Pejabat pos mulanya dibina di Negeri-Negeri Selat. Ini diikuti dengan bandar-bandar utama kawasan lombong seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban. Kemudian barulah berkembang ke bandar-bandar lain yang ada kepentingan perdagangan. Pembinaan jalan raya menggalak dan meningkatkan perkhidmatan pos. Kawasan-kawasan yang kurang kemudahan pengangkutan, perkhidmatannya masih tidak memuaskan.
Bagi meningkatkan keberkesanan dan penyelarasan pentadbiran, kerajaan British memulakan perkhidmatan telegraf. Komunkasi ini juga membantu perkembangan ekonomi. Pada tahun 1892 sudah ada talian langsung menghubungkan Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Perkembangan telefon berhubung kait dengan permintaan orang ramai. Telefon bermula di Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1885, Perak dihubungkan dengan Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan
Singapura. Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu juga berlaku perkembangan. Johor misalnya menswastakan projek telefon pada tahun 1899. Di Kedah talian telefon ada hubung kait dengan perusahaan getah. Semua balai-balai polis utama dilengkapkan dengan talian telefon menjelang tahun 1909.
No comments:
Post a Comment