Wednesday, January 1, 2014

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014




Merenung kembali hari-hari lalu sepanjang 2013, tiada pencapaian yang membanggakan boleh diungkapkan sebagai kenangan. Segalanya seperti biasa sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Seperkara yang pasti ialah usia semakin meningkat dan persiapan melalui hari tua masih belum sempurna. Cabaran utama yang bakal mencabar diri sebagai ketua keluarga seawal hari pertama 2014 ialah tuntutan kos sara hidup yang semakin meningkat. Selama ini pun, keupayaan kewangan hanya mampu untuk memenuhi keperluan asas hidup dan terpaksa mengabaikan semua kemahuan hidup yang difikirkan tidak perlu walaupun hati kata mahu.

Kepada semua pembaca blog saya dan rakan di alam nyata dan alam maya, saya ucapankan Selamat Menyambut Tahun baru dan semoga tahun ini memberikan kita kekuatan untuk terus berusaha sehingga berjaya dalam apa bidang yang kita ceburi. Tiada azam besar yang saya azamkan dalam 2014 ini kecuali membuang 2 tabiat buruk iaitu tabiat suka bertangguh dan tidak menghargai masa dan mengamalkan 2 tabiat baik iaitu menghargai masa dan segera bertindak dlm kesempurnaan. Semoga azam ini akan konsistant sepanjang 2014 sehingga menjadi satu budaya baru dalam hidupan.


Akhir kata, Selamat mengharungi 2014. Tarikh hari ini, 1 Jan 2014, adalah hari yang unik kerana ia jarang berlaku, malahan ia tidak berlaku sejak 19 tahun lalu dalam sejarah pergerakan bulan dan bumi, dimana pada tarikh ini, kita akan memulakan tahun baru dengan bulan yang baru. Bulan baru adalah permulaan yang baru, semangat yang baru dan segala-galanya baru. Semoga 2014 ini membuahkan kehidupan yang lebih bererti daripada tahun-tahun sebelumnya.

No comments: