Thursday, September 7, 2017

YOUR WISH IS MY COMMAND oleh Norizan Sharif


1. Saya tertarik dengan ilmu Seni Balairong Seri yang dibawa oleh Puan Ainon Mohd dan Dato Roslan Ab Hamid. Ilmu ini penting jika kita mahu pergi lebih jauh dalam bisnes atau kerjaya.

2. Apabila kita bekerja dengan "orang besar," cara kita berkomunikasi dan seni hubungan perorangan (interpersonal and human relations) juga tak sama.

3. Mereka yang berada di puncak kuasa tak perlu menjerit atau mengarah. Mereka ada kuasa dan mereka boleh lakukan bermacam-macam perkara dengan kuasa itu. Kalau boleh buat, buat apa nak menjerit?

4. Orang besar tak kata, "Kalau kamu tak buat apa yang saya arahkan, saya akan buang kamu."

5. Atau, "Sekiranya kamu tidak siapkan kerja ini dalam masa tiga hari, kita akan ambil tindakan disiplin." Itu cakap orang kecil yang acah-acah nak jadi besar.

6. Orang besar kata, "Saya rasa elok kita siapkan kerja ini dalam masa tidak lebih tiga hari."

7. Perkataan "saya rasa" bermaksud "wish" atau apa yang dia inginkan. Namun, begitulah cara cakap seni balairong seri.

8. "Your wish is my command" membawa erti walaupun itu sekadar "keinginan" (wish) orang besar, namun kita menerimanya sebagai "arahan" (command).

9. Apabila berinteraksi dengan orang besar yang ada kuasa besar, kita tak perlu tunggu dia beri arahan baru kita nak buat.

10. Sekadar berdehem sudah cukup untuk kita. Bagaimana untuk berdehem juga adalah seni balairong seri!

No comments: