Tuesday, July 14, 2009

Penjara Bakal Dibina Bersebelahan Kampus Puncak Alam UiTM - Apa rasionalnya?

Pada semester ini Kampus Puncak Alam UiTM telah pun mula beroperasi, Fakulti Farmasi, Fakulti Sains Kesihatan dan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat UiTM menjadi fakulti perintis memulakan kuliah disana. Seramai lebih kurang 4,500 orang pelajar menjadi pelajar perintis melalui kehidupan sebagai mahasiswa di Kampus Puncak Alam. Sudah menjadi kelaziman, ditempat baru, dibangunan baru, diasrama baru dan segala-galanya baru, keadaannya berbeza daripada keadaan di Kampus Induk Shah Alam. Para mahasiswa perlu pandai menyesuaikan diri dengan persekitaran disana.

Bersebelahan Kampus UiTM Puncak Alam tersebut, satu projek bertajuk "Cadangan Merekabentuk, Membina dan Menyiapkan Kompleks Penjara Tegar Di Atas Hakmilik H.S.D 5560 (Lot PT. 1589) Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan" sedang pesat dijalankan. Projek tersebut dimiliki oleh Pejabat Penjara Malaysia, ia dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Selangor dan dibina oleh kontraktor Kembang Serantau Sdn. Bhd.

Saya berpendapat adalah tidak wajar sebuah penjara dibina bersebelahan pusat pengajian tinggi kerana ia tiada keserasian dan kesinambungan budaya ilmu, sesuatu yang janggal dan tidak masuk akal. Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada satu pun penjara dibina bersebelahan institut pengajian tinggi di Malaysia dan ini adalah julung-julung kalinya sebuah penjara dibina bersebelahan pusat pengajian tinggi. Saya musykil bagaimana perkara ini boleh berlaku dan tidak faham bagaimana para perancang projek tersebut mendapat ilham untuk membina penjara tegar tersebut bersebelahan kampus UiTM Puncak Alam. Pada hemat saya, sewajarnya kementerian dalam negeri menilai semula kesesuaian lokasi tapak projek pembinaan penjara tegar tersebut.

10 comments:

Unknown said...

Hehe... budak2 skrg nakal2 rais, tangkap masuk penjara kat sebelah jer...

Ahmad Rais Johari said...

Erm...gi tu ke..tapi mahasiswa2 UiTM semua baik2..kalau nakal pun tidak la sampai melakukan kesalahan yang boleh dimasukan dalam penjara..

Badrul said...

tak salah penjara kat sebelah PPT... malah kalu kat dalam PPT pun tak pe....
sebab nyer.. gunakan lah kejadian yg tak baik sebagai pendoman utuk kita lakukan yg baik dan terbaik untuk diri sendirik.. bangsa agama dan negara...
malah tak mustahil.. uitm akan buka cos/ pembejaran cert,dip, dan yg seterusnyer kepada pesah2 yg menginap di penjara tersebut..
agar negara..berdaya saing ngan negara maju yg lain...
as long we thinking good and make them good as we... they are more good from we.

Anonymous said...

Mmg la initial response rasa marah...but, on 2nd thot..lebih baik bina penjara dari bina kilang haram yg mencemarkan alam sekitar. Mcm kat Meru..Alam Perdana..tkejut tgk kat tv..the environment is badly polluted..Tp, if I were given a choice..mmg la tak nak penjara tegar tu kat pnck alam ni...people will make fun of us, the Puncak Alamians...sure punyalah...

Ahmad Rais Johari said...

Kalau UiTM dibenarkan oleh Kerajaan untuk membuat penyelidikan komprehensif terhadap DNA semua banduan tegar tu ok jugak, so kita boleh buat kajian kaitan antara DNA dengan watak, perangai dan IQ manusia...

Anonymous said...

sy sbgai student puncak alam... turut merase takot!! plek je tibe2 ade pnjare... pnjare 2 ley mnggagu emosi plajar kot...

Unknown said...

penjara tu di bina supaya senang student wat praktikal kat pesalah2 tu bagi ambik cost kaunseling...hihihi...bina penjara ok lah so senyap x ganggu student ..kalau bina shoping complex x ganggu ker...

Unknown said...

penjara tu di bina supaya senang student wat praktikal kat pesalah2 tu bagi ambik cost kaunseling...hihihi...bina penjara ok lah so senyap x ganggu student ..kalau bina shoping complex x ganggu ker...

Unknown said...

Utk juvanil je tu...

Unknown said...

Assalam! Penjara baru yang akan di buka di sebelah UiTM Puncak Alam tu akan menempatkan hanya banduan2 yang mengambil kursus2 PJJ dengan OUM. Bermakna, semua banduan dari penjara2 seluruh Malaysia yang menyambung pelajaran di peringkat Ijazah dgn OUM akan dipindahkan ke penjara baru tersebut mulai bulan Januari 2015. Ini maklumat yang saya terima daripada sahabat saya - seorang banduan Penjara Kajang yang sekarang ini mengambil kursus PJJ dengan OUM.
Sekian. Harap maklum.