kulit hitam di Amerika menderita hentakan pecut sebagai budak dan penghinaan akibat pemisahan berdasarkan warna kulit. Tetapi bukan kekerasan yang memenangkan hak-hak persamaan sepenuhnya. Sebuah tuntutan damai namun penuh tekad bagi realisasi kondisi ideal yang merupakan inti dari pendirian Amerika. Kisah sama ini juga diceritakan oleh rakyat mulai dari Afrika Selatan sampai Asia Selatan; dari Eropah Timur sampai Indonesia. Sebuah kisah yang mengandung kebenaran yang sederhana: bahwa kekerasan merupakan sebuah jalan buntu. Bukanlah sebuah tanda keberanian atau kekuasaan kalau menembak roket ke anak-anak yang sedang tidur, atau meledakkan perempuan tua di dalam bas. Itu bukanlah cara untuk memartabatkan moral namun itu merupakan cara untuk menghilangkannya.

Kini waktunya untuk warga Palestina memusatkan perhatian kepada apa yang boleh mereka bangunkan. Penguasa Palestina harus mengembangkan kemampuan untuk memerintah, dengan institusi yang melayani kebutuhan rakyatnya. Hamas memiliki dukungan di sebagian kalangan rakyat Palestina, tetapi mereka juga punya tanggungjawab. Guna memainkan peranan yang memenuhi aspirasi rakyat Palestina, dan untuk mempersatukan rakyat Palestina, Hamas harus mengakhiri kekerasan, menghormati persetujuan di masa lalu dan mengakui hak eksistensi Israel.

Secara bersamaan, rakyat Israel harus mengakui bahwa sebagaimana hak Israel untuk terus hidup tidak bisa dibantah, demikian pula halnya dengan hak Palestina. Amerika Syarikat tidak menerima keabsahan dari mereka yang berniat melenyapkan Israel ke dalam laut, tetapi kami juga tidak menerima keabsahan dari penerusan pembangunan pemukiman (tepuk tangan) Yahudi. Pekerjaan konstruksi ini melanggar persetujuan sebelumnya dan melemahkan usaha mencapai perdamaian. Sudah tiba waktunya pembangunan pemukiman ini dihentikan. (tepuk tangan)

Israel harus memenuhi kewajibannya untuk memastikan rakyat Palestina bisa hidup dan bekerja serta membangun masyarakat mereka. Selain menghancurkan banyak keluarga Palestina, terus berlangsungnya krisis kemanusiaan di Gaza juga tidak memperkuat keamanan Israel; begitu pula halnya dengan terus berlangsungnya kelangkaan peluang di Tepi Barat. Kemajuan dalam kehidupan sehari-hari rakyat Palestina harus menjadi sebahagian dari peta jalan menuju perdamaian, dan Israel harus mengambil langkah-langkah konkrit untuk memberdayakan kemajuan semacam itu.

Akhirnya, Negara-Negara Arab harus menyadari bahwa Inisiatif Perdamaian Arab merupakan awal yang penting, tetapi bukan akhir dari tanggung jawab mereka. Konflik Arab – Israel tidak bisa lagi dipakai untuk mengalihkan perhatian rakyat negara-negara Arab dari masalah-masalah lainnya. Sebaliknya, konflik itu harus menjadi penggerak untuk membantu rakyat Palestina mengembangkan institusi yang akan melanggengkan negara mereka; mengakui hak Israel; serta memilih kemajuan ketimbang fokus pada masa lalu yang begitu melemahkan.

Amerika akan menyesuaikan kebijakannya dengan mereka yang memperjuangkan perdamaian dan mengatakan secara terbuka apa yang kami katakan secara peribadi kepada warga Israel, Palestina, dan Negara-Negara Arab. (tepuk tangan) Kita tidak boleh memaksakan perdamaian. Tetapi secara pribadi, banyak orang Muslim menyadari bahwa Israel tidak akan lenyap; juga banyak orang Israel menyadari perlunya kehadiran sebuah negara Palestina. Waktunya sudah tiba bagi kita untuk bertindak berdasarkan apa yang oleh setiap orang diketahui merupakan hal yang benar.

Terlalu banyak air mata sudah dititiskan. Terlalu banyak darah sudah ditumpahkan. Kita semua memiliki tanggungjawab untuk berjuang menciptakan sebuah masa dimana para ibu Israel dan Palestina boleh menyaksikan anak-anak mereka tumbuh tanpa ketakutan; masa dimana Tanah Suci dari ketiga agama besar merupakan tempat perdamaian yang diinginkan Allah; masa dimana Jerusalem merupakan tempat tinggal aman dan sejahtera bagi orang Yahudi dan Kristian dan Muslim, dan merupakan sebuah tempat untuk semua keturunan Ibrahim hidup bersama secara damai sebagaimana dikisahkan dalam ISRA, ketika Musa, Jesus dan Muhammad (damai bersama mereka) bergabung dalam ibadah doa. (tepuk tangan)

Sumber ketegangan ketiga adalah kepentingan kita bersama sehubungan hak-hak dan tanggung jawab negara-negara atas senjata nukliar. Isu ini menjadi sumber ketegangan baru-baru ini antara Amerika dan Republik Islam Iran. Selama bertahun-tahun, Iran mendefinisikan dirinya sebagian lewat oposisinya terhadap negara saya, dan memang ada sejarah yang hitam di antara kami. Di tengah-tengah Perang Dingin, Amerika memainkan peranan dalam penggulingan pemerintah Iran yang terpilih secara demokratik. Sejak Revolusi Islam, Iran telah memainkan peranan dalam tindak penyanderaan dan kekerasan terhadap pasukan dan warga civil Amerika. Sejarah ini diketahui secara luas. Daripada terperangkap dalam masa lalu, saya telah menjelaskan kepada para pemimpin dan rakyat Iran bahwa negara saya siap untuk melangkah maju. Pertanyaannya kini, bukanlah apa yang ditentang Iran, tetapi masa depan apa yang ingin dibangunnya.

Sukar untuk mengatasi puluhan tahun ketidakpercayaan, tetapi kami akan maju dengan keberanian, kebenaran dan tekad. Banyak isu yang harus dibahas oleh kedua negara kita, dan kami siap melangkah maju tanpa prasyarat namun didasarkan pada sikap saling menghormati. Tetapi jelas bagi semua pihak yang berkepentingan bahawa dalam soal senjata nukliar kita telah mencapai titik yang menentukan. Ini bukan sekedar terkait kepentingan Amerika, ini berhubungan dengan pencegahan perlombaan senjata nukliar yang bisa menyebabkan wilayah ini terjerumus ke dalam jalur sangat berbahaya dan menghancurkan tatanan non-proliferasi global.

Saya memahami mereka yang memprotes bahwa beberapa negara memiliki senjata sementara yang lainnya tidak. Tidak satupun negara boleh menentukan negara-negara mana yang boleh memiliki senjata nukliar. Itulah sebabnya saya secara kuat mempertegas komitmen Amerika untuk mengusahakan sebuah dunia di mana tak satu pun negara memiliki senjata nuklir. (tepuk tangan) Dan setiap negara – termasuk Iran – harus punya akses ke energi nukliar untuk tujuan damai apabila ia patuh pada tanggung jawabnya dibawah Persetujuan Non-Proliferasi Nukliar. Komitmen itu merupakan inti dari Persetujuan itu, dan harus diberikan kepada semua pihak yang mematuhinya.

Isu keempat yang akan saya tanggapi adalah demokrasi. (tepuk tangan)

Saya percaya pada sebuah sistem pemerintahan yang memberi hak bersuara kepada rakyatnya, dan yang menghormati penegakan hukum serta hak untuk semua manusia. Saya tahu bahwa ada kontroversi tentang penggalakkan demokrasi dalam tahun-tahun terakhir ini, dan sebagian dari kontroversi ini terkait dengan perang di Irak. Saya perjelas: sistem pemerintahan apa pun tidak bisa dipaksakan kepada sebuah negara oleh negara lainnya.

Tetapi hal itu tidak mengurangi komitmen saya kepada negara-negara yang mencerminkan keinginan rakyatnya. Setiap negara menghidupkan prinsip-prinsipnya dengan caranya sendiri, yang berasal dari tradisi rakyatnya. Amerika tidak berpura-pura tahu apa yang terbaik untuk semua orang, sebagaimana juga kami tidak berpretensi bahwa kami bisa menentukan hasil dari sebuah pemilihan damai. Tetapi saya memiliki keyakinan yang tidak bisa ditawar-tawar lagi bahwa semua orang merindukan hal-hal tertentu: Kemampuan untuk mengungkapkan pendapat dan ikut menentukan bagaimana bentuk pemerintahan; mempercayai penegakan hukum dan penyelenggaraan keadilan yang sama untuk setiap orang; pemerintahan yang transparan dan tidak mencuri dari rakyatnya; kebebasan untuk hidup sesuai pilihan masing-masing. Itu bukan sekedar idea-idea Amerika, itu adalah hak asasi manusia dan oleh karena itu kami akan mendukungnya di mana saja.

Tak ada garis lurus untuk menciptakan janji itu. Tetapi yang jelas adalah: pemerintahan-pemerintahan yang melindungi hak-hak ini pada akhirnya akan lebih stabil, sukses dan aman. Tak ada garis lurus untuk menciptakan janji itu. Tetapi yang jelas adalah: Memberangus ide-ide tidak pernah berhasil melenyapkannya. Amerika menghormati hak-hak dari semua suara damai dan patuh hukum agar didengar di seluruh dunia meskipun kita tidak sepakat dengan mereka. Dan kami menyambut gembira semua pemerintahan terpilih dan damai – asalkan mereka memerintah dengan menghormati rakyatnya. Dimanapun kekuasaan itu berada, pemerintahan dari rakyat dan untuk rakyat merupakan standart tunggal untuk semua pihak yang memegang kekuasaan, Butir ini penting karena ada yang memperjuangkan demokrasi hanya pada saat mereka tidak berkuasa; setelah berkuasa, mereka secara keji memberangus hak-hak orang lain. (tepuk tangan) Di manapun kekuasaan itu berada, pemerintahan dari rakyat dan untuk rakyat merupakan standart tunggal untuk semua pihak yang memegang kekuasaan. anda harus mempertahankan kekuasaan lewat konsensus, bukan pemaksaan; anda harus menghormati hak-hak minoritas, dan terlibat dalam semangat toleransi dan kompromi, anda harus mendahulukan kepentingan rakyat anda dan usaha sah dari proses politik di atas kepentingan partai. Tanpa ramuan ini pemilihan saja tidak akan menciptakan demokrasi yang murni.

ANGGOTA HADIRIN: Barack Obama, kami cinta anda!

PRESIDEN OBAMA: Terima kasih. (tepuk tangan)

Isu kelima yang harus kita tanggapi bersama adalah kebebasan beragama. Islam memiliki sebuah tradisi toleransi yang patut dibanggakan. Kita menyaksikan hal ini dalam sejarah Andalusia dan Kordoba. Saya menyaksikan hal itu langsung ketika masih kanak-kanak di Indonesia, di mana warga Kristian yang saleh bebas beribadah di sebuah negara yang majoriti penduduknya Muslim. Itulah semangat yang kita perlukan kini. Orang di setiap negara harus bebas memilih dan menjalankan keyakinan mereka berdasarkan keyakinan pikiran, hati dan jiwa. Toleransi ini penting agar agama bisa berkembang, tetapi juga ditentang dengan berbagai cara.

Di kalangan Muslim tertentu ada kecenderungan yang merisaukan, yakni mengukur kedalaman keyakinan diri sendiri melalui penolakan keyakinan orang lain. Kepelbagaian agama yang memperkaya harus ditegakkan – apakah itu kelompok Maronit di Lebanon atau Kopti di Mesir. (tepuk tangan) Dan garis pemisah juga harus dihilangkan di antara warga Muslim, sebagaimana perpecahan antara Sunni dan Syiah telah mengakibatkan kekerasan yang tragis, khususnya di Irak.

Kebebasan beragama penting bagi kemampuan rakyat hidup bersama. Kita harus senantiasa menelaah cara-cara yang kita pakai untuk melindunginya. Misalnya, di Amerika Syarikat, peraturan sumbangan amal telah mempersulit warga Muslim untuk memenuhi kewajiban agama mereka. Itulah sebabnya saya bertekad untuk bekerja sama dengan warga Muslim Amerika guna memastikan mereka boleh memenuhi zakat.

Juga penting agar negara-negara Barat mencegah larangan kepada warganegara Muslim untuk mempraktikkan agama sesuai kehendak mereka – misalnya, dengan memaksa pakaian apa yang boleh dikenakan seorang perempuan Muslim. Sederhananya, kita tidak boleh menyembunyikan ketidaksenangan terhadap agama apapun dengan alasan liberalisme.

Keyakinan seharusnya mempersatukan kita. Itulah sebabnya kami mengikhtiarkan projek-projek di Amerika yang mempertemukan warga Kristian, Muslim dan Yahudi. Itulah sebabnya kami menyambut gembira usaha dialog Antara Agama Raja Abdullah dan kepemimpinan Turki dalam Kerjasama Keberadaban. Di seluruh dunia kita bisa memanfaatkan dialog menjadi pelayanan Antara Keyakinan, sehingga jambatan di antara berbagai rakyat mengarah pada tindakan – apakah itu berupa perang melawan malaria di Afrika atau menyediakan bantuan bencana alam.

Isu keenam yang ingin saya tanggapi adalah hak-hak perempuan.

Saya tahu ada perdebatan tentang isu ini. Saya menolak pandangan beberapa pihak di Barat bahwa perempuan yang memilih untuk menutupi rambutnya seakan-akan tidak memiliki persamaan hak, tetapi saya juga berpendapat bahwa seorang perempuan yang tidak bisa menikmati pendidikan tidak diberi kesamaan hak. Dan bukan kebetulan bahwa negara-negara di mana kaum perempuannya terdidik secara baik juga makmur.

Saya perjelas: isu-isu mengenai persamaan hak perempuan bukan semata-mata merupakan isu untuk Islam. Di Turki, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia, kita saksikan di negara-negara yang majoriti penduduknya Muslim, mereka memilih seorang perempuan untuk memimpin. Sementara itu, perjuangan bagi persamaan hak perempuan masih terus merupakan aspek dalam kehidupan di Amerika, dan di negara-negara di seluruh dunia. Itulah sebabnya Amerika akan bermitra dengan setiap negara yang majoriti penduduknya Muslim guna mendukung perluasan pemberantasan buta huruf untuk perempuan, dan membantu perempuan muda memperjuangkan pekerjaan melalui pinjaman untuk usaha kecil yang membantu rakyat merealisasikan cita-cita mereka.

Saya yakin putri-putri kita bisa menyumbang kepada masyarakat setara seperti putra-putra kita, (tepuk tangan) dan kemakmuran kita bersama bisa dimajukan dengan memberi kesempatan kepada semua orang – laki-laki dan perempuan – mencapai potensi mereka sepenuhnya. Saya berpendapat perempuan tidak harus membuat pilihan sama seperti laki-laki agar mencapai kesamaan, dan saya menghormati perempuan yang memilih peranan tradisional dalam menjalankan kehidupan mereka. Tetapi hal itu haruslah merupakan pilihan mereka sendiri.

Akhirnya, saya ingin membahas pembangunan ekonomi dan kesempatan.

Saya tahu untuk banyak kalangan, wajah globalisasi bertentangan. Internet dan televisyen bisa mengantarakan pengetahuan dan informasi, tetapi juga seksualitas yang bersifat ofensif dan kekerasan tak berperi kemanusiaan. Perdagangan bisa menciptakan kekayaan dan peluang baru, tetapi juga gangguan dan perubahan pada masyarakat. Di semua negara – termasuk negara saya – perubahan ini bisa menyebabkan ketakutan. Ketakutan karena akibat modernisasi kita kehilangan kendali atas pilihan ekonomi kita, politik kita dan yang terpenting, identiti kita – hal-hal yang paling kita hargai dari masyarakat kita, keluarga kita, tradisi kita dan keyakinan kita.

Tetapi saya juga tahu kemajuan manusia tidak bisa ditampik. Tidak perlu ada kontradiksi antara pembangunan dan tradisi. Negara seperti Jepun dan Korea Selatan membina ekonomi mereka sambil tetap mempertahankan budaya mereka. Hal yang sama juga berlaku pada kemajuan mengagumkan dalam Islam mulai dari Kuala Lumpur sampai ke Dubai. Di masa kuno dan di masa kita, masyarakat Muslim membuktikan bahwa mereka mampu berada di garis depan inovasi dan pendidikan.

Ini penting karena tak ada strategi pembangunan yang semata-mata didasarkan pada apa yang dihasilkan tanah, dan strategi pembangunan juga tidak bisa dipertahankan kalau generasi mudanya tidak memiliki pekerjaan. Banyak Negara Teluk menikmati kekayaan sebagai akibat penghasilan minyaknya, dan beberapa sudah mulai memusatkan perhatian pada pembangunan yang lebih luas. Tetapi kita semua harus menyadari bahwa pendidikan dan inovasi akan menjadi faktor penentu dari abad ke 21. (tepuk tangan) dan di banyak masyarakat Muslim masih kekurangan investasi dalam bidang-bidang ini.Saya tekankan hal itu di negara saya. Dan sementara Amerika di masa lalu memusatkan perhatian pada minyak dan gas alam di bagian dunia ini, kami kini menghendaki hubungan yang lebih luas.

Dalam pendidikan, kami akan memperluas program pertukaran dan memperbanyak biasiswa, seperti yang mengantar ayah saya ke Amerika, sementara juga mendorong lebih banyak warga Amerika untuk belajar di tengah masyarakat Muslim. Dan kami akan menempatkan siswa-siswa Muslim yang menjanjikan di tempat-tempat magang di Amerika; melakukan investasi dalam pembelajaran online untuk guru-guru dan anak-anak di seluruh dunia; dan menciptakan jaringan online baru, sehingga seorang remaja di Kansas mampu berkomunikasi langsung dengan remaja di Kaherah.

Dalam rangka pembangunan ekonomi, kami akan menciptakan sebuah koperasi relawan bisnis baru untuk bermitra dengan counterpartnya di negara-negara yang mayoritas penduduknya Muslim. Dan saya akan menyelenggarakan KTT Kewiraswastaan tahun ini untuk mengidentifikasi bagaimana kita bisa mempererat hubungan antara pemimpin bisnis, yayasan dan pelancongan sosial di Amerika dan masyarakat Muslim di seluruh dunia.

Dalam bidang sains dan teknologi, kami akan meluncurkan sebuah dana baru untuk mendukung pembangunan teknologi di negara-negara yang majoriti penduduknya Muslim, dan membantu mentransfer idea-idea ke pasar-pasar sehingga tercipta lapangan pekerjaan. Kami akan membuka pusat keunggulan sains di Afrika, Timur Tengah dan Asia Tenggara serta mengangkat Utusan Sains baru untuk bekerja sama dalam program-program yang mengembangkan sumber energi baru, menciptakan lapangan pekerjaan hijau, digitalisasi catatan, air bersih dan menumbuhkan tanaman panen baru. Dan hari ini saya mengumumkan sebuah usaha global baru bersama Organisasi Konferensi Islam guna memberantas polio. Dan kita juga akan memperluas kemitraan dengan masyarakat Muslim guna menggalakkan kesihatan anak dan ibu.

Semua ini harus dilakukan lewat kemitraan. Rakyat Amerika siap bergabung dengan warganegara dan pemerintahan; organisasi kemasyarakatan, pemimpin agama dan bisnis di masyarakat Muslim diseluruh dunia guna membantu rakyat kita memperjuangkan kehidupan yang lebih baik.

Isu-isu yang telah saya uraikan tidak mudah ditanggapi. Tetapi kita punya tanggung jawab untuk bergabung demi memperjuangkan dunia yang kita cita-citakan – sebuah dunia di mana ekstremis tidak lagi mengancam rakyat kita, dan pasukan Amerika bisa pulang; sebuah dunia di mana rakyat Israel dan Palestina masing-masing memiliki negara mereka sendiri yang aman, dan energi nukliar dipergunakan untuk tujuan damai; sebuah dunia di mana pemerintahan melayani warganegaranya serta hak-hak dari semua umat Allah dihormati. Ini merupakan kepentingan bersama. Itulah dunia yang kita cita-citakan, tetapi hal itu hanya kita bisa capai bersama.

Saya tahu ada banyak - Muslim dan non-Muslim - yang mempertanyakan apakah kita bisa membina permulaan baru ini. Beberapa ingin menghasut api perpecahan, dan menghalangi kemajuan. Beberapa mengatakan hal ini tidak ada gunanya – bahwa kita sudah ditakdirkan untuk berseteru dan berbagai peradaban ditakdirkan beradu. Banyak lagi yang sekedar skeptis bahwa perubahan nyata bisa terselenggara. Begitu banyak ketakutan, begitu banyak ketidak percayaan. Tetapi kalau kita memilih untuk terperangkap dalam masa lalu maka kita tidak pernah akan melangkah maju. Dan saya secara khusus ingin mengatakan kepada generasi muda dari setiap kepercayaan, di setiap negara – anda, lebih dari orang lain, memiliki kemampuan untuk menata kembali dunia, menyusun kembali dunia.

Kita semua menghuni dunia ini untuk waktu yang singkat. Pertanyaannya adalah apakah kita melewatkan waktu itu terpusat pada hal-hal yang memecah belah kita, atau apakah kita mendedikasikan diri pada usaha – usaha berkesinambungan – untuk mencapai kesamaan, memusatkan perhatian pada masa depan bagi anak-anak kita dan menghargai harga diri semua insan manusia?

Hal-hal ini tidaklah mudah. Lebih mudah memulai perang daripada menghentikannya. Lebih mudah menuduh pihak lain daripada melakukan introspeksi diri; untuk melihat apa yang berbeda pada diri seseorang ketimbang menemukan kesamaan kita. Tetapi ada pula sebuah aturan yang merupakan inti setiap agama – bahwa kita memperlakukan orang lain sebagaimana kita ingin diperlakukan oleh mereka. Kebenaran ini berlaku lintas negara dan lintas rakyat – sebuah keyakinan yang tidak baru, yang tidak hitam atau putih atau coklat; bukan kebenaran Kristen, atau Muslim atau Yahudi. Ini merupakan keyakinan yang berdetak dalam dari buaian keberadaban, dan masih tetap berdetak dalam jantung miliaran manusia. Ini merupakan rasa percaya pada orang lain, dan hal itulah yang membawa saya kesini hari ini.

Kita memiliki kekuatan untuk menciptakan dunia yang kita cita-citakan, tetapi hanya apabila kita punya keberanian untuk memasuki awal yang baru, sambil ingat pada apa yang tertulis.

Al-Kitab Suci Al Quran mengatakan kepada kita, “Wahai manusia! Sesungguhnya kami telah ciptakan kamu sekalian dari jenis laki-laki dan perempuan dan menjadikan kamu sekalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal mengenal…” Talmud mengatakan kepada kita: “Seluruh Torah adalah untuk maksud menggalakkan perdamaian.” Kitab Suci Injil mengatakan pada kita, “Diberkatilah pencipta perdamaian, karena mereka akan disebut putra-putra Allah.” (tepuk tangan)

Rakyat seluruh dunia bisa hidup bersama dalam damai. Kita tahu itu merupakan visi Allah. Kini, itu menjadi kewajiban kita di Dunia. Terima kasih. Dan semoga damai Allah bersama anda. Terima kasih banyak. Terima kasih (tepuk tangan)

Universiti Teknologi MARA (UiTM) - Dipilih oleh Pembaca Reader Digests sebagai Jenama Yang Dipercayai 2009 Dalam Kategori Universiti

Reader's Digest Asia Trusted Brands Survey telah dilancarkan pada tahun 1999 dan kini ia telah menjangkau usia 11 tahun. Survey tersebut mengenalpasti jenama yang paling diperakui dari segi kualiti, harga yang berpatutan, kredibiliti, memahami kehendak pengguna, tanggungjawab sosial, dan digemari oleh pengguna Asia.

Ia adalah suatu perakuan jujur daripada pengguna sendiri terhadap sesuatu produk, agensi, universiti dan sebagainya yang digemari, disukai dan dipercayai oleh pengguna atau pelanggan. Survey tersebut dijalan oleh Nielsen melalui soalselidik, temubual melalui telefon secara rambang di Hong Kong, India, China, Malaysia, Filipina, Singapura,Taiwan, dan Thailand.

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
telah terpilih sebagai penerima anugerah emas dalam kategori universiti di Malaysia oleh Reader's Digest Asia Trusted Brands Survey, turut menerima anugerah tersebut ialah UM dan USM.Tahniah kepada semua warga UiTM di atas anugerah tersebut. Semoga ia menjadi motivasi kepada kita semua untuk berkerja lebih keras pada masa hadapan.

Wednesday, June 10, 2009

Syair Hamzah Fansuri - Part XVIII


1. Raja Haqq dengan adanya
Da'im bermain dengan hambanya
Olehnya nyata dengan asmanya
Terlalu ghalib dengan mukanya

2. Iya itu raja yang raya
Bernama wahid yang kaya
Pertipu dan banyak daya
Da'im berlindung di dalam saya

3. Hikmatnya berbagai-bagai
Menjadi ibu dan bapai
Olehnya iya tahu memakai
Itulah banyak orang terlalai

4. Sifatnya akan katanya
Menjadi padang segala hambanya
Olehnya sangat nyata rupanya
Terlalu gaib asal mulanya

5. Bertudung terlalu rajin
Berbunyi diluar kain
Kainnya itu bukannya lain
Dengan dirinya ia bermain

6. Sekali muda dan sopan
sekali tua beruban
Uzlatnya berbulan-bulan
Mencari tuhan di dalam hutan

7. Sekali menjadi sufi
Sekali menjadi syawqi
Sekali menjadi ruhi
Gusar dan masam di atas bumi

8. Sekali pandai dan utus
Sekali lapar dan kurus
Sekali menjadi yunus
Di dalam ikan terlalu lurus

9. Sekali menjadi dagang
sekali kawan berladang
Sekali hartanya alang-alang
Da'im berlayar dihujung karang

10. Sekali bernama guruh
Sekali bernama suluh
Sekali menjadi musuh
Da'im mengharu didalam tubuh

11. Sekali menjadi kurban
Sekali menjadi 'uryan
Sekali menbawa burhan
Di bumi Mekah dan ayat al-Quran

12. Sekali menjadi thalib
Sekali menjadi gaib
Sekali menjadi ta'ib
Di dalam dunia terlalu galib

13. Ia itu raja yang fa'iq
Bernama sultan yang khaliq
Lagi la ma'syuq lagi ia 'asyiq
Dengan dirinya da'im Ia natiq

14. Cahayanya terlalu nyarak
Dengan rupanya kita yang banyak
Ia juga takir dan arak
Jangan kau cari jauh hai anak

15. Hamzah Fansuri terlalu ghafil
Kau sangka mahbub mu berha'il
Da'im kau cara jalan yang batil
Di manakan dapat lekas kau wasil

Tuesday, June 9, 2009

Tahniah Kepada Naib Canselor UiTM..!!!!


Naib Canselor UiTM telah dianugerahkan pingat kebesaran DARJAH KEBESARAN PANGLIMA SETIA MAHKOTA (P.S.M) oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong semasa hari keputeraan Baginda pada 6 Jun 2009 baru-baru ini, dengan anugerah tersebut beliau bergelar Tan Sri, sehubungan dengan itu, gelaran rasmi beliau sekarang ialah Tan Sri Dato Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah. Sesungguhnya darjah kebesaran tersebut adalah tanda penghargaan kerajaan ke atas sumbangan yang telah dimainkan oleh beliau dalam pembangunan pendidikan anak bumiputera dan ia adalah juga penghargaan kepada semua warga UiTM. Tahniah Tan Sri Dato Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah...!

Syair 1 Malaysia Part 1

Memanda Menteri punya kata
Satu Malaysia punya cerita
Rakyat semua diberi pertama
Pencapaian terbaik diberi utama

Rakyat Malaysia ramainya bangsa
Melayu, Peribumi, Cina dan India
Mari kita semua bersama
Membangun negara Malaysia tercinta

Semua rakyat mesti bersama
Membina satu bangsa Malaysia
Tunjukkan kepada seanterio dunia
Kita mampu maju bersama

Semua Menteri perlu terbuka
Menerima kritik untuk membina
Jangan marah jangan terhina
Jika rakyat memberikan kata

Semua Menteri perlu membuka
Membina jalan untuk bersemuka
Berjumpa rakyat mengenal perkara
Semua masalah dihati membara

Memanda Menteri telah berkata
Rakyat dan Kerajaan perlu bersama
Rakyat memberi Kerajaan menerima
Kerajaan memberi Rakyat menerima

Kekayaan negara diagih bersama
Itu prinsip satu Malaysia
Miskin dibantu kaya menderma
Buang sifat tamak haloba

Dari rakyat kerajaan terbina
Kepada kerajaan rakyat bahagia
Baru bererti satu Malaysia
Semua bangsa muafakat bersama



Ahmad Rais Johari
UiTM
Syair - 1 Malaysia Part 1.

Monday, June 8, 2009

Seni dan Keindahan - Oleh HAMKA

Nampak keindahan pada seluruh alam, baik dibumi mahupun dilangit. Timbul pelbagai rasa dalam naluri bila melihat keindahan itu, kagum kerana kecantikannya, sedih kerana ia tidak dihargai, pilu kerana ia diterokai, terharu kerana dengan kekuasaanNya menciptakan. Terasa kecil diri ini merenung kuasa yang Maha Besar dan ghaib itu.

Tergerak manusia hendak menyatakan apa yang terasa dihati.Mulanya dengan ringkas dan sederhana, cukup dua tiga patah kalimat. Maka adalah manusia yang pertama itu serupa juga dengan anak kecil yang baru lahir, belajar menelungkup, meniarap, merangkak, berjalan. Meniru bahasa sekalimat demi sekalimat.

Bertambah lama bertambah luas yang dilihat, didengar dan dirasa, bertambah pula kesanggupan lidah mengucapkan yang dirasa itu hingga kian lama kian banyak dan menjadi suatu bahasa. Bertambah banyak yang diketahui, bertambah tinggi perasaan. Disinilah asal perasaan halus dan keindahan. Dan dari sanalah pada mulanya dapat kita melihat ahli seni dalam kesederhanaan tumbuhnya.

Iklim sesuatu negeri dan persekitarannya tidaklah sama, ada negera yang telah maju , ada negara yang membangunan dan ada juga yang mundur. Dikalangan yang lebih maju, perasaan nya lebih halus dan kebudayaannya lebih tinggi. Keinginan hendak mengetahui rahsia tersembunyi dalam alam menyuburkan tumbuhnya khayal, dan khayal itulah telaga seni. Oleh sebab itu, pada permulaannya, boleh dikatakan bahawasanya syair adalah jelmaan perasaan halus, falsafah sebagai usaha fikiran mencari rahsia itu dan agama adalah tujuannya yang akhir.

Maka dapat disimpulkan bahawa syair itu telah lama timbul, sebelum ilmu bertambah, maka perasaanlah yang terlebih dahulu memenuhi jiwa manusia. Jadi sebelum orang masuk mempelajari falsafah seumpamanya falsafah Yunani, orang terlebih dahulu akan bertemu dengan zaman syair, apa yang didapati oleh ahli syair itulah yang kemudiannya dikupas dengan fikiran ahli falsafah.

Falsafah itu kelak yang mencari dimana kesatuan daripada segala rahsia itu, siapakah Yang Maha Kuasanya? baik kekuatan itu pada tubuh alam semesta sendiri atau diluarnya. Itulah permulaan agama, yang tiga ini, iaitu syair, falsafah dan agama beredar dalam kehidupan manusia sebagai hasil daripada sifat akalnya iaitu perasaan, fikiran dan kemahuan.

Friday, June 5, 2009

Ar-Rahman dan Ar-Rahim - Sumber Titik Pertemuan Membangunkan 1Malaysia

Asas kepada pembinaan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh Y.A.B Perdana Menteri kita, Dato' Seri Najib Tun Razak, adalah meletakan semua rakyat Malasia tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan untuk membangunkan negara Malaysia secara bersama dengan menyerap sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim sebagai asas perpaduan bangsa malaysia dalam merialisasi misi dan visi 2020 yang pernah diilhamkan Tun Dr. Mahatdhir Mohammad. Beliau menyeru semua rakyat Malaysia berganding bahu bersama beliau membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan GLOKAL, acuan bertaraf global bercirikan lokal, bangsa Malaysia maju.

Thursday, June 4, 2009

Bicara Antara Dua Sahabat - Ar-Rahman & Ar-Rahim Sumber Motivasi Sejagat

Saya bertemu seorang sahabat lama di Hotel Concord, Shah Alam. Beliau kami panggil Jojo, terkenal kerana wataknya yang unik. Kami berbicara dan bertukar-tukar fikiran tentang pelbagai hal, mulai dari hal-hal peribadi sehinggalah ke hal-hal semasa, politik, hiburan, muzik, UiTM, mahasiswa dan pelbagai lagi.

Kesimpulan daripada keseluruhan cerita-cerita yang kami perbualkan ialah 'asas kepada segala motivasi jiwa manusia ialah Ar-Rahman dan Ar-Rahim yang daripada situ lahirnya nikmat dan rahmat Tuhan'. Prinsip suci hati 'buang sifat mazmumah, tanam sifat mahmudah' perlu dibudayakan dalam kehidupan harian kita kerana disitulah tersembunyinya rasa kebahagiaan jiwa. Kita perlu saling berkerjasama, bantu-membantu, tolong-menolong, berada dalam satu saf, berjalan sederap, yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dijunjung seperti perangai sang serangga, si semut dan si lebah dalam melaksanakan sesuatu misi dan visi agenda pembangunan bangsa Malaysia dan pembinaan tamadun nusantara.

Resolusi diatas diperakui oleh kami berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan ujikaji yang telah kami lakukan sepanjang melalui proses kehidupan selama melebihi 40 tahun.

Monday, June 1, 2009

Allahyarham Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah - Sebutir Permata Di Nusantara.

Lahir pada 16-2-1908 di Sungai Batang, Meninjau, Minangkabau, Sumatera, Indonesia. Seorang ulamak yang progesif, guru agama dan wartawan, pujangga dan ahli falsafah Islam, pemimpin dan mubaligh Muhamadiyah. Beliau menyiapkan Tafsir Al-Azhar hingga ke juzuk 30 didalam penjara. Disebalik penahanan beliau pada 27 Januari 1964 rupanya tersembunyi sebuah rahmat yang menjadi ole-ole generasi muda nusantara pada hari ini, iaitu Tafsir Al-Azhar, karya besar beliau mentafsir Al-Quran yang mengandungi 114 surah dengan 6236 ayat. Jasa beliau mentafsir isi mu'jizat Rasulullah S.A.W. memberikan inspirasi kepada jutaan umat islam Nusantara (Malaysia, Indonesia, Brunai, Singapura, Filipina dan Thailand) yang dahagakan ilmu pengetahuan agama untuk terus berjuang menegakan tali Allah. Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang-orang yang dikurniakan rahmat dan nikmat oleh Allah S.W.T - AL-FATIHAH