Wednesday, March 14, 2012

Berkerja Kerana Allah S.W.T - Sr. Tuan Hj. Tamzil Munir

Pada hari ini termeterailah sebuah perjanjian untuk membangunkan sebuah kampus baru UiTM di Dengkil khas untuk program matrikulasi dalam semua jurusan dan aliran berkapasiti 5,000 orang pelajar. Majlis tersebut disaksikan sendiri oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin.

Saya berkesempatan berbual panjang dengan Sr. Tuan Haji Tamzil Munir, Pengarah PFI, Pejabat Pembangunan UiTM semasa dalam pulang dari KPT ke UiTM kerana kami menaiki kenderaan yang sama. Satu nasihat yang memberikan beliau dan memberikan kesan kepada saya ialah berkerja kerana Allah. Jangan takut kepada selain daripada Allah kerana semua itu makhluk Allah belaka. Tuhan melihat apa yang kita buat dimanapun kita berada, justeru sebagai hambanya kita kena wajib menyerahkan seluruh kekuatan, tenaga dan pemikiran untuk berkerja sekuat mungkin tanpa mengira waktu dan niatkan kerana Allah untuk menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita. Ia akan menjadi ibadah dan pekerjaan kita akan diberkati. Demikianlah nasihat beliau.

Tambah beliau lagi "...kita kena bekerja secara profesional. Dalam dunia pembinaan, kualiti binaan perlu dijaga dan diperhalusi sehalus-halus mungkin. Kita perlu tegur kontraktor jika mereka mengabaikan kualiti..." Saya berazam untuk mengikuti nasihat beliau itu demi meneruskan sebuah perjalanan hidup untuk agama, bangsa dan negara.

No comments: