Reader's Digest Asia Trusted Brands Survey telah dilancarkan pada tahun 1999 dan kini ia telah menjangkau usia 11 tahun. Survey tersebut mengenalpasti jenama yang paling diperakui dari segi kualiti, harga yang berpatutan, kredibiliti, memahami kehendak pengguna, tanggungjawab sosial, dan digemari oleh pengguna Asia.
Ia adalah suatu perakuan jujur daripada pengguna sendiri terhadap sesuatu produk, agensi, universiti dan sebagainya yang digemari, disukai dan dipercayai oleh pengguna atau pelanggan. Survey tersebut dijalan oleh Nielsen melalui soalselidik, temubual melalui telefon secara rambang di Hong Kong, India, China, Malaysia, Filipina, Singapura,Taiwan, dan Thailand.
Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah terpilih sebagai penerima anugerah emas dalam kategori universiti di Malaysia oleh Reader's Digest Asia Trusted Brands Survey, turut menerima anugerah tersebut ialah UM dan USM.Tahniah kepada semua warga UiTM di atas anugerah tersebut. Semoga ia menjadi motivasi kepada kita semua untuk berkerja lebih keras pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment