Wednesday, September 5, 2012

Perkongsian Pengalaman Bersama Tan Sri Arshad Ayub

Semalam saya berpeluang bersama semua mahasiswa baru UiTM mendengar cerita dan berkongsi pengalaman  bersama tokoh yang ulong dan tersohor dalam bidang akademik iaitu Tan Sri Arshad Ayub. Beliau adalah Pengarah RIDA dan pengarah pertama ITM (kini UiTM). Kemiskinan yang menghimpit kehidupan keluarga beliau di Muar, Johor adalah sumber motivasi beliau untuk mengubah masa depannya. Banyak nasihat berguna yang beliau berikan kepada semua mahasiswa baru dan menggesa mahasiswa menggunakan peluang dan ruang belajar di UiTM untuk menjadi mahasiswa yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara dengan menguasai bidang ilmu yang diceburi oleh mereka. Beliau juga berkongsi pengalaman dan pandangan melalui ulasan beliau terhadap biografinya yang bertajuk A Second Chance : Life and Mission of Arshad Ayub




No comments: