Dengarlah anak ibu berpesan,
lengkapkan din dengan pclajaran,
hanyalah itu jadi bekalan,
untuk hidup di masa depan.
Ilmu itu pelindung diri,
seperti kebun berpagar duri,
seperti sinar intan baiduri,
itulah tanda orang jauhari.
Hidupmu kini di masa remaja,
bagaikan permata amat berharga,
jangan jatuh ke lembah hina,
nanti menyesal tidak berguna.
kalau hidup terasa susah,
senang berhadapan dengan masalah,
hadapi dengan hati yang tabah,
jangan cepat resah gelisah.
Syaitan menggoda bertambah gundah,
jangan mengambil jalan yang mudah,
jangan sekali mencuba dadah,
kalau terjerat sesal tak sudah.
Jika masa sudah terbuang,
perginya tidak akan berulang,
di hati tua sesal mendatang,
mengingatkan waktu yang telah hilang.
Orang tua sudah berpesan,
dunia bagai lautan dalam,
oleh kerana kurang pedoman,
ramailah insan yang telah karam.
1 comment:
Bolehkah "syair pesanan ibu" karya Zurinah Hasan ini dikategorikan sebagai puisi Melayu tradisional memandangkan karya "syair" ini dicipta bukan pada zamannya? Mohon pencerahan. Terima kasih.
Post a Comment