"....semua makhluk ciptaan Tuhan samada manusia,binatang,tumbuhan, alam semulajadi dan sebagainya,saling perlu memerlukan,saling bantu-membantu kerana mereka berkait,terikat antara satu sama lain dalam satu kitaran yang berhubungan. Justeru, jangan diputuskan ikatan itu, kelak, seluruh kitaran akan musnah..." Ahmad Rais Johari
Saturday, December 7, 2013
Akal dan Hati - Suriafarizan Saupi
Pujuklah hatimu pulang ke pangkalnya
kepada akalnya
kepada asalnya
biar titik-titik hitam hapus di dasar hatimu
kelam sirna meraba-raba menepis suara seketul
darah suci
lantang suara berkeliaran menahan, memarahi,
merayu-rayu
terjebak dalam kehancuran
sesal tak sudah
di mana hati atau akal
biar hari-hari yang sudah itu dibalas sinar
berwarna jingga dan dasar lubuk
bertepuk, bersorak, berlaku gerak laku akal budi
kemenangan di tanganku
aku menang
aku gagah
aku berjaya.
Kita adalah sejagat
kita insan kerdil
dalam kekudusan
kata hati atau kata akal
itu yang mustahak
akhirnya
tawakal
kepada-Nya.
Pasir Putih,
Kelantan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment