Saturday, December 24, 2011

Perkhidmatan Dato' Prof. Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar Naib Canselor UiTM disambung dua tahun lagi.

Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar telah dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) selama dua tahun lagi berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2013.

Perlantikan tersebut yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 21 (1) Akta Universiti Teknologi MARA. Dalam surat yang bertarikh 6 Disember 2011 itu, YB Menteri telah mengucapkan tahniah kepada Dato' Sahol Hamid dan berharap beliau akan terus memberi perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang kepada universiti.

Dengan perlantikan semula itu Dato' Sahol Hamid akan menyambung perkhidmatan yang sedang dijawatnya sekarang setelah beliau dilantik buat pertama kalinya pada 1 Januari 2010 yang lalu sehingga 31 Disember 2011.

Bagi kita warga UiTM, kita ucapkan TAHNIAH, dan doakan agar beliau dikurniakan Allah dengan kesihatan dan kesejahteraan agar beliau dapat terus memimpin UiTM ke mercu kejayaan. Marilah kita tingkatkan usaha dan berikan kerjasama sepenuhnya bersama beliau memartabatkan UiTM ini ke tahap yang lebih tinggi. Insya-Allah.

(Sumber - Jabatan Komunikasi Korporat)

No comments: