Thursday, December 4, 2014

CATATAN DARI BERLIN oleh Dr Mohammad Agus Yusoff

Mohammad Agus Yusoff di Berlin

ni adalah antara sisa Tembok Berlin yang masih ada. Tembok ini dibina pada 13 Ogos 1961 oleh Jerman Timur untuk menghalang rakyatnya dari berhijrah ke Barat.

Sesiapa yang menceroboh Tembok ini ditembak dan dibiarkan mati. Jelasnya dua wilayah ini bergaduh teruk, biarpun berasal dari satu bangsa yang sama.

Pada 9 November 1989, Tembok ini diruntuhkan dan wilayah yang bermusuh ini bersatu kembali pada 3 Oktober 1990.

Sejak itu, Berlin menjadi ibu kota Jerman yang bersatu. Parlimen Jerman, Reichtag juga telah berpindah dari Bonn ke Berlin, begitu juga dengan pejabat kerajaan.

Kini, sebanyak 158 kedutaan asing, termasuk Malaysia berada di sini. Dengan keluasan yang sedikit melebihi Singapura, kota ini dihuni oleh 3.2 juta jiwa.

Biarpun padat dengan penduduk, jalan raya di kota ini tidak sesak. Berlin adalah ibu kota yang mempunyai pemilik kereta per kapita yang paling rendah di Eropah kerana pengangkutan awamnya yang efisien. Tram elektrik pertama dibina di sini pada tahun 1881 oleh syarikat Siemens & Halske. Berlin juga mempunyai stesen keretapi terbesar di Eropah.

Selain itu, rakyat Berlin juga menggunakan basikal dengan kadar 750 basikal bagi setiap 1000 penduduk. Datanglah ke Berlin dan tengoklah cara Berlin membangunkan sistem laluan basikalnya yang moden dan canggih. Banyak yang boleh kita pelajari dari Berlin ini.

****************
Itu belum lagi kita mengambil kira kerjasama politiknya. CDU, CDU dan SPD adalah tiga parti besar yang selalu bersaing dalam pilihan raya. Menariknya, selepas pilihan raya mereka boleh bekerjasama membentuk kerajaan gabungan sekiranya tidak ada satu parti tunggal yang memenangi majoriti mutlak.

Permusuhan mereka dalam politik tidak kekal. Yang kekal pada mereka ialah apa yang terbaik untuk negara. Sebab itulah negara mereka maju.

Saya juga mengharapkan pemimpin negara kita begitu. Bolehkah?

(Sumber - https://www.facebook.com/mohammadagus.yusoff)

No comments: