Beliau berkata beliau dijemput universiti terkemuka dunia itu sebagai penceramah dalam 'Entrepreneurial University Leaders Programme' yang bakal disertai wakil lebih 20 universiti dari seluruh UK pada 10 Julai ini.
"Saya telah dipelawa untuk memberi ceramah mengenai bagaimana UiTM dapat melahirkan usahawan berjaya. Saya merupakan satu-satunya penceramah yang dijemput dari UiTM dan ia menjadi suatu kebanggaan buat kami," katanya kepada pemberita selepas meraikan pemenang kejohanan debat seluruh Asia, di sini Selasa.
Beliau menyifatkan jemputan itu sebagai peluang untuk menaikkan nama UiTM di peringkat dunia.
"Ini juga adalah satu permulaan di mana Universiti Oxford telah mengiktiraf UiTM sebagai universiti yang berjaya melahirkan pelajar berpotensi tinggi," tambahnya.
Majlis itu meraikan empat pelajar UiTM yang menduduki antara 10 tempat terbaik dalam pertandingan debat berkenaan yang berlangsung 2 Jun lepas.
No comments:
Post a Comment