Monday, October 6, 2008

Selamat Kembali Bertugas Selepas Bercuti Aidil Fitri

Selamat kembali untuk bertugas dan menyambung aktiviti rutin harian pekerjaan kepada semua warga UiTM dan semua mahasiswa UiTM khususnya selepas bercuti sempena menyambut Aidil Fitri.

Saya tidak mengemaskini blog saya sepanjang bercuti hari raya. Dalam tempoh tersebut pelbagai peristiwa berlaku, pada 29 September 2008 yang lalu, ayahanda kepada bapa mertua saya (datuk isteri saya) kembali kerahmatullah di Batu Pahat kerana sakit tua, kami sekeluarga berangkat ke Batu Pahat, Johor untuk menziarahi jenazah Allahyarham. Saya terus berada di Batu Pahat sehingga 1 Syawal, selepas menunaikan solat sunat aidil fitri, saya terus berangkat ke Taiping, Perak.

Dalam perjalanan ke Taiping, saya singgah sebentar di kolej Delima, UiTM, Shah Alam, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup saya, saya masuk ke dalam UiTM pada Hari Raya pertama (1 syawal). Suasana di dalam UiTM senyap sepi dan lengang, hanya pengawal keselamatan dan Pegawai Penting yang bertugas sahaja yang ada ketika itu.

No comments: