Tuesday, March 19, 2019

10 PERKARA YANG SAYA BELAJAR MENGENAI BISNES oleh Norizan Sharif

10 PERKARA YANG SAYA BELAJAR MENGENAI BISNES

1. Perkara yang paling susah nak buat ialah business model. Business model ialah strategi bagaimana bisnes "buat duit." Ia lebih susah dari sekadar isi sembilan kotak kosong BMC. Sebagaimana business plan, business model juga ialah sesuatu yang hidup dan berkembang.

2. Apabila kita mula-mula buat bisnes, ramai orang bermurah hati nak kongsi idea. Semua idea itu hebat. Dengar saja. Fokus kepada idea asal kita kecuali jika idea baru itu sejajar (align) dengan idea kita. Banyak bisnes lingkup bukan sebab kita tak ada idea, tetapi kerana kita ada terlalu banyak idea.

3. Simpan semua resit-resit bisnes sama ada ia perbelanjaan kecil atau besar. Kesemua resit ini penting kerana kita perlu tahu perbelanjaan bisnes. Sekiranya kita tak ada disiplin ini, susah kita nak kembangkan bisnes.

4. Dokumenkan semua "perjanjian" mulut. Selagi tak ada dokumen, anggap itu sebagai preliminary discussion saja. Usah terlalu berharap.

5. Elak habiskan masa mengejar sesuatu yang hati kecil kita rasa tak berbaloi. Dalam bisnes, lihat semua fakta dan data tetapi buat keputusan dengan hati.

6. Usah kejar pengiktirafan manusia. Usah update aktiviti bisnes dalam Facebook untuk kawan-kawan puji kita. Sembilan dari 10 orang yang puji itu akan kecam apabila kita terkandas nanti. Sebaliknya, buat apa yang betul.

7. Katakan "tidak" sekiranya itu yang kita perlu katakan. Usah cakap berbelit kerana nak ambil hati. Biar orang tahu itu pendirian kita. Orang akan lebih hormat kepada kita sekiranya kita berterus-terang.

8. Sekiranya kita menerima apa-apa bayaran, dokumenkan. Pastikan dalam dokumen itu ada scope of work yang jelas. Pastikan juga kita penuhi scope of work itu. Sekiranya ada orang "bawa mulut" merata-rata, hempas dokumen itu di atas kepala dia.

9. Sekiranya kita buat bisnes jangka panjang, elok juga buat bisnes yang saya panggil sebagai "pet project" atau untuk dapatkan duit runcit segera. Apabila tengok duit kecil masuk berterusan, kita bersemangat untuk berniaga.

10. Apabila kita mula berbisnes, ada orang akan tawarkan modal. Usah ambil duit orang lain sehinggalah kita bersedia untuk scale-up. Apabila orang kita beri duit modal, 99.9% mereka mahukan duit itu balik. Usah ambil risiko gila itu sewaktu kita nak memulakan bisnes.

No comments: