Friday, June 15, 2012

Rakyat Malaysia dan Rukun Negara - Suatu Persoalan?

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969.Ia adalah satu pengisytiharan bahawa negara kita Malaysia mempunyai visi mahu:-


  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:

Untuk memenuhi visi tersebut, maka rakyat Malaysia wajib berikrar untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kita untuk mencapai visi tersebut dengan misi  berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Persoalannya sekarang, dalam era 2010an ini, berapa ramai rakyat Malaysia yang benar-benar menghayati, memahami dan pengamalkan prinsip rukun negara dalam kehidupan seharian?. Hakikatnya ialah corak budaya yang diamalkan di Malaysia kini masih dibauri fahaman perkauman.