Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu |
Bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr Ibrahim Shah Abu Shah adalah antara tiga individu yang mengangkat sumpah jawatan senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang Isnin.
Ibrahim Shah, 66, dan Abdul Halim, 74, dilantik buat pertama kali untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa hari ini manakala Nallakaruppan, 68, dilantik untuk penggal kedua.
Ibrahim Shah yang menjadi naib canselor UiTM dari 2001 hingga 2009 kini menyandang jawatan Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Malaysia.
Beliau dilahirkan di Merlimau, Melaka dan pernah merangkul beberapa anugerah termasuk Anugerah Kepimpinan Perniagaan Malaysia (Sektor Pendidikan Awam) 2009 dan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Melaka pada 2013.
Selain itu, beliau aktif dalam kegiatan sosial dan pernah menjadi anggota panel Penasihat Perpaduan Negara Malaysia dari 2007 hingga 2008.
No comments:
Post a Comment