Tuesday, December 1, 2015

Seagate Chairman and CEO Steve Luczo The Best Performing CEO in The world (2014)




Harvard Business Review on has ranked Seagate Chairman and CEO Steve Luczo as one of the best-performing CEOs in the world.
According to a media release, Luczo was ranked No. 34 overall on the magazine's global list of top 100 CEOs.
"I'm honored to be recognized by such a respected publication and alongside a collection of outstanding leaders," said Steve Luczo, Seagate Chairman and CEO. "Seagate's performance and reputation are a result of the collective effort and unwavering commitment of our employees around the world."

Monday, November 2, 2015

Mahu Azmin pecat Pas atau DAP keluar



PETALING JAYA - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menerima tamparan apabila DAP Selangor memberi kata dua untuk memecat wakil rakyat Pas dari pentadbirannya.


Ini berikutan seorang perwakilan pimpinan tertinggi parti itu memberi tempoh memecat wakil rakyat Pas daripada Kerajaan Selangor atau DAP sendiri akan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu.

Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong berkata, Pas sudah memungkiri janji dalam Pakatan Harapan dan mahu pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Mohamed Azmin untuk pecat wakil rakyat Pas atau DAP keluar dari pentadbiran kerajaan negeri.

"Sekiranya Azmin gagal memecat wakil rakyat Pas Selangor, pimpinan DAP harus tidak teragak-agak keluar daripada Kerajaan Selangor.

"Bagaimanapun terpulang kepada pimpinan tertinggi DAP menetapkan tempoh masa kepada Azmin, tetapi ia harus dilaksanakan dengan segera," katanya semasa sesi bahas dalam Konvensyen Tahunan Negeri Selangor 2015 di Petaling Jaya, hari ini.

Dalam pada itu, DAP Selangor mendapat sokongan penuh daripada Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berhubung keputusan parti itu yang mahu bertanding merebut kerusi Pas pada PRU14.

Keputusan berkenaan diambil setelah mengambil kira kedudukan DAP yang masih bersama dalam pentadbiran Kerajaan Selangor untuk meneruskan perjuangan Pakatan harapan

Guan Eng berkata, tanpa DAP, Pakatan Harapan tidak boleh dilaksanakan, sebab itu DAP kena ada dalam Selangor.

"Kita kena pastikan beberapa dasar yang dibuat memihak kepada rakyat Selangor,” katanya

Kelmarin media melaporkan, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengumumkan persiapan meletakkan calon dan bertanding di lapan kerusi Dun di Selangor yang kini dipegang oleh wakil rakyat Pas.

Lapan kawasan itu Dun itu adalah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Sri Serdang, Meru, Chempaka, Dusun Tua dan Tanjung Sepat.

(Sumber - 
http://www.sinarharian.com.my/politik/mahu-azmin-pecat-pas-atau-dap-keluar-1.446755)

Monday, June 22, 2015

TERUSAN KRA: APA NASIB SELAT MELAKA? DR. MOHD. HAZMI 
MOHD. RUSLI DAN 
DR. RAHMAT MOHAMAD | 22 Jun 2015 12:43 AM




BARU-BARU ini, kerajaan Thailand mengumumkan untuk menghidupkan kem­bali projek Terusan Kra. Apakah akan terjadi pada Selat Melaka sekiranya terusan ini mula beroperasi? Adakah ekonomi Malaysia akan terjejas?

Selat Melaka kini menampung aktiviti perkapalan berkapasiti tinggi dan jumlah ini dijangka meningkat dalam masa 10 tahun akan datang. Selat ini yang kedua tersibuk di dunia setelah Selat Dover di Alur Inggeris, laluan perkapalan yang sangat penting di Eropah. Peningkatan aktiviti perkapalan ini telah mencetuskan idea untuk menemukan jalan maritim alternatif penghubung Timur dan Barat. Idea untuk mengorek tanah sempit di utara Semenanjung Melayu, yang lebih dikenali sebagai Segenting Kra telah lama dicadangkan - namun boleh­kah cadangan itu dilaksanakan?

Sebagai jalan maritim yang penting, Selat Melaka memainkan peranan utama dalam menjana keperluan perdagangan sedunia sehingga memberikan impak kepada kelestarian alam sekitar marin selat ini. Projek Terusan Kra yang dicadangkan ini boleh berfungsi sebagai jalan perkapalan alternatif yang bakal merubah industri perkapalan di rantau ini.

Asia Tenggara adalah rantau luas yang merangkumi tanah besar Indo-China dan kepulauan Melayu. Lokasinya yang strategik menggalakkan pertumbuhan kota-kota pelabuhan sebelum dan semasa zaman penjajahan serta setelah negara-negara Asia Tenggara mencapai kemerdekaan. Palembang, Melaka, Langkasuka adalah kota-kota perintis yang telah mencipta reputasi sebagai pelabuhan Melayu awal yang ulung. Zaman penjajahan Eropah menyaksikan kemunculan kota-kota pelabuhan seperti Singapura, Batavia dan Pulau Pinang menempatkan diri sebagai pelabuhan utama di rantau ini.

Kini, Singapura kekal sebagai pelabuhan terkemuka dunia dengan Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) ditempatkan sebagai dua pelabuhan tersibuk di sepanjang Selat Melaka. Seawal 1677, Raja Narai yang menguasai Siam mempunyai visi untuk membina terusan yang menembusi Segenting Kra bagi memendekkan jarak perjalanan perkapalan tanpa perlu mengelilingi Semenanjung Melayu.

Rancangan ini menemui jalan buntu kerana kerajaan Siam tidak memiliki dana untuk menampung kos pembinaannya serta tiada kepakaran teknologi untuk meneruskan projek ini. Projek ini namun tidak pernah dibatalkan.

Apabila British bertapak di Singapura pada 1819, pulau tersebut ditransformasikan daripada sebuah kampung nelayan kepada pelabuhan utama di rantau Asia.

Oleh itu, pihak British tidak pernah bersetuju dengan projek ini kerana khuatir pangkalan maritim mereka di Si­ngapura akan terjejas. Siam yang menjadi negara boneka Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua, dianggap musuh British dan pihak tentera Berikat. Apabila Jepun menyerah kalah pada 1945, kerajaan Siam terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk menamatkan status perang di antara kedua-dua negara.

Artikel 7 Perjanjian ini mencegah Siam daripada menggali terusan menembusi wilayahnya untuk meng­hubungkan Laut Andaman dengan Telukan Siam bagi melin­dungi kepentingan British di Singa­pura. Perjanjian ini dibatalkan pada 1954.

Beberapa usaha dilakukan untuk menghidupkan semula projek Terusan Kra ini pada 1970-an dan 1990-an. Bangkok gentar pembinaan terusan ini akan secara fizikal meng­asingkan lima wilayah selatan yang mempunyai majoriti penduduk Muslim dan ini akan memberikan implikasi buruk kepada situasi politik di antara pemisah wilayah Selatan dan Kerajaan Pusat di Bangkok.

Kekaburan yang melanda pembinaan terusan ini akhirnya terurai apabila Senat Thailand mencapai kata sepakat untuk meneruskan projek ini pada 2005. Suatu kajian kesesuaian projek ini telah dijalankan di mana 12 laluan berpotensi dikenal pasti. Pemilihan laluan ini berdasarkan beberapa faktor seperti alam sekitar dan keperluan masyarakat, kejuruteraan, ekonomi serta alasan keselamatan.

Dengan kos pembinaan sebanyak AS$23 bilion, terusan ini akan mempunyai jarak sejauh 120 kilometer (lebih kurang sama dari Kuala Lumpur ke Sungkai) dengan kedalaman 25 meter dan keluasan 400 meter.

Kerajaan Thailand akan menanggung kos pembinaan dengan bantuan negara maritim Jepun, China dan Amerika Syarikat serta negara lain yang berkepentingan dari Malaysia dan Indonesia. Projek ini dikatakan akan dimulakan semula setelah lama ditangguhkan disebabkan faktor-faktor ekonomi, alam sekitar dan politik.

Projek ini bakal menjana peluang pekerjaan yang besar kerana memerlukan tenaga kerja sebanyak 30,000 orang dalam pembinaannya yang dijangka mengambil masa lima hingga 10 tahun. Operasi terusan ini akan membuahkan hasil keuntungan perdagangan tahunan sehingga AS$280 bilion dan membekalkan akses yang lebih efektif kepada 1.2 bilion penduduk rantau ini dengan radius 2,400 kilometer persegi.

Terusan ini bakal melencongkan trafik dari Selat Melaka sekali gus mengurangkan beban selat ini yang kini menampung trafik perkapalan yang tidak terbatas. Pengurangan trafik ini akan secara langsung atau tidak langsung menyelesaikan isu lanun dan jenayah maritim di Selat Melaka.

Ini sekali gus dapat membantu mengurangkan bebanan negara littoral, iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura untuk membiayai infrastruktur bantuan pelayaran yang terdapat di sepanjang Selat Melaka.
Kelestarian alam sekitar marin Selat Melaka dapat dipelihara dan dipulihara dengan lebih baik de­ngan adanya terusan ini, dan rantau selat ini dapat terus dimajukan sebagai hab perikanan yang unggul di Asia.

Dengan pengurangan trafik perkapalan yang melayari selat ini, negara littoral dapat mencadangkan langkah-langkah tambahan bagi memelihara dan memulihara alam sekitar marin Selat Melaka seperti mewujudkan zon ‘Kawasan Istimewa MARPOL’ dan/atau mewartakan rantau ini sebagai Particularly Sensitive Sea Area (PSSA) di bawah Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), dengan harapan, tanpa banyak tentangan dari negara pengguna selat.

Projek yang dicadangkan ini akan menyebabkan pengurangan bilang­an kapal berlabuh di pelabuhan sepanjang Selat Melaka. Diramalkan terusan ini bakal digunakan sebagai laluan alternatif terutamanya oleh kapal tangki minyak manakala kapal kontena masih akan menggunakan Selat Melaka kerana laluan menerusi terusan ini memerlukan kapal-kapal kontena untuk mengurangkan kelajuan mereka.

Setakat 2013, Singapura diiktiraf sebagai pelabuhan tersibuk di dunia dengan PTP dan Pelabuhan Klang ditempatkan sebagai antara 20 pelabuhan yang paling dikunjungi di dunia. Menurut sumber Institut Maritim Malaysia (MIMA), lebih kurang 75 peratus kapal dagang yang menelusuri Selat Melaka tidak berlabuh di pelabuhan Malaysia. Kebanyakannya akan berhenti di Singapura atau meneruskan pelayaran ke destinasi terakhir.

Memandangkan ekonomi Singapura banyak bergantung kepada industri perkapalan, tidak keterla­luan diandaikan terusan yang mahu dibangunkan oleh kerajaan Thailand ini bakal memberi implikasi buruk kepada Singapura.

Meskipun Malaysia tidak terlalu bergantung kepada industri pelabuhan dan perkapalan seperti negara jiran selatan itu, kita telah membangunkan infrastruktur pelabuhan dan perkapalan terutamanya di Pelabuhan Klang dan PTP. PTP pernah diiktiraf sebagai pelabuhan paling pantas berkembang di dunia pada tahun 2000. Walaupun PTP banyak mengambil kesempatan di atas limpahan kapal yang berlabuh di Singapura, sebagai pelabuhan alternatif.

Fakta ini menunjukkan bahawa usaha Thailand membina terusan ini boleh menjejaskan ekonomi Malaysia dan Singapura kerana bakal membentuk laluan maritim baharu yang dikatakan lebih ekonomik untuk merentasi Asia Tenggara berbanding laluan konvensional menerusi Selat Melaka.
Dalam kes Malaysia-Singapura Mengenai Tambakan Tanah di Selat Johor 2002, Tribunal Antarabangsa Undang-undang Laut (ITLOS) secara tidak langsung memerlukan sesebuah negara untuk tidak menjalankan sebarang projek yang boleh menjejaskan kepentingan negara jiran yang terletak berdekatan dengannya.

Sewaktu Denmark dan Sweden menjalankan projek membina Jambatan Oresund merentasi Selat Da­nish di Eropah, Jerman menghantar bantahan kepada Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) kerana pembinaan jambatan tersebut bakal menyekat aliran perkapalan merentasi Selat Danish. Akibat bantahan ini,

Jambatan Oresund telah direka semula dalam bentuk separuh jambatan dan separuh terowong agar tidak menutup secara total Selat Danish daripada aktiviti perkapalan. Kedua-dua kes ini jelas menunjukkan sesebuah negara tidak boleh sewenang-wenangnya menjalankan sebarang projek di dalam wilayah­nya yang berpotensi menjejaskan kepentingan negara jiran.


Oleh itu jika Malaysia dan Singa­pura merasakan projek ini boleh menjejaskan ekonomi masing-ma­sing, kedua-dua negara boleh mengemukakan bantahan diplomatik bagi menghentikan Thailand daripada meneruskannya. Jika projek ini diteruskan juga, perlulah ada perjanjian bagi membolehkan ketiga-tiga negara berkongsi manfaat melalui penggunaan terusan ini menerusi konsep ‘memakmurkan jiran’.

Sekiranya terusan Thailand ini menjadi realiti, senario perkapalan di Asia Tenggara akan berubah de­ngan drastik. Terusan ini bakal menjadi terusan perkapalan pertama di Asia dan akan mempunyai status setara dengan terusan perkapalan ulung lain di dunia seperti Terusan Suez dan Terusan Panama. Malaysia harus bersedia dengan kemungkinan ini dan persoalannya - Apa akan jadi kepada Selat Melaka?

DR. MOHD. HAZMI MOHD. RUSLI 
ialah profesor pelawat di Sekolah Undang-undang, Far Eastern Federal 
University, Vladivostok, Rusia dan 
pensyarah kanan di Fakulti Syariah 
dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia, manakala DR. RAHMAT MOHAMAD ialah profesor undang-undang di Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara.

Thursday, June 11, 2015

WHO’S BEHIND THE CRISIS by Tun Dr Mahathir Mohamad


WHO’S BEHIND THE CRISIS
1. Prime Minister says Dr M (that’s me) is behind the crisis.
2. I will admit that I am behind the “crisis”. I am behind it because there is a climate of fear in this country.
3. Lots of people know about the loss of billions of Ringgit by 1MDB. These people are in a position to know because they have seen evidence of this loss. But they are afraid because of actions which the Government can take against them. They may lose their jobs, or contracts or expectations of titles etc.
4. So they come to tell me. And they ask me to “do something”. For a long time I desisted because I know if I reveal the wrong doings of 1MDB, it will lead to the Prime Minister being questioned.
5. I had tried to do it privately. But there was no result. I told the Prime Minister I no longer supported him. No result.
6. So I had to go public. Najib has destroyed UMNO and BN. I know he would lose the next election. And then the whole country will see turmoil as no party, would have the majority to run the country.
7. The opposition cannot because they would be quarrelling among themselves. A Pakatan Government would be weak and unstable.
8. Without a strong Government this country would become anarchic. The crisis that would accompany the anarchic situation would be worse.
9. So I decided to expose the wrong-doings of 1MDB of which the Prime Minister is effectively the head.
10. Is there a crisis? There is. It is caused by the Prime Minister creating 1MDB borrowing huge sums of money and losing billions of Ringgit.
11. The crisis can be ended immediately if the Prime Minister resigns and allow a full investigation to be made on the RM42 billion borrowed by 1MDB. As long as the Prime Minister is there, no proper investigation can be made. Already we are seeing not only are reports to the police on 1MDB and Jho Low not being investigated, but the person who made the report being declared a bankrupt, his house confiscated and sold and he himself being investigated for money laundering and financing terrorists. The court has decided he is not bankrupt.
12. If no crimes can be detected and all the money is returned, Najib can come back as Prime Minister and lead BN in the next election.
13. By accusing me of being responsible for the crisis, Najib is saying let us accept the disappearance of the billions of Ringgit and behave as if nothing wrong has been done. From the interest and concern shown by the people over the losses suffered by 1MDB, the matter cannot just be ignored. The people responsible must be investigated and if found guilty, they must be punished.
14. A crisis may be the result but should we allow thieves to steal billions of Ringgit in order to avoid a crisis.

Tuesday, May 26, 2015

APAKAH ILMU EKONOMI POLITIK?

Mengikut tradisi ilmu ekonomi, bidang “ekonomi politik” bermaksud aliran pemikiran ahli-ahli ekonomi klasik British, terutama Adam Smith dan David Ricardo. Adam Smith dengan bukunya, The Wealth of Nations (1776) dan David Ricardo dengan bukunya Principles of Political Economy and Taxation (1817) telah mengembangkan analisa sistem ekonomi kapitalis yang sedang berkembang ketika itu. Ciri utama sistem ekonomi kapitalis yang ketara ketika itu ialah pengeluaran barang secara umum. Maksudnya, kebanyakan pengeluaran barang dan perkhidmatan ialah untuk dijual di pasaran dan bukan untuk digunakan secara langsung oleh pengeluar. 

Untuk memahami hubungan sosio ekonomi dalam masyarakat kapitalis tersebut, Smith dan Ricardo telah mengembangkan teori nilai kerja. Teori ini  menghubungkan nilai semua barang yang dikeluarkan dengan kos tenaga kerja manusia yang terlibat. Analisa aliran pemikiran ekonomi politik klasik ini kemudian digunakan oleh penulis-penulis lain yang telah menghasilkan teori ekonomi politik baru, seperti Marx, Sweezy, Bukharin, Fine dan Harrison. 

Teori baru ini mempunyai persamaan dan juga perbezaan ketara yang memisahkannya daripada teori ekonomi politik klasik. Teori ekonomi politik baru ini dikenali sebagai materialisme sejarah. Teori ini berbentuk materialis kerana menjelaskan keadaan sosial masyarakat dari segi interaksi antara manusia dengan alam sekitar dalam proses pengeluaran barang untuk memenuhi keperluan materialisme mereka. Penekanan ditumpukan kepada analisa perkembangan proses kerja dan pengeluaran, dan tidak terhad kepada teori nilai kerja seperti aliran ekonomi politik klasik. 

Tumpuan terhadap proses kerja dan pengeluaran telah menonjolkan kemunculan kelas tertentu dalam masyarakat dalam proses perkembangan ekonomi. Teori ekonomi politik baru ini juga berbeza daripada teori ekonomi politik klasik bukan hanya dan segi analisa teori nilai kerja yang berbeza, tetapi juga kerana teori baru ini menggunakan pendekatan sejarah. Maksudnya, masyarakat kapitalis difahami dan dianalisa sebagai satu tahap dalam proses perkembangan sejarah.

Dalam teori ekonomi politik baru ini, konsep ragam pengeluaran dan kapitalisme telah dimajukan bagi menggantikan ragam pengeluaran lain yang lebih awal. Kapitalisme juga dianggap sebagai ragam pengeluaran sementara dan akan digantikan dengan ragam pengeluaran lain yang lebih maju. Bidang ekonomi politik baru ini lebih luas daripada bidang ekonomi politik klasik kerana bidang baru ini  mengemukakan teori sejarah, teori pembentukan dan perubahan sosial. 

Malangnya, teori ekonomi politik baru ini telah dapat dihapuskan oleh kelas kapitalis yang berkuasa ketika itu. Penekanannya terhadap pertentangan antara kelas dalam proses pengeluaran, iaitu antara kelas kapitalis dengan pekerja, kurang disenangi oleh kelas kapitalis. Teori baru ini mengatakan bahawa hubungan antara barang dalam kebanyakan ekonomi adalah berasaskan hubungan antara kelas.  

Pada masa yang sama juga, telah muncul bidang sains sosial yang terpisah dan telah menggantikan bidang ekonomi politik yang lebih menyeluruh, khasnya ekonomi dan sosiologi. Dengan itu, analisa hubungan ekonomi, iaitu antara manusia, alam sekitar dan pemprosesan pengeluaran telah dipisahkan daripada analisa hubungan sosial antara manusia (apabila ekonomi tidak lagi melibatkan hubungan sosial antara manusia),struktur sosial masyarakat, iaitu masyarakat kapitalis khasnya. Bidang sosiologi pula mengembangkan teori yang terpisah daripada analisa masalah ekonomi utama dalam setiap aspek, iaitu pengeluaran. Perkembangan ini akhirnya menyebabkan ahli-ahli ekonomi moden terus mengetepikan teori nilai kerja dan menafikan ciri-ciri sosial ilmu ekonomi. 

Sementara itu, ahli-ahli sosiologi pula menguasai bidang yang diketepikan oleh ahli-ahli ekonomi, iaitu hubungan sosial antara kelas dan aspek politik, ideologi dan adat resam dengan tidak mengambil kira bahawa aspek tersebut telah berakar umbi dalam ragam pengeluaran kapitalis.

Disebabkan keadaan tersebut, bidang ekonomi dan sosiologi telah banyak dikritik. Akibatnya berlakulah pemulihan minat terhadap analisa ekonomi politik yang menolak pengkhususan bidang sains sosial dan berusaha untuk mencantumkan semula bidang yang telah dipisahkan untuk mewujudkan satu analisa yang unggul dan berkesan.

Tuesday, April 14, 2015

'selective amnesia' atau buat-buat lupa oleh YB Budiman Mohd Zohdi

DALAM sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 7 April lalu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali secara sinis dalam menyindir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah menghidap penyakit hilang ‘selective amnesia’ atau kehilangan daya ingatan dan hanya mengingati serta menyimpan apa yang dimahukan.

Sindiran Mohamed Azmin itu dilihat seolah-olah merujuk tindakan Abdul Khalid yang ketika membahaskan usul titah Sultan Selangor pada 2 April lalu mengkritik tindakan Menteri Besar itu yang didakwa tidak konsisten dalam memuktamadkan perjanjian penstrukturan industri bekalan air Selangor sebelum ini yang membuktikan kelemahan sebenar pentadbiran kerajaan negeri ketika ini.
Dalam perbahasan itu, Abdul Khalid turut menyatakan gesaan­nya supaya Mohamed Azmin berundur dari jawatannya sekiranya gagal memuktamadkan perjanjian utama itu dengan memberikan kepada individu yang layak.

Namun kritikan Abdul Khalid terhadap pentadbiran negeri itu tidak terhenti setakat itu apabila beliau sekali lagi mengeluarkan kenya­taan menerusi akaun Facebook miliknya pada 6 April lalu membuat sindiran bahawa amat mudah menjadi pemimpin oportunis dengan membuat keputusan popular tanpa memikirkan impak dalam segala segi dan gambaran sebenar situasi dan kemampuan hakiki.

Penulis tidak mahu mengulas panjang lebar mengenai perbalahan di antara Abdul Khalid dengan Mohamed Azmin ini. Namun, satu perkara yang amat menarik perhatian adalah tentang sindiran Menteri Besar terhadap Abdul Khalid itu yang mengaitkan dengan penyakit ‘selective amnesia’.
Barangkali Mohamed Azmin juga mungkin tidak sedar beliau mungkin mengalami simptom penyakit tersebut apabila lupa mengenai janji untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) sebanyak RM1,500 sebulan. Barangkali terlalu teruja dengan jawatan Menteri Besar yang disandang, janji itu mungkin dibuat-buat lupa.

Jika Menteri Besar sukar untuk mengingati janji itu kerana mungkin menghidap ‘selective amnesia’, penulis mungkin boleh mengambil peluang ini dengan mengingatkan bahawa janji untuk menaikkan elaun guru KAFA adalah antara yang terkandung dalam manifesto bersama PKR, DAP dan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Kenaikan elaun guru KAFA sebanyak RM1,500 sebulan itu adalah sebahagian daripada rancangan peningkatan gaji melibatkan seluruh warga kerja sekolah agama di negeri ini yang turut disusuli de­ngan strategi memperbanyakkan aktiviti pengajaran yang setimpal dengan gaji yang dibayar.

Bagaimanapun, hampir dua tahun lebih PRU-13 berlalu, kerajaan negeri seolah-olah hilang ingatan untuk melaksanakan kenaikan elaun guru KAFA sebagaimana yang dijanjikan sedangkan kerajaan ne­geri telah membentangkan dua Bajet Negeri masing-masing pada 2014 dan 2015 melibatkan peruntukan kewangan yang besar yang bernilai berbilion ringgit.

Pada 20 November 2013, kerajaan negeri mengumumkan Bajet Selangor 2014 melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM1.8 bilion yang mana dari segi pecahannya 66.2 peratus atau RM1.2 bilion untuk perbelanjaan mengurus yang terdiri dari perbelanjaan bekalan dan perbelanjaan tanggungan manakala selebihnya iaitu 33.78 peratus diperuntukkan untuk per­belanjaan pembangunan dengan nilai sebanyak RM624.9 juta.

Peruntukan kewangan dalam Bajet negeri itu bagaimanapun bertambah pada 2015 kepada RM2.42 bilion yang mana RM1.28 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM1.13 bilion adakan untuk perbelanjaan pembangunan.

Malah, Menteri Besar ketika membentangkan Bajet Selangor 2015 pada 24 November tahun lalu turut mengumumkan kutipan hasil negeri pada tahun ini dianggarkan meningkat pada kadar 6.49 peratus kepada RM 1.97 bilion berbanding RM1.85 bilion pada tahun 2014.

Melihat dari angka-angka kewang­an bajet kerajaan negeri bagi kedua-dua tahun tersebut, seolah-olah Se­langor begitu gah dari segi kedudukan kewangannya. Namun, amat malang sekali apabila kedua-dua bajet negeri itu tidak dimasukkan dengan janji pakatan pembangkang untuk menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,500 sebulan.

Ketika ini, guru KAFA di Se­langor menerima elaun sebanyak RM1,300 setiap bulan yang mana RM800 daripadanya adalah dibiayai oleh Kerajaan Pusat manakala bakinya RM500 bayar oleh kerajaan negeri. Jika mengikut Pendapat­an Garis Kemiskinan (PGK) yang ditetapkan kerajaan negeri, seramai 6,742 orang guru KAFA di Selangor berada di bawah kategori miskin.

Mengenai insiden seorang guru KAFA dari Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar, Klang, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang dilaporkan dihalang daripada menyerahkan surat untuk mendapatkan pertimbangan kerajaan negeri menaikkan elaun itu pada 8 April lalu, penulis merasa simpati atas kepayahan yang dialaminya dek kerana sikap pentadbiran Selangor yang seolah-olah ‘hanya tahu berjanji tetapi tidak ditunaikan’.

Nasib yang dialami oleh Ekhsan Bukharee itu mungkin turut dirasai sebilangan besar guru KAFA lain di negeri ini apatah lagi beliau me­nyatakan ada rakan seperjuang­an terpaksa melakukan kerja lain seperti tukang cuci dan sebagai­nya untuk menampung kehidupan mereka.

Namun, penulis amat kesal de­ngan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi ketika sesi pertanyaan dalam DUN Selangor pada 9 April lalu yang menyatakan kenaikan elaun RM1,500 kepada guru KAFA di negeri ini masih lagi dalam pe­ringkat kajian termasuklah masih meneliti kesesuaian penambahan peruntukan untuk tujuan itu.

Persoalannya, mengapa kerajaan negeri mengambil tempoh masa yang terlalu lama untuk melaksanakan kajian kenaikan itu sedangkan pada masa sama pentadbiran Selangor difahamkan mendabik dada mengumumkan pertambahan dalam hasil kerajaan negeri. Apakah kerajaan ne­geri merasakan guru KAFA ini taraf­nya tidak sama dengan guru tetap di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) yang ada di Selangor ketika ini.

Jika demikian, ini satu pengabai­an serta diskriminasi yang serius dalam sistem pendidikan agama di Selangor. Penulis menolak sama sekali jika perkara ini benar-benar berlaku kerana guru KAFA ini juga memainkan peranan besar dalam pembangunan insan yang berteraskan agama Islam di negeri ini. Apakah sebenarnya tumpuan kerajaan negeri dalam membela nasib para guru KAFA ini?

Ternyata penyakit ‘selective amnesia’ dihidapi oleh mereka yang benar-benar memilih tindakan. Dalam kes guru KAFA ia menyerlahkan sikap sebenar kerajaan negeri yang bersifat selektif dalam soal membela rakyat. Apakah ini dasar kepedulian yang sering dibanggakan oleh kerajaan negeri selama ini?

PENULIS ialah Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Panjang dan Setiausaha ADUN BN Selangor.

Thursday, April 2, 2015

UMNO dan PRU 14 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya.
2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.
3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.
4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.
5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.
6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.
7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar?
8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion.
9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan.
10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran.
11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak.
12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib.
13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi.
14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana?
15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara.
16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri.
17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan.
18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan.
19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib.
20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.
21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini.
22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri.
23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.
(Sumber rujukan : http://www.chedet.cc/)

Saturday, March 21, 2015

Realiti Undang-Undang Perlaksanaan Hudud Negeri Kelantan - oleh Tun Maharezza

Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah ( II ) 1993 2015

1.Pembentangan rang undg undg kanun jenayah syariah II ( 1993 ) 2015 yg dibentangkan di sidang dewan undangan negeri kelantan yg dibentangkan kerajaan pas kelantan dn disokong umno telah mendapat tentangan drpd komponen pr pkr dan dap yg mencabar pembentangan dn kelulusan nya dn disokong oleh majlis peguam dgn beberapa fakta undg undg yg diwartakan dlm perlembagaan persekutuan.

2.PR bercadang utk membawa kes tersebut ke mahkamah dgn fakta undg undg yg diwartakan spt mana dlm perlembagaan persekutuan ,

Perkara perkara tersebut adalah spt dibwh ,

A.jadual 9 senarai perundangan

senarai 1 para 4

4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk—

(a) Keanggotaan dan susunan semua mahkamah selain Mahkamah Syariah;

(b) Bidang kuasa dan kuasa semua mahkamah itu;

(c) Saraan dan keistemewaan lain hakim dan pegawai yang mengetuai mahkamah itu;

(d) Orang yang berhak menjalankan amalan di hadapan mahkamah itu;

(e) Tertakluk kepada perenggan (ii), perkara yang berikut:

(i) Kontrak; perkongsian, agensi dan kontrak khas yang lain; majikan dan perkhidmat; rumah inapan dan tuan rumah inapan; perbuatan salah boleh dakwa; harta dan pindah hakmiliknya serta hipotekasinya, kecuali tanah; bona vacantia; ekuiti dan amanah; perkahwinan, perceraian dan kesahtarafan; harta dan taraf perempuan bersuami; pentafsiran undang-undang persekutuan; surat cara boleh niaga; akuan berkanun; timbang tara; undang-undang persaudagaran; pendaftaran perniagaan dan nama perniagaan; umur dewasa; budak-budak dan orang belum dewasa; pengangkutan; pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat; probet dan surat kuasa mentadbir; kebankrapan dan ketidakmampuan bayar; sumpah dan ikrar; batasan; penguatkuasaan bersaling penghakiman dan perintah; undang-undang keterangan;

(ii) perkara yang disebut dalam perenggan (i) tidak termasuk undang-undang diri Islam yang berhubungan dengan perkhawinan, perceraian, penjagaan, nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, undang-undang keluarga, alang atau pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat;

(f) Rahsia rasmi; perbuatan rasuah;

(g) Penggunaan atau penunjukkan jata, lambang kebangsawanan, bendera, lambang, pakaian seragam, darjah kebesaran dan bintang kehormatan selain bagi sesuatu Negeri;

(h) Pewujudan kesalahan berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan atau yang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan;

(i) Tanggung rugi berkenaan dengan mana-mana perkara dalam Senarai Persekutuan atau yang diperkatakan oleh undang-undang persekutuan;

(j) Bidang kuasa Admiralti;

(k) Penenetuan hukum Syarak dan undang-undang diri yang lain bagi maksud undang-undang persekutuan; dan

(l) Pertaruhan dan loteri.

B.jadual 9 senarai 2 para 1

Senarai II—Senarai Negeri

1. Kecuali mengenai Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk hukum Syarak yang berhubungan dengan pewarisan, berwasiat dan tidak berwasiat, pertunangan, perkhawinan, perceraian, mas kahwin,nafkah, pengangkatan, kesahtarafan, penjagaan, alang, pecah milik dan amanah bukan khairat; Wakaf dan takrif serta pengawalseliaan amanah khairat dan agama, pelantikan pemegang amanah dan pemerbadanan orang berkenaan dengan derma kekal agama dan khairat, institusi, amanah, khairat dan institusi khairat Islam yang beroperasi keseluruhannya di dalam Negeri; adat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam, pewujudan dan penghukuman kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama itu, kecuali berkenaan dengan perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, susunan dan tatacara mahkamah Syariah, yang hendaklah mempunyai bidang kuasa hanya ke atas orang yang menganut agama Islam dan hanya berkenaan dengan mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan kecuali setakat yang diberikan oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan di kalangan orang yang menganut agama Islam; penentuan perkara mengenai hukum dan doktrin Syarak dan adat Melayu.

C.akta mahkamah syariah 1965 penghakiman jenayah

Akta 355

D.bhg II perlembagaan persekutuan

Kebebasan asasi

E.Perkara 5 (1)

Tiada seorg pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undg undg.

F.perkara 7 ( 2 )

Seseorg yg telah dibebaskan drpd sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu kesalahan tdk boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yg sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dn perbicaraan semula diperintahkan oleh suatu mahkamah yg lebih atas drpd mahkamah yg telah menbebaskan atau mensabitkanya itu.

G.perkara 8 ( 1 )

Semua org adalah samarata disisii undg undg dn berhak mendapat perlindungan yg sama rata disisi undg undg.

H.perkara 8 ( 2 )

Kecuali sebagaimana yg dibenarkan dgn nyata oleh perlembagaan ini ,tdk boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata mata atas alasan agama.,ras.,keturunan,tempat lahir atau jantina dlm mana mana undg undg atau dalam perlantikan kpd apa apa jawatan atau pekerjaan dibwh satu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana mana undg undg yg berhubungan dgn pemerolehan ,pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dgn penubuhan atau perjalanan apa apa pertukangan,perniagaan ,profession ,kerjaya atau pekerjaan.

I.perkara 76 ( 2 )

Tiada undg undg boleh dibuat mengikut perengan ( a ) fasal ( 1 ) berkaitan apa jua hukum syarak atau adat org melayu atau mengenai apa apa perkara ttg undg undg atau adat anak negeri sabah dan sarawak dn tiada rang undg undg bg suatu undg undg dibwh perenggan ini boleh dibawa didlm mana mana satu majlis parlimen sehingga kerajaan mana mana negeri yg berkenaan telah dirundingi.

3.kesemua 9 perkara yg disebutkan diatas menjadi sandaran dn asas kpd penentang pengubalan enakmen syariah hudud yg diluluskan oleh sidang dewan negeri kelantan dn seterus nya utk kelulusan parlimen.

Amat nyata dn jelas sekali ,kesemua perkara tersebut telah menjadi halangan kpd cdgn rang undg undg hudud tersebut utk diluluskan dlm parlimen.

Dlm erti kata lain , rumusanya.,majlis parlimen tdk berkuasa utk mengubal dn seterusnya meluluskan rang undg undg tersebut menjadi 1 undg undg yg mempunyai hak dn kuasa undg undg utk diwartakan dlm perlembagaan.

4.pun begitu situasi dn keadaannya , masih ada jalan penyelesaian jika pihak yg mahu undg undg tersebut menjadi 1 undg undg yg sah dn dpt diwartakan.

Jalan penyelesaianya :

1.Akta mahkamah syariah
Akta 355 harus dipinda dahulu dlm parlimen mengikut kesesuaian rang undg undg yg mahu diluluskan oleh dewan undangan negeri kelantan sebelum ianya digubal utk diluluskan.

2.kesemua 9 perkara perkara yg disebutkn point no 2 harus dibuat pindaan kecil dgn memasukan perkataan dn maksud ' Kecuali ' ataupun
' tdk sah digunapakai utk umat islam ' ataupun ' hanya terpakai utk semua org kecuali umat islam '.

3.pindaan pindaan kecil kesemua 9 perkara ini tdk harus akan mengugat mana mana kepentingan ataupun apa apa kepentingan bukan islam dlm ,

A.perundangan sivil
B.kuasa dan hak mahkamah sivil keatas bukan islam

5.percanggahan dan pertindihan hak undg undg kuasa undg undg antara undg undg syariah dn sivil harus distabilkan dn diimbangi agar soal pertindihan dn percanggahan ini dpt diasingkan utk keadilan dn kepentingan ke 2 pihak iaitu umat islam dn bukan islam.

6.Dalam pada itu ,ke 2 pihak politik harus diperingatkan dgn tegas agar dimasa hadapan mereka tdk lagi mempertaruhkan maruah agama islam dn kepentingan agama islam sbg bahan pertaruhan politiking mereka utk kepentingan politik semata mata.

Umno dan pas ternyata amat bersalah dn amat tdk bertamggungjwb dlm percaturan isu hudud ini dn ia telah menjejaskan nama baik agama islam dn ia juga telah mencabul dn mencemar kesucian agama islam dgn mainan politik picisan murahan spt ini.

Ke 2 umno dan pas harus lebih menghormati agama islam dn tdk harus memperlekehkan maruah agama islam spt begini rupa demi kepentingan politik .

7.Penghinaan spt ini kpd agama islam akibat kemaruk kuasa amat menjijikan dn menjengkelkan.

Kepentingan maruah agama islam tdk harus dijadikan bahan mainan politik.

8.soal kepentingan politik tdk harus mengatasi maruah agama islam.

Pas dn umno harus bertaubat.

(Sumber - status facebook Tun Maharezza pada 21 Mac 2015 jam 5.00 pagi)
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=910603332323453&set=a.265670286816764.78762.100001213849444&type=1)

Wednesday, March 18, 2015

Perbahasan KULI Di Parlimen Semalam (17 Mac 2015)

1. Pada 30hb Oktober 2014, saya mengutus surat kepada setiap Ahli Dewan Rakyat tanpa pengecualian, Suatu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Ia menitikberatkan kebimbangan saya yang amat sangat terhadap kesejahteraan negara kita yang tercinta serta kedudukan Dewan yang mulia ini.

2. Saya mengambil tindakan tersebut memandangkan bahawa di dalam sesebuah demokrasi berperlembagaan, Dewan Rakyatlah merupakan institusi terakhir yang bertanggungjawab ke atas keadaan negara dan rakyat jelata. Di samping itu, sebagai Ahli Dewan Rakyat kita telah bersumpah untuk berkhidmat kepada negara serta menegakkan Perlembagaan demi kepentingan rakyat Malaysia. Sayugia diingat bahawa sumpah setia itu bukanlah kepada parti ataupun pemimpinnya.

3. Sejak penulisan surat tersebut, keadaan ekonomi dan politik dunia telah pun berubah secara mendadak. Barang diingat bahawa setiap negara saling bergantung antara satu sama lain. Ini bermakna Malaysia tidak terlepas daripada merasai kesan perubahan ekonomi dan politik yang dialami dunia. Keadaan baru ini memerlukan kita mengambil kira dan menimbang perubahan yang perlu kita buat. Sekiranya kita hendak menyelamatkan rakyat, apa-apa cadangan kita untuk perubahan mestilah mampu menimbulkan kesan positif untuk mengatasi masalah berat yang melanda negara. Dalam menimbang apa jua perubahan, kita seharusnya memahami keadaan yang sedang melanda negara. Yang demikian saya ingin nyatakan kerisauan saya terhadap keadaan negara sekarang ini.

4. Tidak dapat dinafikan bahawa kedudukan hutang negara akan tentukan keadaan dan kestabilan ekonomi kita. Mutu dan gaya hidup rakyat bergantung kepada dua perkara ini.

5. Yang saya maksudkan dengan hutang negara ialah hutang kerajaan, hutang sektor korporat dan hutang isi rumah.

6. Kerisauan saya mengenai hutang negaraialah ia telah mencecah paras yang boleh menyebabkan tercetusnya krisis ekonomi dan politik di hari muka. Kita tidak mungkin dapat menelah akan akibat dan kesan daripada krisis sebegini. Tetapi apa yang nyata ialah ia berbahaya terhadap Demokrasi Berperlembagaan yang mencorakkan kenegaraan Malaysia. 

7. Sekaligus ini mengarahkan perhatian umum kepada persoalan asas lagi penting sama ada Dewan Rakyat mampu bertindak untuk menangani permasalahan semasa demi menegakkan ikrar kita ketika mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.

8. Berpandukan ikrar tersebut, saya berpendapat bahawa kita berkewajipan untuk mengetahui sebanyak manakah hutang negara itu dan apakah kemungkinan bebanannya terhadap rakyat kelak. Sila maklum, bahawa kita dianggap gagal dalam memenuhi ikrar keperlembagaan tersebut sekiranya kita tidak ajukan soalan terpenting dalam menentukan sebanyak manakah hutang tersebut. Dalam hal ini kerajaan haruslah bertindak secara telus serta memberitahu kepada Dewan Rakyat akan keadaan sebenarnya berkaitan dengan hutang negara.

9. Oleh kerana kita mengambil berat akan hutang negara, sekiranya rakyat dibebankan lagi dengan hutang, kita berkewajipan untuk memastikan bahawa pendapatan negara digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Sekiranya terdapat hutang sah dan kita bertanggungjawab keatasnya maka kita berhak mendapat maklumat mengenai hutang tersebut. Yang demikian, sebagai Ahli Dewan Rakyat adalah menjadi tugas kita dan kita berhak untuk mendapat segala maklumat berkaitan dengan hutang tersebut. Sebagai Ahli Dewan Rakyat kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, dengan izin Tan Sri Yang Dipertua, instrument kewangan dan letters of comfort yang membebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Cara ini membolehkan kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajar atau tidak rakyat terus dibebankan.

10. Di atas perkiraan inilah saya telah cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat. Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Tujuan GSTdilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan.

11. Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil. Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini.
12. Sekiranya sebab musabab perlunya berhutang dibentang di Dewan Rakyat dan ia didapati munasabah tentu sekali kita dapat bertindak secara wajar terhadap niat Kerajaan. Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati mengenai sama ada Kerajaan berhak mengenakan beban tambahan ini.

13. Sayugia diingatkan bahawa hutang isi rumah secara rasminya adalah pada tahap 87.4 peratus dan ini diakui satu-satunya yang tertinggi di Asia. Kita juga dibebani hutang korporat dan kita seharusnya mengambil berat akan perkara ini. Malangnya kita tidak dapat tanggapan sebenarnya mengenai masalah ini oleh kerana ketidak telusan berkaitan dengannya. Apa pun, jumlah hutang isi rumah, hutang negara dan hutang korporat seharusnya merunsingkan kita apabila soal masa depan diperkatakan.

14. Juga merunsingkan ialah penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadanan-perbadanan tertentu. Dalam hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana di dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberian pinjaman.

15. Dengan sendirinya ini membawa kita kepada persoalan tatacara pemerintahan atau, dengan izin, good governance yang penting dan perlu dalam pentadbiran kewangan negara kita. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan. Barang diingat bahawa pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius. Bahawa perkara ini mungkin telah diterima oleh Dewan Rakyat selama ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepadanya.

16. Satu perkara yang ada hubungkait dengan pertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasinya ialah pengisytiharan harta dan liabiliti. Pengisytiharan ini hendaklah merangkumi Ahli Kabinet dan Ahli Parlimen dahulu dan sekarang serta juga mereka dari sektor awam dan swasta di peringkat mempunyai kuasa membuat keputusan,dahulu dan sekarang. Pengisytiharan ini hendaklah dibuat secara berkala dan disimpan oleh sebuah badan bebas yang diwujudkan melalui Akta Parlimen.

17. Kini kita sedang menghadapi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kemerosotan ekonomi serta institusi yang dipertanggunjawabkan dengan mendaulat dan menegakkan Pemerintahan melalui Undang-Undang dan Perlembagaan demokratik, dan penghakisan perpaduan nasional mendadak sekali dan bertembung antara satu sama lain. Keadaan ini telah mencetus suatu krisis yang meresap ke akar umbi dan kita kini berada di dalam keadaan kesesakan politik dan ekonomi.

18. Keadaan ini memberi kesempatan kepada Dewan Rakyat untuk memainkan peranan penting dalam perkembangan negara kita. Tidak ada mana-mana institusi baik politik mahu pun bukan politik yang dapat mengatasi kesesakan ini kecuali Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian.

19. Kita sedang mengalami cabaran yang tidak pernah berlaku dalam usaha kita memenuhi ikrar untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Ini ialah kerana kuasa Dewan Rakyat telah beranjak kepada kepimpinan parti politik. Ia merupakan perkembangan di luar perlembagaan.Anjakan kuasa kepada orang perseorangan ini bertentangan dengan peruntukan perlembagaan. Dan pastilah ia bukannya demokrasi berperlembagaan.

20. Yang demikian, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian seharusnya membuat keputusan sama ada hendak memenuhi ikrar yang dibuat ketika mula-mula menjadi ahli Dewan yang mulia ini atau pun melepaskan sahaja hak sebagai Ahli Yang Berhormat kepada kuasa di luar Dewan Rakyat. Keputusan yang harus dibuat merupakan keputusan asasi untuk rakyat jelata. Ia merupakan detik bersejarah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian dan perlu membuat pilihan sama ada hendak berkhidmat serta tunduk kepada kehendak rakyat ataupun hendak bersama kepimpinan parti.

21. Tan Sri Yang Dipertua, di kesempatan ini izinkan saya nyatakan bahawa di dalam usaha kita membuat keputusan yang saya sebutkan itu kita haruslah berpandukan kepada suara hati atau pun, dengan izin, conscience. Ini bermakna kita mesti berani menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat yang kita wakili walaupun mungkin bertentangan dengan kehendak parti kita. Dalam pada itu kita juga bertindak secara berkumpulan dan sebagai satu pasukan demi menghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi.


Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah
Ahli Parlimen Gua Musang
DiSidang Dewan Rakyat pada hari Selasa, 17.3.15

Friday, March 13, 2015

1MDB - Entri terkini Tun Dr M terhadap 1MDB

1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.
2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.
3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.
4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.
5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.
6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.
7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.
8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?
9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.
10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.
11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.
12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?
13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?
14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.
15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB
16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah?
17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.
18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa. Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli. Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.
19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.
20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!
21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.
22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.
23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.
24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.
25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu. Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!
26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.
27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.
28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.
29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya.

Wednesday, March 4, 2015

sejarah hidup tokoh yang bernama Tan Sri Mohamed Noah (datuk kepada DSN) oleh Bluee Oceann

Sebagaimana yang di janjikan semalam, hari ni BO nak berkongsi sedikit sebanyak kisah dan sejarah hidup tokoh yang bernama Tan Sri Mohamed Noah ni (datuk kepada DSN). Beliau adalah antara tokoh yang merintis penubuhan Umno untuk menentang Malayan Union. Dan nama beliau tercatat sebagai Speaker atau Yang di Pertua Dewan Rakyat yang pertama. Beliau meninggal dunia pada tahun 1990 dan di makam kan di Makam Pahlawan.

Berikut adalah ringkasan sejarah hidup Tan Sri Mohamed Noah.
1. Mohamed Noah dilahirkan di Bandar Maharani Muar pada 13 Ogos 1897 bersamaan 12 Rabiul Awal iaitu bertetapan pada hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2. Mengikut salasilah, Mohamed Noah berasal daripada sebuah keluarga yang sejak turun-temurun bergelar "Orang Kaya" yang menjaga dan mentadbir daerah Padang, Muar. Bapanya, Orang Kaya Omar dan datuknya Orang Kaya Junid merupakan "Orang Kaya" yang terbilang dan berpengaruh pada zaman pemerintahan Almarhum SuItan Abu Bakar (1862-1895).

3. Gelaran "Orang Kaya" dikurniakan kepada seseorang rakyat untuk menjadi wakiI Sultan menjaga keamanan dan mentadbir daerahnya. Malah kaum keluarga Orang Kaya Junid iaitu datuk kepada Mohamed Noah berasaI daripada titisan zuriat seorang kerabat Raja Chempa Bugis yang berkerajaan di daerah Bukit Mor, Muar, Johor.

4. Pada tahun 1914, beliau melanjutkan pelajaran tinggi dalam bahasa Arab di Kuliah Al- Othmaniah Al Islamiah dan kemudian di Syrian Protestant College Beirut Lebanon.

5. Dan sekembali nya beliau bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat perniagaan warga Denmark yang berniaga membeli susu getah di Jalan Bakri, Bandar Maharani, Muar.

6. Pada bulan Julai 1920 beliau berkhidmat pula sebagai kerani di Mahkamah Tinggi Muar.

7. Mohamed Noah mendirikan rumah tangga dengan Maimun Abdul Manaf (anak Kadi Daerah Muar) pada bulan April 1922. Daripada perkongsian hidup itu mereka dikurniakan beberapa orang anak, antaranya ialah Fakhriah, Abu Rais, Suhaila dan Rahah. Fakhriah ialah isteri kepada Datuk Abdullah bin Ahmad, bekas Yang Dipertua Majlis Bandaran Johor Bahru, Suhaila isteri kepada Tun Hussein Onn dan Rahah isteri kepada Tun Abdul Razak Hussein.

8. Semasa menjadi kerani mahkamah beliau telah mengikuti kelas undang undang dan setelah lulus beliau telah di lantik sebagai Majistret Kelas Kedua di Mahkamah Muar pada tahun 1928.

9. Pada Januari 1934, Mohamed Noah ditukarkan ke Mersing sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah bagi daerah Mersing merangkap Majistret di daerah itu.

10. Pada 4 Januari 1936, beliau kemudiannya ditukarkan semula bertugas di Muar sebagai Penolong Kanan Pemungut Hasil Tanah bagi daerah Muar.

11. Pada 1 Julai 1939, Mohamed Noah telah dilantik memegang jawatan Timbalan Pegawai Daerah Mersing hinggalah meletus Perang Dunia Kedua pada 8 Disember 1942.

12. Setelah tentera Jepun di Malaya menyerah kalah kepada pemerintahan tentera British pada 12 September 1945 orang Melayu mulai sedar tentang nasib bangsa dan negara mereka. Datuk Onn Jaafar adalah salah seorang daripada tokoh politik yang mula-mula sekali bergerak menyatukan orang Melayu dalam pertubuhan "Pergerakan Melayu Semenanjung". Pergerakan yang dipimpin beliau itu berpusat di Batu Pahat.

13. Pada ketika itu Mohamed Noah tinggal di Batu Pahat, berkhidmat sebagai Majistret. Beliau juga adalah orang yang bekerja keras menubuhkan pergerakan itu, sebuah pertubuhan politik yang pertama ditubuhkan oleh orang Melayu di Johor selepas Perang Dunia Kedua.

14. Pada awal bulan November 1945, satu mesyuarat kecil di antara enam tokoh politik Melayu Johor telah diadakan di rumah Mohamed Noah di Jalan Sultanah, Batu Pahat. Perbincangan dijalankan sejak dari pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 3.00 pagi menjadi titik mula penubuhan UMNO.

15. Pada 1 Ogos 1950 pada usianya 55 tahun, Mohamed Noah bersara daripada jawatan kerajaan Johor setelah berkhidmat selama selama 30 tahun. Jawatan terakhir Mohamed Noah sebagai kakitangan awam ialah Yang Dipertua Jabatan Agama Johor.

16. Selepas bersara, Mohamed Noah telah bergerak lebih cergas dalam gelanggang politik tanah air dan juga badan-badan kebajikan dan sukarela. Mohamed Noah dipilih menjadi Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1951. Beliau telah memegang jawatan itu selama lapan tahun berturut-turut hingga akhir tahun 1959.

17. Mohamed Noah telah meletakkan jawatan Pengerusi Tetap UMNO apabila beIiau di lantik menjadi Speaker pertama bagi Dewan Rakyat pada 1959. Apabila pilihan raya diadakan di Johor pada 1955, Mohamed Noah telah bertanding di kawasan Segamat dan beliau menang. Beliau mewakili kawasan Segamat dari 9 Oktober 1955 hingga Jun 1959 dan beliau juga menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerja Negeri Johor sepanjang tempoh tersebut.

18. Sebagai majistret dan berjuang menentang Malayan Union, beliau diberi kepercayaan bertanding di Johor Bahru Timur, Johor mewakili Perikatan / UMNO dalam pilihan raya umum 1959. Dan beliau menang.

19. Beliau sekali lagi di lantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ketiga dari 24 Februari 1969 hingga 28 Julai 1970. Kali pertama beliau di lantik ke jawatan tersebut ialah dari 1 September 1959 hingga 29 Februari 1964.

20. Dan mengenai harta 'kekayaan' beliau, sila baca otobiofrafi Lim Goh Tong bertajuk 'MY STORY'. Tak tergamak BO nak huraikan di sini.

PENGASINGAN KLINIK DAN FARMASI (dispensing separation) oleh Dr Aznil Hisham

Benar apa yg diperkatakan bahawa ubat2 di farmasi lebih murah dari apa yg di jual di klinik. "Consultation charges" juga di kenakan. Ada sesetengah klinik mengenakan RM 15 - 30 utk setiap kali mendapatkan rawatan. Malah ada klinik langsung tidak mengenakan "consultation charges". Kebanyakkan kos diserap dalam pembelian ubat-ubatan.
----
Kebaikkan Pengasingan Farmasi -Klinik (dispensing separation)

1- Kita ingin mencapai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Maka taraf kesihatan kita juga perlu di pertingkatkan sejajar dgn dasar negara.
2- Dahulunya, kita hanya mempunyai Surgical Am pembedahan shj. Sekarang ianya terpisah menjadi neuro-surgery, gastro-surgery, vascular-surgery, breast surgery dll. Begitu juga department2 lain. Malah dalam department saya sendiri pun, nuclear medicine sudah berpisah dari Radiology. Dan tidak lama lagi, intervention Radiology juga akan berpisah dgn radiology.
3- Dengan kata lain, untuk mencapai "good quality healthcare", rakyat perlu bersedia menerima corak perubahan dalam sistem kesihatan negara.
4- Pharmacists adalah entiti yg cukup penting dalam dunia kesihatan. Mereka sgt berhati2 dalam bidang mereka. Doktor memerlukan mereka dlm ubat-ubatan kerana itu kepakaran mereka.
5- Memang benar, ada sesetengah doktor men"prescribe" ubat-ubatan di bawah subtherapeutic dose, terutama kes2 paediatric. Maka, Pharmacists sangat penting di sini.
6- Terdapat beberapa study di UK menunjukkn bahawa "dispensing separation" akan menyebabkan pesakit menghargai ubat- ubatan mereka (increased medication compliance) kerana kesukaran utk mendapatankan ubat.
7- Lebih menarik, dispensing separation ini mampu mengurang perbelanjaan negara hampir berbillion dollar akibat daripada "proper drug education (safety of medication to public)"
6- Bagi saya, pemisahan Farmasi-Klinik @ "dispensing separation" adalah cadangan yg baik. Dan perlu dilihat dalam skop yg luas demi memperbaiki mutu kesihatan negara.
----
Kontra Pengasingan Farmasi-Klinik.

1- Yang menjadi isu utama dalam perdebatan adalah cost & time-effective. Adakah ianya berbaloi dan adil kepada pengguna?
2- Pengasingan Farmasi - Klinik sudah lama berlaku dalam klinik2 kerajaan. Namun apabila menyentuh kepada sektor swasta, cost adalah perkara yg akan di perdebatkan.
3- Perlu di ingatkan bahawa, sektor swasta memainkan peranan yg cukup penting dalam mengurangkan beban tugas kerajaan. Maka kebajikan mereka juga perlu dipelihara.
4- Sekiranya pemisahan ini terjadi, sudah pasti punca pendapatan utama klinik terjejas. Maka, sudah pasti consultation charge bukan lagi RM 15 - 30. Sudah tentu ianya meningkat menjadi RM 80 - 100 bagi setiap temujanji. Siapa yg akan tanggung kos ini?
5- Setelah memperolehi preskripsi dari doktor, pesakit pula terpaksa pergi ke farmasi utk mendapatkan rawatan. Sekiranya terdapat masalah dalam preskripsi/ kehabisan stock, pesakit perlu kembali ke klinik asal atau pergi ke farmasi lain.
6- Adakah ini "cost & time effective?"
7- Jika pada awalnya saya katakan bahawa ubat di farmasi murah dari klinik, dan jika kalian lihat dengan senario yg bakal terjadi (Consultation charge RM 100 + mencari farmasi), adakah ianya berbaloi?
8- Dan setakat ini, belum ada farmasi 24jam sebagaimana klinik.
9- Saya juga sgt yakin bahawa pemilik2 klinik juga berasa gembira dgn cadangan ini kerana tidak perlu memikirkan tentang pengurusan ubat-ubatan yg rumit. Mereka juga akan bebas dari medico-legal issue berkenaan dgn ubatan.
---
‪#‎CADANGAN‬
1- Sebelum isu " dispensing separation" timbul, sudah wujud isu tentang perkhidmatan xray di klinik swasta. Perkara yg di titik beratka adalah "Radiation protection" dikalangan staf dan juga pesakit. Bukan itu sahaja, kualiti x ray teramat buruk hingga menyebabkn doctor mis-diagnose.
2- Yang melakukan pemeriksaan x-ray di klinik adalah mereka lepasan SPM yg tiada basic tentang "radiation protection". Akibat dari itu, perdebatan berlaku agar lesen pemeriksaan x-ray di tarik dari klinik2 swasta.
3- Namun akhirnya, kata sepakat telah tercapai. Klinik boleh meneruskan perkhidmatan xray dgn beberapa syarat :
a. Pastikan klinik berkenaan "hire" seorg juru xray yg bertauliah - at least diploma.
b. Pemantauan harus di lakukan oleh owner klinik.
c. Owner klinik dan juga juru - xray berkenaan perlu hadiri kursus2 yg telah di tetapkn - CME.
d. Akan ada pemeriksaan berkala & audit terhadap klinik2 berkenaan.
4- Cadangan di atas boleh di applikasikan dalam isu "dispensing separation" ini.
5- Isu pokok.
Pharmacists - safe medication to public
Doctors & patients - Cost & time effective

= Maka cadangan di atas adalah yg terbaik (win- win situation).
---
‪#‎KESIMPULAN‬.

1- "Dispensing separation" adalah cadangan yg baik. Namun utk melaksanakannya, memerlukan persediaan dari dikalangan rakyat.
2- Apabila negara telah mencapai status negara berpendapatan tinggi, mungkin perlaksaan ini boleh di fikirkan.
3- Namun langkah awal perlu dilakukan dari sekarang demi utk mencapai sebuah negara yg memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik di dunia.
4- GST di perkenalkan pada tahun 1972 di Malaysia. Selepas 40 tahun dan beberapa kali di tangguhkan, baru sekarang kita ingin laksanakan. Namun, itu pun masih tidak memahami sepenuhnya.
"Public start becoming educated healthcare consumers in order to get effective and economical healthcare services."

Aznil Hisham

P/S : Ini adalah pandangan peribadi penulis. Penulis adalah penjual burger di hadapan klinik dan bersebelahan Farmasi. Kini penulis mendapat desakkan dari pengusaha2 benjo dimana mereka sedang merangka rang undang2 agar perniagaa burger dan benjo di pisahkan.

Friday, February 13, 2015

Takziah Kepada Keluarga Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat


Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat

Takziah diucapkan buat keluarga Datuk Nik Aziz Nik Mat di atas pemergian beliau ke rahmatullah malam tadi.

Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un.

Semoga seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Saya juga mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa ’afihi wa’fu’anhu. Al-Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

Friday, February 6, 2015

DEMONISING by Tun Dr Mahathir Mohamad.

1. I am surprised at the report in The Star that some bloggers are attacking the critics of 1MDB. I am surprised not at the bloggers doing this. I have known about their activities for some time now.
2. These bloggers were once the critics of the Government. But for some greatly unknown reason they have changed. I had noticed this change.
3. But I accept their right to criticise me. I am therefore not surprised at their change of direction.
4. What surprises me is the report on this by The Star. Usually the mainstream media, and The Star is also one of them, would not report anything that may reflect badly on the “authorities”. But it has done the unthinkable now, although obliquely.
5. I am a supporter of UMNO. I am still a member of UMNO. But I believe in criticising any wrong thing done by anyone, UMNO included. However, I have openly stated I do not support Dato Seri Najib.
6. And one of the many reasons why I don’t support is the creation of 1MDB. Borrowed money cannot be regarded as wealth. And there are many things done with 1MDB money that are just plain wrong. Government should not be indulging in buying and selling shares to make money for itself.
7. I disagree with the 1MDB and I will continue to criticise it and anything that I think is detrimental to the good governance of this country.
8. The demonising by the bloggers is political. The intention is to undermine my credibility. But I will continue to ask where is the money which has been brought back from Cayman (Island)? Why is there a need to borrow money to pay debts when you have RM8 billion? Until these and other questions are answered the questions will keep coming.
9. I suspect that because questions cannot be answered, resort is made to demonise the questioner. Doing this simply add to the suspicion that all is not well with 1MDB.
10. This is my opinion. I don’t speak for anybody else.

Tuesday, February 3, 2015

Apabila anak 
dipangku dilepaskan oleh YB Budiman Mohd Zohdi

BARU-baru ini kira-kira 1,000 orang Melayu berhimpun di tapak projek Datum Jelatek, Taman Keramat bagi membantah keputusan kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan projek berkenaan. Itu bukan kali pertama mereka berbuat demikian.
Sebelum ini beberapa siri bantahan dibuat, tetapi ia ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Sebab itu bantahan kali ini kelihatan agak keras berbanding sebelum ini kerana rakyat tidak puas hati de­ngan respon kerajaan negeri Selangor.
Isunya cukup mudah untuk difahami. Mereka hanya mahukan kerajaan negeri menghentikan projek mewah itu yang difahamkan dibina di atas tapak tanah yang sebelum ini menempatkan empat blok Rumah Pangsa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Taman Keramat yang didiami 100 peratus orang Melayu, dirobohkan kerajaan negeri pada tahun 2011.
Sebelum ini Badan Bertindak Datum Jelatek mendakwa projek Datum Jelatek di atas tanah seluas 2.2 hektar dikatakan sebagai projek pembangunan semula termasuk kawasan perumahan kos rendah kepada penduduk tanpa perlu mereka keluar daripada kawasan berkenaan.
Sebaliknya, cadangan baharu melibatkan pembangunan empat bangunan eksklusif merangkumi unit kediaman, pejabat, hotel dan pusat beli-belah yang disasarkan untuk golongan berpendapatan tinggi dan korporat. Impian para penduduk untuk mendapatkan rumah mampu milik dan terus kekal di kawasan itu lenyap sama sekali.
Itulah realiti yang terpaksa dihadapi oleh sebahagian daripada penduduk Keramat yang terlibat. Mereka diibaratkan seperti ‘sudah kering terjemur, sudah garing diramas pula’ lebih-lebih lagi unit kediaman di bawah projek Datum Jelatek terlalu tinggi antara RM700,000 hingga RM11.6 juta seunit mengikut jenis dan keluasan.
Penduduk mendakwa, pampasan ditawarkan untuk rumah pangsa adalah RM130,000 bagi dua bilik dan RM166,000 bagi tiga bilik. Sementara pampasan rumah kedai RM155,000 bagi satu bilik dan RM197,000 bagi dua bilik.
Persoalannya, bagaimana mungkin para penduduk asal mahu membeli unit kediaman itu sekiranya pendapatan bulanan mereka sebanyak RM4,000 sebulan, dan pampasan diterima amat rendah.
Sudah tentunya mereka hanya mampu tengok sahaja kerana tidak berkemampuan untuk membe­linya.
Sebagai contoh pengiraan kasar, jika seorang penduduk mahu membeli unit kediaman projek Datum Jelatek yang paling rendah iaitu RM700,000 selepas ditolak diskaun tujuh peratus Bumiputera harganya pun masih lagi tinggi iaitu RM651,000 seunit.
Harga itu tidak termasuk empat peratus kadar faedah tahunan yang dikenakan oleh institusi kewangan dan jika mereka membuat pembe­lian kediaman itu menerusi pinjaman selama 35 tahun ini bermakna jumlah keseluruhan pinjaman yang terpaksa ditanggung mereka ialah sebanyak RM1.5 juta.
Secara bulanannya, seorang pembeli perlu membayar ansuran bulanan pinjaman untuk rumah tersebut ialah sebanyak RM3,720 sebulan. Apakah jumlah itu setara dengan pendapatan mereka RM4,000 sebulan, sudah tentunya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan mereka. Sekurang-kurangnya seorang pembeli memerlukan gaji RM20,000 sebulan.
Itu belum masuk bayaran kos peguam, duti setem dan sebagainya. Mana mungkin mereka mampu membelinya. Inilah isu yang mendukacitakan penduduk yang terlibat memungkinkan membuat bantahan terhadap projek Datum Jelatek ini.
Sedangkan kawasan itu dahulu adalah kawasan perumahan rakyat. Kawasan itu juga menjadi tanah tumpahnya darah mereka. Penduduk membantah projek Datum Jelatek kerana ia seolah-olah merupakan cubaan untuk menghalau mereka daripada kawasan yang telah mereka diami sejak sekian lama.
Dari perspektif lain khususnya berkaitan masa depan penduduk asal, projek Datum Jelatek ini bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Sebaliknya ia lebih bermatlamatkan mendapat keuntungan komersialberbanding keadilan sosioekonomi, dengan menjadikan masa depan penduduk di Taman Keramat sebagai taruhan untuk mencapai maksud itu.
Apalah gunanya pembangunan dan kemajuan jika ia memudaratkan rakyat lebih-lebih lagi dengan projek Datum Jelatek ini yang terang-terangan dikira sebagai projek mewah. Apakah rakyat Selangor ini semuanya kaya-raya, bergaji tinggi serta berkemampuan seperti Menteri Besar dan barisan Exco yang bekerja di kerusi empuk, mempunyai pemandu peribadi sendiri dan mendapat elaun itu-ini.
Sepatutnya, sebagai kerajaan negeri khususnya Menteri Besar yang mendakwa peduli rakyat, Mohamed Azmin Ali perlu mendahulukan kepentingan rakyat dalam membuat sebarang keputusan atau pembangunan di Selangor ini.
Keutamaan itu pula perlulah dituruti oleh setiap agensi atau anak syarikat di bawah kerajaan negeri, bukannya ghairah mahu mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda.
Isu pokok yang wajar dilihat ialah soal keadilan sosial dan ekonomi penduduk asal. Mereka seharusnya dipastikan tetap mendapat tempat dalam penyertaan ekonomi melalui hak pemilikan hartanah di kawasan bandar.
Tidak guna mahu menarik pembeli untuk sesuatu projek mewah, apatah lagi melibatkan orang asing sedangkan rakyat sendiri mende­rita sebagaimana peribahasa Me­layu, ‘anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusukan’.
Hakikatnya, isu bantahan penduduk terhadap projek Datum Jelatek ini tidak harus dipandang remeh oleh Menteri Besar dan konco-konconya yang mentadbir Selangor pada hari ini. Sewajarnya ia dibawa ke sesi pendengar awam seperti Jawatankuasa SELCAT Dewan Negeri Selangor agar penyelesaian yang adil dapat dicari kerana ia melibatkan rakyat serta anak syarikat negeri.
Penulis tidak mahu membuat spekulasi, namun keputusan kerajaan negeri mengutamakan serta mempertahankan keputusan me­laksanakan projek mewah se­perti Datum Jelatek dilihat seolah-olah menafikan hak sebahagian golo­ngan Bumiputera dalam mendapatkan hak pem­belaan yang sewajar­nya.
Ia juga bertentangan dengan prinsip negeri berkebajikan yang kononnya menjadi perjuangan pakatan rakyat.
Walaupun tapak projek Datum Jelatek itu bukan melibatkan tanah rizab Melayu, namun kerajaan ne­geri perlu mempunyai pertimbangan yang adil memandangkan penduduk di Taman Keramat yang difahamkan adalah sebahagian usaha pentadbiran Selangor di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum ini untuk mewujudkan Melayu bandar selain mengimbangi bilangan penduduk serta taraf sosial antara kaum.
Hakikatnya, siapakah yang sebenarnya mendapat keuntungan tersebut? Yang pastinya, bukan kepada penduduk-penduduk Taman Keramat yang membuat bantahan terhadap projek Datum Jelatek terbabit.
PENULIS ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Selangor