PUTRAJAYA 2 Mac - Pembinaan enam buah kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di enam lokasi akan dibuat menerusi kaedah inisiatif pembiayaan swasta bagi memenuhi sasaran penempatan 200,000 pelajar.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, enam lokasi itu ialah di Pasir Gudang, Johor, Jasin (Melaka), Seremban 3 (Negeri Sembilan) Samarahan (Sarawak), Puncak Alam (Selangor) dan Tapah (Perak).
"Setiap satu kampus itu membabitkan kos sebanyak RM300 juta dan mampu menempatkan 5,000 pelajar. Kesemua projek itu dijangka dapat beroperasi dalam tempoh setahun setengah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Mohamed Khaled menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Konsesi Asrama Secara Penswastaan antara Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan Pengurusan Konsesi Asrama Sdn Bhd (Peka). - Bernama
(Sumber - Utusan Malaysia Online - Terkini)
No comments:
Post a Comment